You are Pregnant!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Terdetik di hati nak share 
pengalaman pertama pregnant.
FYI, ini pengalaman sis.
Every pregnancy is different.
Even pengalaman mengandung anak satu dua tiga pun lain,
apatah lagi pengalaman ibu2 yang nyata berbezza





Kena mula dari awal lah kan?
Tak boleh lah awal sangat
kahkahkahkah
Kita rewind sampai bila masa taw pregnant.
Masa tu dua minggu puasa 2016 (bulan Jun)
Sebab sis mmg tidap2 bulan dikunjungi cik bulan secara konsisten,
jadi peliklah bila lewat sampai dua minggu.
So, sis pun buatlah UPT sendiri.
Dua kali buat.
Yang first nampak kabur.
Yang second jelas dua line.
Masa tu berdebar dah. Tak taw nak bgtau husband cemane.
Malam tu pun bgtau la kt wassap.
Husband cool je ckp weekend nnti dia balik BP pergi klinik.
Okayyy.......


So weekend tu pergilah klinik.
Doc buat satu kali lagi UPT.
Dan....alhamdulillah rezeki Ramadhan.
Korang toksah bayangkan doktor cakap
"Tahniah Puan. Puan mengandung"
dengan riak muka sweet mcm dalam drama2
lepas tu laki bini peluk2 meleleh air mata
atau suami terjaatuh kerusi ke tersedak acah2 tkejut.
Doc cuma cakap,
"Hah, betullah ni positif. Ikut tarikh 6 minggu dah"
Ceh...kemonlah doc.
Doc ni bz study ke x sempat tgk drama2 Melayu punya doc.
Sis jeling2 husband, dia pun mcm cool je.
Sengih idok. Kerut idok. Entah apa dlm kepala beliau.
Masa tu dlm kepala ni syaiton punya jahat.
Duk fikir
"Abg tak suka ke? Abg tak happy ke? Awal sgt ke?"
Sendu weyhhhhhh

Tapi bila masuk kereta, 
husband pegang tangan pastu senyum2
"Lepas ni jangan lasak2. Makan kena jaga"
Fuhhh...sebak rasa. Drama sangat sis ni.
Maka, tersebarlah berita gumbira ini kepada ahli keluarga.
Betapa gembiranya sekalian alam.
Ewaaahhh.
Tapi sis x berniat bgtau rakan2 terdekat sbb yelah...
Masih awal.
Kot2 tak menjadi.
Sendiri kecewa.
Yang bestnya.....setelah sekian lama
Sis berjaya berpuasa penuh!!!
Yeaahaaaaa

Bermulalah first trimester.
Cabaran pertama ialah travelling.
Masa tu kan nak raya. Planning nak balik Taiping. Kampung husband.
Tapi sebab masih awal and takut letih, banyak kali fikir balik.
Sis kesian lah husband dah lama x balik kampung.
Lpas mintak pendapat doc, doc ckp boleh
cuma kena buat split travelling.
BP> KL. Rehat satu malam. KL>TPG
Untuk mommies yang masih di first trimester,
usually doc tak bagi travel jauh especially by flight.
Especially first pregnancy.
Sbb kita tak tahu rahim kuat ke tidak masa tu
Dan taknak mommies letih + stress
So, mommies yg nak travel mesti mintak nasihat doc

Alhamdulillah sis takde mabuk or alahan.
Serius talk. Husband siap tanya lagi.
"Ada pening x? Ada nak muntah x?"
Tapi tapi tapi tapi
Husband sis yang mabuk
Hehehehehehehehehehe
Kesian taw x
Nak tolong pun x boleh
Lagi2 bila drive
Huhuhuhuhu
Thanks abg sbb mabuk demi syg
Hmm...mcm x kena pulak ayat tu

Masuk 2nd trimester
Selain daripada keje nak terkentut dan terkencing je
Sakit pinggang mula menyerang
Sebab baby nak space besar tp badan ibu kecik
Sakitnya sampai mencucuk ke belakang
Kalau berdiri kt kelas
Memang x boleh lama2
Naik turun tangga tingkat 2 pun pedih
Cuma mengah x sangat
Syahdunya pulak time ni lah husband offshore
Sobbsssss~
Sis pun telah memberi upah berbentuk makanan dan tempat tinggal
kepada tiga orang babysitter yg menjaga sis
sepanjang hampir dua bulan juga ketiadaan suami
Thanks Fiefi Fuyyo, Ain & dear sister Kakcik
Ada satu malam tu sakit pinggang yg amat
sampai tak tidur
Esok pergi sekolah gaya mak limah

Masa ni pun kaki dah mengembang
Seiring dengan perkembangan perut
Sampai terpaksa beli kasut baru
TERPAKSA kay TERPAKSA
Sis kan cegu yg 24h pakai kasut
Naik turun tangga
Perlulah keselesaan sepanjang hari
Sebab pukul 2-3 pagi mesti kaki cramp
Mcm nak nangis x boleh gerak
Gerakkan husband pun dia x bergerak
Ni lagi dahsyat
Mcm cramp satu badan pulak dia

Masa ni baby dah start kicking
Sis rasa dia buat gymnastic jugak
Sampai ke belakang rasa tendangannya
Sis tak ingat sis mula rasa masa minggu ke berapa
Tapi masa scan dgn doc, doc ckp baby dah gerak2
Sis mcm blurr. Doc tanya tak rasa ke?
"Yang mcm blup blup tu ke? Saya ingat angin dlm perut"
Tersengih doc tu dengar.
"Biasalah tu. First time kan? Tu baby gerak"
Kehkehkehkeh
Bikin malu je. Nasib doc ckp bkn sis sorang mcm ni
Selain tu, gusi berdarah.
Terkejut pada satu subuh tengah siap2 nk pergi sekolah.
Gosok gigi tiba semangkuk darah.
Huhuhuhuhu
Masa awal pregnant mmg kena g check up gigi.
So, kali ni pergi lagi.
Sebab gusi sakit. Rahang sakit.
Sis tak suka dentist. Mengigil nak g check up. Meleleh air mata.
Mujur KK ade kaunter express ibu mengandung.
Apa yg mujurnya.
Lagi seram sbb lg cepat jumpa dentist
Terus ceria muka bila dentist ckp biasa ni. Hormon.
Sis telah bertukar kepada Sensodyne.
Diuji secara klinikal. Disarankan oleh pakar pergigian


Barang keperluan baby beli masa dah masuk 6 bulan.
Kebetulan ada TCE baby Expo
So borong pampers banyak gila
Especially newborn
Sebab murah gila pampers dia offer
Beli stroller yg also by offer siap carrier
Beli breastpump tomme tippy :)
All these yg kalau bukan expo, mmg mahal gilosss
Then topup sikit2.
Macam baju2, sabun semua tu beli kt pekan je
hehehehehe
lagi murah!
To those yg duk KL or Seremban
laju2 pergi bila ada expo baby
Memang kena bersesak.
Kitorang g dua hari kot.
First day ambik mood plus malam dah masa tu
2nd day mall baru bukak pintu depan dah ready kt dalam
hahahahahahaha
siap list barang and hall berapa hokayyy

Selain mabuk @ alahan,
wanita2 pregnant juga terkenal dgn MENGIDAM
Ini bukan mitos ye
Sis pun mengidam jugak tp biasa2 je
Taklah tahap nak Range Rover sebijik
atau percutian sebulan di Disneyland
tapi kalau husband nak bagi apa salahnya kannnn
Paling mahal mengidam pun,
udang galah masak lemak kt Melaka tu
So masa babymoon dengan GMP,
tercapai hajat sis
hehehehe
best woooo g bercuti dengan BFF masa pregnant
Diorang jaga kalah mak2
Jalan ke mana2 mesti dipimpin.
Lama sikit dalam toilet begego homestay diketuk
Sambil lepas rindu, satu terapi jugakkk

3 hari percutian di Melaka. 6months
Sis sepanjang pregnant duk tergila-gilakan
sup, nasi lemak, tomyam serta roti canai BRJ
Apa iti BRJ?
BRJ adalah sejenis kedai mamak di Alam Damai
kira-kira 10 minit dari kediaman sis
Yang anehnya,
sis cuma nak makan roti canai tu pukul 11 malam.
So husband pukul 10.30 biasa dah siap2
Sampai uncle2 situ pun suda kenal sama sis
Hallu baiiyaaa. Roti kosong satu. Sambal sekali haaa
Kat sekolah waktu rehat mmg nasi lemak je
Sampai akak2 ni tegur kot terlebih kolestrol
Tak lupa teh o limau Kak Min kantin yg sedap
hehehehehe
Dan.....sis selaku penggila cheese & coklat
terus hilang nafsu terhadap mereka
sepanjang 6 bulan pertama
Sedih dan sayu tengok depa tp xda rasa nak makan

Berkat Rezeki Jujur. Haaaa direct promo gittew.
Apa2 pun sila jaga pemakanan.
Suungguhpun boleh makan ape saje,
hati2 dengan masalah kencing manis
yg melanda ibu2 mengandung
Boleh efek kepada baby dan susah kena ulang-alik klinik.
Sis check up kt KK @ klinik kesihatan ( Klinik Primer UKM)
Kt sane kena minum air gula sekali.
Kalau kali pertama ade problem, kenalah minum dua kali.
Huiii...kalau nk prektis, korang bancuh air gula pekat secawan polisterin tu.
Minum x boleh muntahkan. Kalau muntah, dia bg lg secawan.
Malam tu kena puasa dulu.
Esok 8.00 pagi ambik darah, minum air gula.
Sambung pausa dua jam.
Pukul 10.00 cucuk darah lagi.
Result next week taw.
Haaaa mmg masa pregnant ni keje kena cucuk aje.
Sis yang takut jarum pun lame2 redha.
Still takut lg.
Kalau check up klinik/ hospital swasta rasanya x ada minum air gula.
Kt KK pun akan ada dua kali inject kancing gigi.
First masa baby start gerak.
Sebulan kemudian injection satu lagi.
Sis buat sekali je sbb doc x perasan sis x buat
dan masa tu dah minggu 32
huhuhuhu
Not my fault. Manalah sis taw kannnn

Berat yang bertambah pun kena pantau.
Sis dari 40kg zuppppp ke 57kg
hahahahahahahaha
Tapi gula dalam darah, HB, BP semua ok
Alhamdulillah~
Sis masa pregnant memang gila buah-buahan
Rasa nak bermastautin di kedai buah-buahan je

Sepanjang 1st & 2nd trimester juga
deria rasa sis yang superb telah ditarik sekejap
Mula2 sis tak perasan
Sis  masak mcm biasa lah kan
Ala2 chef tak lulus exam
Pastu tengok husband makan berpeluh semacam.
Husband mmg suka pedas tp bila pedas sgt mmg berpeluh.
Sis pulak cool jek.
"Syg x pedas ke?"
Sis rasa pedas jugak tp biasa je lah.
Esoknya masak ape ntah.
Husband cakap masin sangat tp dia tetap habiskan licin
"Abg rasa, syg punya deria rasa dah kurang"
Heeee.....patutlah sis kemain seronok tambah tambah tambah itu ini masa masak.
Sejak tu, husband akan otter rasa lauk2 sblum makan
Ehehehe...muahhcikedd abg


To all husbands out there
Yang first time menangani isteri mengidam
Memang akan guna alasan "baby nakkk"
Padahal sendiri nak tapi sumpah kami x tipu
Makanan tu nnti kami share dgn baby tau
Korang apa taw?
Layankanlah selagi mampu
Kadang benda ni kami x boleh kawal
Bila teringin sangat tp x dapat
meleleh air mata
Mcm kes sis nk sangat sup Pak Jamil kedai sate
Awat di jual sup? Sate tu signature dish dia
Lepas tu adik xmo belikan sbb malas
Masa tu kt kampung. Cuti sekolah. Husband offshore
Sis punya emo siap amek kunci kereta nk g sendiri pukul 11.30 mlm
Tapi hujan lebat pakej guruh petir terus tak jadi
Tidur berendam air mata siap doa
"Siap kau. Nanti ada bini, lg teruk bini ko ngidam"
Kahkahakhakahkah keji bukan?
Rawwrrrr makan budakkk
Serius. Ini serius. Jangan biarkan isteri anda tidur berendam air mata
beserta perut yang kosong
Lagi2 kalau isteri korang jenis mabuk teruk
Lagilah dia kena try & error
apa yg boleh ditelan, disimpan jadi tenaga
Feed her.
She need food.
and love of course.
Food is one kind of love.
So, x perlu bermadah helah sangat. Just buy her food.
Cuma husband sis awal2 pregnant tu pesan
Kalau boleh tahan dan cuba abaikan.
Jangan susahkan orang masa dia xde kt rumah nnti
Huhuhuhuhu
So ada masa sis abaikan tp tidurlah bertemankan bunyi perut

Finally, 3rd trimester
Masa ni rasa cepat sangat letih.
Nak tidur je keje.
Pastu cepat rasa rimas. Panaaihhhhh. Berpeluhhhh
Lepastu migrain kerap sangat datang.
Lagi2 bila tgh mengajar.
Terkebil2 tahan.
Mujur akak2 ni sporting. Bagi kita rehat kejap2.
Usually peringkat ni ramai mommies akan demam.
Alhamdulillah, sis dikurniakan kesihatan yang baik.
Masa ni selera makin kurang.
Tp makanan2 yg disebut di atas tu lah yg boleh telan.
Sakit pinggang makin terasa
sebab perut makin besar
Which is semorang cakap x cukup besoooo
Tapi husband bukan main seronok
hari2 compare perut kite lg beso dr perut dia
Husband yg happy
Masa ni kena pergi check up weekly pun dah mengah
Parking & klinik punyalah jauh
Sempat kentut berdas sebelum sampai klinik
Tunggu turn sampai tersengguk2
Dari first time sampai last time check up
Pergi sendiri. Eh sekali je husband teman.
Sebab keje. Kesian lah nk balik semata-mata nk teman sis
Sis ok je. Selagi larat nak pergi sendiri.
So selalu mendapat pandangan aneh dr mommies lain.
Lagi2 appointment lepas sekolah. Kebetulan pakai baju sukan.
Depa ingat budak sekolah mai check perut agaknya
Sebab elok pakai sluar track lagi
Sis sampai 7 bulan muat pakai baju kurung
Akak2 kt sekolah duk suruh pakai baju mommies
Husband pun sama
So, balik kampung rembat jubah mak, jubah adik yg dulu sis punya
Kahkahkahkahkah

Emosi masa pregnant?
Tak payah citerlah.
Tunggang terbalik.
Sensitip tu bukan main.
Husband duk sebelah main game pun rasa diabaikan.
Padahal selama ni ok je
Ada dua ekor kucing sis mati masa awal2 pregnant.
Menangis macam apa.
Seminggu mengigau
Huhuhuhu
Tak elok ye kawan. Tak elok.
Bab tak dapat makanan.
Hah. Lagilah emosional
Perangai pun kena jaga. Mulut pun kena jaga.
Orang tua2 cakap, ape mak buat masa mengandung
boleh terkenan ke anak2.
Sebaiknya, jaga2 je lah ye.
Untuk pembangunan akhlak sendiri jugak
Ahakkssss~
Cepat marah. Yup. Memang cepat.
Tapi kena tahan. Sebolehnya tahan.
Lagi2 nak elak marah budak2 kt sekolah.
Tarik nafas. Lega. Tunggu cikgu dah bersalin.
Habis suara cikgu lontarkan ye.

Dannnnn
Masa pregnant ni korang akan dengar macam2 petua.
Macam2 pantang larang.
Tak kisahlah dari aspek ape pun.
Sis cuma ikut beberapa je.
First trimester tak lasak2
Tak makan nenas, tebu. air kelapa
Bila korang gugel, ade je yg okay nak telan benda2 ni
Depends pada badan masing2.
Just, don't take the risk.
Hujung2 minggu tu start minum susu kambing
Jangan angkat benda2 berat sebolehnya.
Biarkan husband uolss buat. Biar.
Hahahahahahahaha
Kalau boleh berteman g check up, elok jugak.
If not, anda wanita gagah mcm sis
Masuk 2nd trimester,
sis buat senaman ringkas
Kegel excercise.
Squat la paling2.
Sehari 5x. Ada hari lupa buat.
Mujur jugak husband dah suruh buat dari sebelum bersalin.
Taklah terkejut.
Jalan banyak2. Nak jalan kt taman x sempat.
Jalan naik turun tangga kejar budak kt sekolah.
Kira senaman la tu.
Sebenarnya ada banyak senaman yang boleh dibuat.
Google or tengok kt youtube.
Jangan malas2 k


Elakkan melepak kt tempat yg orang merokok suka lepak
Kalau makan kt luar cr tempat indoor
Walaupun indoor pun ade je yg xde common sense
merokok jugak even meja sebelah ade mommies & budak2
Sis & husband selalu pindah2 meja bila makan kt BRJ
sebab kes2 mcm ni lah.
Suami2 yg merokok, kalau x boleh stop,
jgn smoke dekat2 wife.
Lepas smoke mandi bersih2 sampai hilang bau, warna & rasa
Hokay?
Malam2 ke petang2 ke
Paksa diri rajin baca surah2 amalan.
Nak target khatam Quran pun boleh.
Lagi bagus.
Tadarus sama2 dengan husband. Baby dengar pun happy
Boleh dah start cakap2 dgn baby.
Kalau dah ada nama, panggil nama dia.
Sis kt sekolah pun ckp dgn baby.
Sampai student ckp kenapa cikgu cakap dengan perut
Hehehehehehehe


Oh ye
Sila jaga posisi semasa tidur.
Penting!
Supaya oksigen sampai kepada baby.
Tidur mengiring ke kiri lah yang terbaik.
Even kt labour room pun nurse suruh ngiring ke kiri
utk check bacaan jantung baby
Masa first trimester, doc bg folic acid saje.
Sis makan ikut aturan.
Then masuk second, tukar kepada obimin + minyak ikan.
Sis tak tambah apa2 supplement pun.
Sis mula2 tseksa nk telan obimin yg besaw & bau x sedap tu.
Ada kes muntahkan balik.
Siap mintak doc tukar ubat kecik2 satu2 jenis.
Tapi doc bg cadangan try minum dgn jus buah-buahan.
Hahahahaha
Memang berekesan. Awat doc x khabaq mai awal2?
Sejak tu husband akan blend buah honeydew @ tembikai~
Usahlah terpengaruh dengan ibu2 hispturrrr
Yang banyak sangat mazhabnya.
Bertanya pada yang pakar dan ikut nasihat doktor ye
Nak belajar menari mesti dengan cikgu tarian.
Takkan dengan angkasawan kan?
Nak tahu hal ehwal kesihatan,
tanyalah pada pengamal perubatan anda.
Cewwaahhh
Kalau kt kawasan sekitar ada kelas antenatal utk new parents,
Silalah pergi. kt HUKM ade. 150 sepasang.
Sis tak sempat pergi. Dah bersalin.
Kahkahkahkahkah


So mommies especially yg baru pregnant
dan sis rasa mommies yang berpengalaman anak 8 pun setuju
Enjoy your pregnancy.
Walaupun ada banyak perubahan dan segala yang tak kena
Appreciate every of them.
Sebab x semua wanita merasainya.
Kadang kita rasa nak mengeluh
sbb kita yang rasa sorang2 plus terkejut.
Tapi tanamkan rasa syukur atas rezeki dan nikmat yang Tuhan bagi.
Nanti2, rindu rasa kandung baby
Plussss masa ni lah nak mengada2 dengan husband
dan ditatang bagai minyak penuh oleh family
Hehehehehehehe

To husbands
Jadilah partner yg paling supportive.
Perempuan ni complicated.
Bila dia pregnant, dia jadi double complicated.
Help her.
Buat dia ketawa. Puji dia.
Make sure mommies tak stress.
Make her laugh.
Tolong buat keje rumah mana2 yg boleh.
Masukkan baju kotor dalam mesin basuh pun ok.
Kata susah senang bersama~
Bawak pergi babymoon
Bila lagi nak bercuti same2 berdua kan
Kitorang g Cameron Highland
sebab sis ngidam eskem lavender
kahkahkah
Yeayyy eskem lavender!
Be strong ibu2.
To mommies yang berisiko,
do take care more
Listen to your doctor.
Jangan ikutkan hati sangat.
Dah tak boleh pentingkan diri sendiri ye.
Yang lain pun sama.
Yang belum berezeki,
sis doakan Tuhan limpahkan kurnia ke atas kalian.
Moga merasa nikmat menjadi seorang ibu.
Jangan putus doa.
Kerana Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani
:)

Sekian.
Itulah kisah pregnancy sis selama 37 minggu.
Sis sampai 37 je. Bukan 40.
Tapi consider cukup bulan.
Whyyyy?????
Sis akan story kat entry seterusnya k
Bawak bertenang sayang
Jangan marah jangan marah
Sampai bila pun tak sudah....eh!~


Comments

  1. Salam pn. Saya nak tanya kalau nak daftar kat klinik primer ukm untuk check up ibu mengandung macam mana?

    ReplyDelete

Post a Comment