CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, 14 March 2017

Assalamualaikum, Muhammad Khalid Al Walid :)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Oleh sebab ramai tertanya-tanya
Apa yang sis maksudkan dengan
"Jadi ibu secara mengejut"
dlm status FB yg lalu,
Maka post kali ni akan sis kongsikan
supaya korang takut
kahkahkahkah
taklah taklah taklah
supaya yang tertanya2 tu faham
Allah adalah sebaik2 perancang :)
*Sesungguhnya apa2 yg berlaku selepas kalian baca ni, sis x bertanggungjawab
dan taknak bertanggungjawab kahkahkahkah*

Ni tak berkait tapi nak citer jugakkkk
Dua minggu sebelum bersalin,
tertunai hajat sis nak babymoon.
Masa tu dah 35 minggu.
Kitorang ke Cameron Highland.
Tempat honeymoon dulu.
Hahahahahaha
Bawak adik sis si Kakcik tu dgn kawannya Ain.
Sebagai upah temankan sis sebulan kt KL
Sebenarnya pergi sbb sis dari awal pregnant mengidam eskem lavender
Hehehehehehe


Dua bulan sebelum tu,
pergi bercuti ngan GMP @ housemate kt kolej
Yang ni setahun jugak plan.
Last2 pilih Melaka Bandaraya Bersejarah.
Hey, don't mess with Melaka k
Pun tempat sis & husband pre-honeymoon seminggu lepas kawen
Kahkahkahkahkah
Kitorang stay kt homestay OHANA.
3 hari 2 malam.
Memang superb! 
Aktiviti kitorang ialah makan, jalan, tido dan gossip

Posing ala2  GMP
Ok. back to the topic.
Sis buat secara kronologilah ye.
Gittew~

10/02/17 (3.00am) - Sis terbangun & rasa basah. Bukan ngompol ye. Cepat2 pergi bilik air tengok2 kot berdarah ke ape. Tak ada. Tapi memang basah. Sis kejut husband. Kitorang dua2 blurr sbb nk g klinik pun mana ada klinik bukak. Tak pulak terfikir nak ke emergency hospital. Husband boleh lek2 tido balik. Sis lepas tukar baju semua, baring2 tapi x boleh tido sebab risau.

10/2/17 (6.00am) - Bangun dan check xde basah2. Takde tanda leaking langsung. Bingung jap. Bincang2 dgn husband dia kata pagi ni pergi klinik. Sis cakap sis nak pergi sekolah dulu, thumb print lepas tu mintak izin pengetua nak keluar check up. So dgn selamba pergilah sekolah. Bila beritahu kt pengetua, pengetua halau suruh pergi hospital. Akak2 ni pun marah le awat tak g emergency je pagi tadi. Sobsss~ Terus call husband. Husband datang amek kt sekolah.

Then, kitorang sarapan roti canai dulu kt BRJ sbb sumpah sis lapar. Kot lah hari tu kena beranak, perlulah makan dulu. Pergi klinik sebelah mamak tu. Doc ckp mmg ade kurang sikit air ketuban. So dia refer ke HUKM pagi tu jugak. Tapi diorang tak terima sbb katanya x booking, so diorang x amek kes ni. Sobsss...blurr kejap. Takkan nak scan sekejap utk check jantung baby pun x boleh? Sokayyy. Husband terus shoot ke Hospital Pantai Cheras. Explain kt diorang apa jadi. Swasta mmg terima je lah kan. Plus, sis ada surat daripada doc Hospital Pantai BP (book situ). Sejam diorang monitor. Check laluan apa semua. Doctor Tan in charge. Lepas sejam dia kata jantung baby semua ok & tak ada leaking tapi dia suuruh terus balik Batu Pahat utk refer pd Dr Lau yg kitorang book kt sana. Plus sis positive GBS. Apa itu GBS? Bukan game boy k~


So, sis dikira berisiko jugaklah. How to detect? Jika puan2 ada keputihan yg tiba2 teruk @ tidak pernah ada mcm tu sebelum pregnant, sila kabo ke doctor cepat2. Doc akan buat rapid test untuk confirmkan sama ada infection tersebut berbahaya atau tak. Dalam kes sis, dia bg satu ubat untuk masukkan dalam saluran. Sekali sahaja. Hospital Pantai pulak bagi ubat antibiotik untuk prevent baby dari kena jangkitan. Antara risiko (menurut doc) ialah jangkitan di paru atau otak tapi jarang berlaku. Just to prevent, sis kena makan ubat & satu injection akan diberikan masa delivery. The consequence cuma akan tahu lepas baby lahir. Sis dapat detect GBS ni masa minggu 32 check up kt KK. Sebab rasa lain mcm keluar keputihan tu. Doc ckp x ada punca tertentu jangkitan ni berlaku sbb dalam 25% ibu mengandung mmg akan ada masalah ini tp tidak semua kes membawa bahaya. Nak tahu lebih banyak, boleh rujuk link SINI . Dan sila maklumkan pada Doc yg in charge deliver baby jika mommies ada masalah2 sebegini even dalam buku pink sudah ditulis. Itu pentingnya buku pink perlu dibawa ke mana2 ye. Kalau cikgu, RPH tu ibarat nyawa kedua, untuk mommies pulak buku pink ni. So ingat, buku pink WAJIB dibawa kemana-mana sahaja mommies pergi. Sis simpan dalam dashboard all the time~


11/2/17 (10.00am) - Sempat pergi kenduri. Gamble je balik lambat padahal doc suruh semalam. Sebab sis syahdu & terkejut kena tinggalkan rumah tiba2 utk masa yg lama. Nangis2 siap husband peluk. So, baliklah esoknya which was this date lah. Pergi kenduri kt Putrajaya dulu makan nasi minyak. Who knows tu lah nasi minyak last sebelum bersalin. Kahkahkahkahkah. Lepas kenyang, baliklah ke batu Pahat.

12/2/17 (5.00pm) - Kitorang pergi check up dgn Dr. Lau kt Hospital Pantai BP. Explain kat doc apa yang jadi Jumaat lepas. Dr Lau pun scan baby, jantung apa semua. Doc cakap everything is okay. Tak ada masalah. Tapi dia bg MC seminggu in case ada lg leaking even sis ckp last leaking Jumaat tu dan sampai hari ni x ada dah. Doc ckp mmg ada kes mcm ni but bukan emergency. Sis pun dapat cuti seminggu awal. Apply kt sekolah 20/2 - 20/4 hehehehe Pengetua kata "Ok. Semoga dipermudahkan semuanya"

14/2/17 (10.00am) - Nurse klinik desa belakang rumah ni call. Suruh datang buat check up mingguan situ sbb dah balik BP kan. Sis pun mmg bukak buku pink kat situ tp sbb duk KL, banyak check up kt KL. Sis pun pergilah membawa diri. Pregnancy check up seperti biasa. Para nurse hairan mengapa saiz perut sis tidak seperti 37w. Ukur2 punya ukur, mcm 34/35w. Depa pun suruh jumpa doc KK esok pagi. Sis pun angguk je lah.

15/2/17 (9.00am) - Ni lah tarikh yg begitu mendebarkan lagi bersejarah. Seperti yang diarahkan dan saya yang menurut perintah, lepas breakfast pergilah jumpa doc kt KK. Check mcm semalam jugak dan doc pun begitu hairan dgn saiz perut sis yang sis pun hairan kenapa doc kt KL & hospital pakar lek2 je xde komen pasal saiz perut ni. Lalu. doc itu call Hospital Sultanah Nora BP. Maka, doc di hospital pun suruh datang sana immediately utk scan. Sis pun hokayy. Call mak cakap kena pergi hospital. Mak cakap jgn lambat sgt sbb sis bawak kereta mak. Mak nak pergi sekolah. Sis pun ke hospital dengan linangan air mata sbb stress betul dgn apa yg berlaku. Ditolak ke sana ke mari. Dah lah sorang2.

15/2/17 (11.00am) - 5 kali pusing cari parking kt hospital tak ada rezeki. Pergi parking luar hospital nun jauhhhh dari pintu pagar. Jalan2 cari wad bersalin sbb katanya scan kt situ. Adeh...mengah sis. Dah sampai tu kena tunggu sat sbb byk kes emergency. Meriah betul dewan bersalin. Sana sini orang nak bersalin. Seram pulak sis tengok. Sis datang nak scan je. Scan je ok. Selepas sejam tunggu, barulah sis dipanggil utk scan. HO yg scan. Muka beliau mcm x puas hati. Beliau pun panggil boss. Doc boss itu scan pulak. Beliau pun x puas hati. Sis jd stress sbb perut duk terdedah mcm tu. Dengan dua HO, praktikal student & doc boss duk berkumpul tengok sis. Doc boss ckp air ketuban kurang. Sis kata x ada leaking. Last was Friday & dah refer dgn pakar. Doc boss tu pun tgk buku pink dia angguk2 pastu call big boss. Perbualan bahasa medic yg x difahami. Selesai call, doc boss berkata "Puan, lepas ni warded terus. Esok induced. Puan kena bersalin" Haaaaaaa?????? Sis mcm tergamam jap. "Kita taknak ambil risiko even puan ckp x ada leaking. Puan pun dah 37w which is cukup bulan untuk bersalin." Muka sis agaknya dah biru. Sis dah plan nk makan kepci ke dominos lepas scan ni sebenarnye. Bye2 gaisssss~

Malam tu baru PM kawan tanya mcm mana nk book bersalin kt hospital BP. tuptuptup, esoknya betul2 melalui proses nk bersalin kt hospital ni hahahahahaha moral: jangan tanya kawan ape2 pasal hospital kahkahkahkah

Nurse tanya waris ada x nak daftar ward. Sis cakap sis datang sorang. "Kenapa dtg sorang? Lain kali dtg dgn waris. Awak tak taw kena warded ke ape2 jadi" Eh eh eh eh.....saya disuruh datang nak scan je. Saya pun x taw kena warded lepas tu kena bersalin. Kata sis dalam hati huhuhuhuhu. Nurse baik lalu dia pun tlg daftar. Sis call mak. Mak pun terkejut. Dah lah kereta sis bawak. Acano? Mak pun dtg naik teksi bawak2 brg hospital yg memang sis dah siap pack sebulan awal. Mommies, preparation kena awal ye. Boleh google kelengkapan ibu & baby di hospital. Sementara tunggu proses yg lama tu, sis sempat berbual dgn mommies lain yg mcm2 kes ada. Lama betul. Nurse tukar shift lah. Wad penuh lah. HO sempat explain kt sis mcm mana process induced ni. Katanya sis akan warded satu malam. Esok pagi, baru induced. If dos pertama sis xde rasa contraction, dia bg kedua."Kalau sampai ketiga xde jugak, kenalah czer ye". Telan air liur. Sis call husband ape semua. Husband ckp false alarm kot. Sebab dia baru balik KL semalam. Sis geramlah. Sis dahlah tgh terkejut dan stress. Sis ckp masalahnya ni alarm x bunyi punnnnnnn tapi disuruh bersalin huhuhuhuhuhu tahan air mata beb! Sis sempat tanya kt sorang akak yg tengah tahan sakit sbb bukaan dah 3cm tp x warded lg. "Akak, maaf nak tanya. Saya nk kena induced esok. Sakit contraction tu mcm mana ye? Sbb saya x taw nk expect mcm mana?" Macam sengal kan tanya kt orang tgh sakit contraction soalan mcm tu huhuhuhuhu tengah seram wehhh plus tgk akak tu rilek2 boleh borak sikit2. Nasib dia layankan.

15/2/17 (2.30pm) - Barulah sis ditolak masuk ward. Husband baru gerak dr KL. Mak teman sampai Wad. Kesian mak naik teksi bawak tiga beg hospital huhuhu mak dah cantik2 nak pergi sekolah lettew. Kena ambik MC sbb sis nak bersalin. Baru sempat makan sekeping roti dan hirup air sekotak, nurse dtg suruh salin baju & ikut ke bilik sebelah sebab doc nak monitor jantung baby. Adalah dalam sejam. Sis masa tu lapar GILE. Pastu teringat belum solat zuhur. Tak lama doc datang. Dia ckp nk check laluan. Sis tadah je lah kan. Tiba2 doc ckp "saya bukak laluan ye". Terkejut sis. Lepas seluk2 dalam 3 minit, doc ckp "Saya dah bukak laluan 3cm. Tak payah induced esok. Ptg ni jugak masuk labour room & bersalin" Weehhhhhhh~~~ korang rasa? Mental baru terima nk kena induce esok. Ni tiba2 tukar plan ni. Meleleh air mata. Doc pun bertanya, "Kenapa nangis? Takut ke? Jgn risau puan. Bersalin mmg sakit. Tpi ni utk kebaikan baby. Tak perlu induced tunggu esok" Huwaaaaaaaaaaaaa. Gila tak takut??? First time kottttt. Nurse pun dtg suruh siap2. Sis cakap sis nak solat dulu. Masa tu dah pukul 4.30 ptg. Sis terus solat zuhur. Lepas zuhur, mak bg roti lagi. Nak jamah pun tak lalu. Nurse dtg lg bawak wheelchair. Katanya jgn lewat2. Urgent ni. Mak mintak izin bg sis solat asar. Nasib nurse memahami. Lepas asar, sis siap2. Mak bg minum air selusuh setengah botol. Di sinilah kesilapan besar sis yang tak tahu apa2. Nanti sis beritahu kenapa. 
Sis ikut yang ni utk senarai keperluan kt hospital
15/2/17 (5.30pm) - Sis dah siap mintak ampun kt mak apa semua. Mak ckp kalau arif tak sampai lagi masa bersalin, mak masuk. Sis pun sempat mesej husband mintak ampun kot x dan nak jumpa dah. Drama sangatttt. Mak dah call husband & pukul 5pm tu husband kt Pagoh dah. Nurse cakap sempat. Ikut teori 1cm 1jam. Mak aihhh....lg 7jam ke nk tunggu 10cm? Masuk je labour room, lagi sekali check bacaan jantung baby. Ade mcm graf2 gitu. Ade dua org doc masa tu. Katanya jantung ok cuma bacaan x cantik. Baby tidur. Yelah. Dia pun x sangka kena keluar hr tu. Rutin dia mmg tido time2 gitu huhuhuhu maka, nurse pun duk gocang2 perut sis nk bg baby bangun which is sampai graf cantik. Diorang suruh sis pun gerak2 kan kaki jugak supaya baby tak tido. Nurse sempat tunjuk zikir2 yg ditampal kt dinding untuk sis bacakan sepanjang masa contraction tu. " Sini banyak ye Puan zikir2 yg Puan boleh baca sepanjang contraction. Puan cuba bertenang je" Wah...Valet Zikir? Tapi sis memang x henti baca " Lahailla anta subhanaka inni kuntu minnazalimin "

15/2/17 (6.00pm) - Masa ni doc ckp dia nak pecahkan air ketuban sis. Yelah. Sebab sis xde contraction, xde leaking. So kenalah buat cara manual. Sekali lagi, sis x tau what to expect rasa air ketuban pecah tu mcm mana tapi kali ni sis tak tanyalah. Doc seluk apa entah mcm dawai panjang ade cangkuk. Ngilu2 gitu. Sekali buat x pecah. Yang kali kedua baru pecah. Doc ckp air ketuban dah pecah which means sis akan rasa contraction tak lama lagi. Sis kena baring mengiring ke kiri masa tu. Sis actualyy lapar gila. Bila dah masuk labour room, mmg tak boleh nk makan apa semua dah. Laparnye Tuhan saje yg tahu. Doc tu pun bagilah kata2 "semangat" - bersalin ni sakit ye puan. 100x sakit daripada sakit yg puan pernah rasa dan puan kena rasa sakit ni untuk bersalin- sis pun x taw nk rasa bersemangat ke ape. Paling sakit sis rasa kena cabut gigi dengan dentist brutal masa gigi bernanah. Around 6.20 mcm tu contraction pun mula. Sis tak taw what to expect jadi bila sakit tu datang Ya Tuhan.......speechless. Sumpah sakit. Menggigil kaki. Sis kan menghadap mesin jantung baby tu. Kt situ boleh tengok jugak peratus contraction. Sis dengar nurse ckp plg kuat buat masa tu sis baru rasa 25%. Ya Allah~ 25% dah sakit mcm ni. Sis jadi seriau setiap kali peratus tu naik. Bila turun baru rasa lega. Mula2 ada gap 10 minit. Bolehlah bertenang sat. 

15/2/17 (6.45pm) - Masa ni peratus dah naiik 35%. Yang 25% tadi tak rasa sakit dah. Bila naik 30 lebih terbeliak mata. Sis dah penat sangat masa tu. Mata dah kuyu. Perut lapar. Tangan dah sejuk. Tak lama tu dengar nurse panggil "Puan Fatin Fadwana, ni suami puan?" Terjegul muka husband yang senyum pun mcm serba-salah gayanya. Ada satu rasa lega nampak husband masa tu. Nak menangis ada tapi tahan takut energy makin kurang. Husband duduk sebelah genggam tangan. Masa tu xde contraction jadi sempatlah sis berbual. Bila datang je, mcm ulat gonggok badan sis bergulung. Sis sempat pulak explain pasal percentage kt mesin tu. Sejak tu, husband buat countdown pulak. Eh eh eh eh bila peratus naik je "Ok sayang tahan tahan tahan. Selawat banyak2" ~ pffff.....sis nampak kot benda tu. Kalau boleh taknak tengok. Husband boleh pulak buat mcm tournament bola sepak time nak gol. Sempat jugak sis explain pd husband roughly mcm mana sakit tu. Rasa nak meneran mcm buang air besar tapi kt depan rasanya campur pedih melampau. Nurse ade cucuk ubat tahan sakit kt montot iteww tapi x berkesan ponnnnn dgn ucapan "Ubat ni bukan hilangkan sakit ye puan. Dia kurangkan je. Puan kena rasa sakit bersalin ni untuk bersalin". K fine fine, kata sis dalam hati. Kalau hospital kerajaan, diorang x galakkan epidhural dan takkan bagi kecuali emergency sangat (doc cakap). Sis pun tak berniat nak ambik epidhural tu.

Nurse tengok sis sakit teruk sangat. Dia tanya "Puan ada minum air selusuh ke air zamzam ke?" Sis pun angguk. Terdengar keluhan kecil nurse tu "Puan, air selusuh atau air zamzam x boleh minum. Benda tu trigger sakit berlebihan masa contraction. Sbb tu Puan rasa nak meneran sangat2 walaupun baru berapa persen contraction. Takpelah Puan. First time kan? Lain kali jangan buat ye. Boleh minum tapi beritahu nurse. Kite akan bagi masa puan betul2 nak teran. Ingat ye Puan" - Fuhhhh masa ni x taw nak menyesal ke ape. meleleh air mata je lah. Benda dah jadi. Sis ade dengar jugak masa kt ward air selusuh jgn bawak. Sis ingat jgn bawak masuk labour room. Tu yg minum kt wad huhuhu tp memang sakit. Padahal baru 3cm. Sis tengok siang tadi tu akak yg 3cm cool je boleh jalan sana sini. Sis dah kabo ni, korang beringatlah ye. Sis ni dah tak berdaya. Plus tak makan lagi. Sis ckp dgn husband, ngantuk. Sis tak boleh tidur sbb kena pastikan baby gerak. So husband yg gerakkan badan sis. Sis mmg tetido. Bangun bila contraction dtg je which was every 5 minutes. Doc dtg tengok then cakap masih 3cm. At least 1cm 1jam. Goshhhhhhh perlu ke nak ulang benda tu byk kali. Down gila dengar. Husband keluar solat magrib & isyak. Sis memang tidur sbb tak berdaya. Tengok contraction dah naik 50%

Sis tak ingat pukul berapa dah sbb tetido dan x terfikir dah nk tengok jam sbb stress semua asyik ckp 1jam 1cm, tapi ada satu moment tu mmg sis dah x mampu nak tahan dari meneran, sis menjerit sekuat hati walaupun x kuat mana tenaga. Tak fikir apa dah. Berlari nurse & doc. Masa tu sis x berdaya. Sumpah. Kalau bateri fon tu dah keluar warning suruh cas. Doc cakap ok puan boleh teran. Nurse kata kalau rasa nak berak, teran je. Sis dengar je terus teran dgn konfidennya. Memang sis rasa sis terberak terkencing semua. Ahhh peduli apa. "Jangan angkat punggung puan. Pegang kaki. Buka mata, teran tengok perut". The only thing yg sis mampu buat adalah tahan punggung dr terangkat. Pegang kaki pun dah mengigil. Husband kt sebelah duk bagi kata semangat pun sis dengar  x dengar. Apatah lagi kata2 semangat dan sokongan dari nurse dan doc. Sis try fokus nak teran je. Tenaga x ada dah nak bukak mata tengok perut ke ape. "Puan, kepala kt sini je. Sini je". Entah sini mana pun sis tak tahu. Tak rasa apa. Sis rasa ada dalam 3 ke 4 nurse & sorang doc lelaki kt situ. "Puan ready nk teran, ok teran Puan" tu je lah yg sis dengar. Husband ckp (dua tiga hari lepas bersalin) banyak jugak sis membuang huhuhu sis sungguh xde tenaga dah. Duk fikir anak je janganlah lemas. Paksa diri teran jugak.

15/2/17 (9.30pm) - Sempat jeling jam sbb jam tu mmg duk menghadap sis. Lastly dengar doc ckp "Encik, kita terpaksa assist by vacuum sbb isteri encik dah tak larat. Baby pun dah nampak stress. Encik kena keluarlah ye". Husband pun keluar dgn berat hati. Sempat bisik kata2 semangat & kiss sket kt dahi. Doc sempat explain sekali lg kt sis pasal vacuum tu yg sis dengar dia ckp "Puan kena teran bila saya arahkan. One last time Puan. Buat sama2, kita bantu" Sis rasa doc gunting tp sakit contraction menenggelamkan rasa sakit digunting & sungguh sampai sekarang sis tak tahu apa rasa sakit digunting dan taknak rasa lagilah pun. Masa tu sis rasa dah kepala baby. Selawat banyak2 fikir anak je masa tu. Sekali teran habis tenaga, sis rasa kepala baby keluar then semua keluar dengan lajunya. Alhamdulillah. Terperasan jam pukul 9.45 malam mcm tu. Terbaring sis keletihan sampai masa nurse letak baby kt atas badan kejap pun x rasa apa. Pakar paed terus ambik baby sbb baby tak nangis. Sis dalam separa sedar tu dah panik kenapa baby tak nangis huhuhu sis mamai2 tanya "baby ok tak? Mana baby saya...doc..baby mana?" meleleh air mata masa tu. Tak mcm dlm drama pun. Lepas bersalin boleh terus peluk baby huhuhu doc suruh bertenang. Katanya pakar paed ambik baby sebab baby stress. Sambil2 tu Doc cuba jugak utk hentikan bleeding sbb dia ckp ada pendarahan sikit. Then doc trs fokus nak menjahit luka guntingan tadi. Aduhhhhhhhh sakit jahit ni memang terasa dan boleh ingat sampai sekarang. "Banyak lagi ke doc" Sempat sis tanya. Doc ckp "Tahan puan...sikit lagi..sikit je" Hampeh sikit....Aku yg kena jahit, bukan kau!!! Kata sis di dalam hati. Sungguhpun doktornya kacak dan senyuman sentiasa di bibir, sakit dijahit itu tetap tak hilang. Memang ada masa sis jerit jugak. Lantaklah hahahahaha sakit kot. Tapi jerit pun taklah mcm KL Menjerit. Sekadar dengar ke telinga doc tu je.
Dengar nurse cakap sis assisted by Vacuum Kiwi
Sis masa ni rasa sejuk sangat .Mengigil. Tak berdaya apa. Sampai terdetik dalam hati, "Ya Allah, aku ni nak mati dah ke? Kalau ni saat terakhir aku, ampunkan segala dosa dan peliharalah seluruh ahli keluargaku". Sungguh. Memang lain macam rasa masa tu. Nurse suruh rehat tp sis takut sangat nak tutup mata. Takut tutup x bukak dah. Insaf kan? Bila masa dah layu, paksa bukak balik. Sebelum tetido jugak akhirnya, doc kacak walaupun rendah tadi sempat jenguk dengan ucapan "Baby puan di NICU. Baby stress tp pakar dah ambil alih. Puan rehat ye. Jangan risau2. Tahniah Puan" dengan senyuman menghiasi bibir beliau pun pergi. Sempat jugak sis ucapkan terima kasih sebelum tak sedarkan diri. Sedar2 nurse suruh beralih ke katil lain sebab nak tolak masuk ward. Gagahkan diri mengengsot. Sejuk yg amat. Masa dia tolak tu sis perasan jam dah pukul 11.45 malam. Sis nampak husband & mak ikut je katil tu ditolak. Mak teman sampai dalam. Mak sempat borak2 dgn akak2 katil sebelah. Sis separa sedar. Senyum2 je mampu. Sayu jugak tengok orang lain tidur dgn baby tp baby sis kt NICU huhuhuhu entah pukul berapa terlelap lepas makan biskut & minum air. Dengar nurse cakap kalau nak pergi toilet ke apa boleh panggil husband kt luar. Husband masuk kejap je tengok keadaan sis and pesan ada apa2 call je dia tunggu kt luar. Masa tu sis kesian tgk husband sbb dia nak tidur luar mesti sejuk sbb tak nampak sweater fevret dia dgn baju lengan pendek tu lg huhuhu

16/2/17 (7.00am) - bangun pagi tu sebab terdengar suara ramai orang. Rupanya nurse dtg. Mamai2 sis bukak mata. Nurse sorang tanya ada pergi toilet? Sis cakap tak sebab tidur x sedar apa malam tadi. Dan2 kena marah " Awak kena pergi toilet. Buang air. Nanti rahim kembang! Cepat pergi sekarang!" Huuuu....manalah sis taw. First time kan. Malam tadi xde pulak yg beritahu wajib pergi toilet. Sis pun terkedek2 turun pergi toilet dari katil yg tinggi ya ampunnnn ditambah pulak kesan ubat bius masa jahit tak hilang lagi. Sengal2 dari pinggang ke bawah. Masuk toilet bingung sat sebab semua benda tak berani terkenangkan jahitan. Hentam sajalah labu. Agaknya sebab banyak hilang darah & x makan lagi, jalan rasa nak pitam. Mujur ada HO Indian yg baik hati tolong papah sampai katil.

Around 8.00am tu para doktor membuat lawatan. Barulah sis dapat mendengar dengan jelas apa yang berlaku di labour room malam tadi. Doc siap keluarkan graf jantung baby yang duk monitor sepanjang dalam labour room tu. Doc ckp bukaan 10cm dalam waktu yang cepat jugak berbanding teori walhal dari pukul 5.30 ptg sampai ke 9.30 mlm jugak. Doc ckp "Luckily Puan berjaya push at the moment bukaan 10cm dgn bantuan vacuum. Itu mengelakkan baby daripada lemas. Ada certai kes even dah 10cm, takes about 30 minutes untuk keluarkan baby. Baby Puan mengalami Fetal Distress that's why dia tak menangis masa keluar. Denyutan jantung pun sangat laju. Pakar paed terus ambil bawa ke NICU. Puan boleh discharged petang ni if Puan betul2 sihat dan tak demam & boleh tgk baby di NICU"

Berbekalkan pesanan "kalau puan sihat baru boleh tgk baby", sis pun gagahkan diri makan mee yang dihidangkan. Akak2 dlm ward tu pun banyak pujuk & bg moral support sbb diorang tahu sis first time. Wad ibu bersalin ni dah mcm gaya hidup dorm hahahahaha. Lepas makan, sis tido. Bangun tu baru segar siap boleh pergi mandi dan berjalan even lg lambat dari penguin. Mak ayah sis datang dgn muka gembira tengah hari tu. Tapi sayangnya depa pun x dapat tgk muka baby sbb NICU ni parents je boleh masuk. Husband datang sebelum Zuhur suap sis makan apa semua. Husband ckp dia pun dapat tgk baby masa azankan je sebab siap je azan, doc terus ambik. Sis tengok muka husband letih sangat huhuhu kesian. Tak tido lena duduk luar sejuk lagi. Dipendekkan cerita, petang tu discharged around 5pm dan husband sorong pergi NICU. 

16/2/17 till 24/2/17- Khalid warded selama 11 hari. 2 hari pertama kt NICU sbb conginatal pneumonia. Cucuk antibiotik for 5days + air. Sayu tengok dia cucuk sana sini. Bila belek2 biru semua. Wayar sana sini. Tapi Khalid masih tenang je tido. Meleleh air mata setiap kali datang tengok. Husband sempat buat lawak. Katanya dagu berlapis tu ikut ibu. Cehh....dagu berlapis ni lah yg awak tergila-gilakan dulu k. Betullah orang ckp, bila tengok muka anak terus lupa rasa sakit bersalin. Hilang tu taklah sebab mmg sakit lagi sbb baru sehari kan. Tapi first time tgk Khalid, cinta pandang pertama gittew. Daripada tak larat nak bangun terus berdiri dari wheelchair, tahankan kaki berdiri sebelah inkubator selama yang boleh sbb tak puas tengok even x boleh nk pegang lagi.


Hari ketiga dan keempat transfer wad bayi tapi kena kuning sehari. Baru ibu lega, dah pindah NICU semula sebab doc suspek jangkitan kuman pada perut. Khalid tak boleh hadam susu. Kena puasakan susu dan masuk air dan masuk ubat lagi. Kena tambah lagi 4 hari kat hospital. Kebetulan sis dapat pam susu on that day, dengan doa bertimbun, moga susu ibu boleh jadi penawar buat anak. Alhamdulillah esoknya doc ckp dah boleh minum susu cuma masih belum capai dos yang sepatutnya. Masih kena pantau. Hari ke-9 dah pindah wad baby dan first time sis dapat susukan directly. Dah tak ada cucuk2 kecuali air. Meleleh lagi air mata. Memang keje nangis aje huhuhuhu di mana Fatin Fadwana yang hati batu air mata beku ituuuuuu ~ Pagi hari ke-11 kami pergi hospital, doc cakap if result darah & x-ray okay, petang dah boleh discharged. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Sis sebelum doc cakap tu dah ada harapan bila tengok Khalid dah x dilingkari sebarang wayar coz semalamnya doc cakap selagi ada wayar, selagi tu x boleh balik. Tengok2 hari tu dah takde daaaaaahhhh!!!!

25/2/17 (8.00pm)
Welcome home, Muhammad Khalid Al-Walid bin Muhammad Arif :)
Panjang sangat nama.
Tapi ibu dari dulu lagi berangan nak letak nama anak Khalid al-Walid.
Tambah Muhammad atas permintaan family:)
Kesian cikgu2 awak nanti.
Mesti merungut mcm ibu sbb 
kena tulis nama anak murid panjang sangat
hahahahahaha
saja ibu balas dendam
Moga menjelang 2020, cikgu2 tak perlu menulis
di buku kehadiran murid~
Hakikatnya...bukan begini ya posisi tidurnya
27/2/17 -  Khalid warded sekali lagi sebab kuning huhuhu tapi kali ni ibu boleh stay skali. Meleleh lagi air mata ibu. Rasa macam biarlah ibu yg sakit, bukan awak. Tak sanggup ibu tengok tangan kaki awak bengkak2 kena cucuk. Nurse pun geleng2 kepala tengok Khalid warded balik lepas dua hari keluar~ Mujur satu malam je kena tahan. Memang gigihlah sis setiap dua jam paksa dia bangun dan susukan. Letak balik bawah lampu. Sepanjang malam macam tu. Alhamdulillah bacaan makin kurang. Till now pun makin kurang tapi masih dikira ada kuning based on umur dia & kena pi cucuk jugak dalam dua minggu untuk monitor level kuning dia. Sayu oiiiii tengok baby kena cucuk. Anak sendiri pulak tu~

That's all for now.
Pantang story tunggu habis pantang ye
40>60>100
Bertabahlah husband
Hahahahahahaha
Kepada para suami,
selagi ada peluang teman isteri di labour room,
temanlah.
She needs you.
Bekalkan doa dan salurkan semangat
even masa tu isteri sebenarnya x sedar apa dah
dan kadang2 semua benda rasa rimas
dan ada kemungkinan anda dimaki jika tersalah cakap
atau tak cakap pape
(sis x buat k)
hahahahaha
Masa ni kita suami isteri akan rasa
betapa besarnya pengorbanan mak kita
semasa lahirkan kita~
Even husband pun boleh menangis tengok
isteri bergadai nyawa untuk anak

Hopefully kawan2 yg first time & tengah tunggu hari tu
Taklah seram sejuk membaca
Pengalaman setiap orang berbeza
Ini bahagian sis
Bahagian korang lain pulak nanti
Mungkin sbb masa pregnant sis aman damai
Jadi rasa peritnya masa bersalin
Dr Lau pun cakap, sakit bersalin ni subjektif
Ada orang rasa sakit sangat.
Ada orang rasa biasa2 saje.
Bersalin mmg sakit (kopipes ayat doc)
Tapi perempuan x pernah serik :)
Allah knows the best and He knows I'm ready
to be an Ibu walaupun sendiri terkejut


Just be positive dan stay strong.
Sis seminggu pertama masih trauma.
Atas sokongan suami, family & nurse,
sis kembali positif.
Nak pantang kena positif~
Sekian....
All the best mommies!!!
Semoga dipermudahkan segala urusan~
Para ibu ialah wanita2 yang hebat dan kuat!

*P/S : Terima kasih doc & nurses yg bantu dalam proses delivery sis. Team yg supportive & x garang hehehehe letih2 pun x rasa stress nak teran. Cuma keletihan sahaja. Biasalah ada isu2 kecil yg menyentap tangkai hati ini tp sokayyy...kerja dgn manusia mmg melibatkan hati dan perasaan kannn. Terima kasih sekali lagi :)

No comments:

Post a Comment