Selamat Setahun Sayang!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Merupakan sejenis post yang ala2
budak wechat a.k.a BBNU
Siapa cepat mabuk, ibu2 mengandung yang sdg mabuk
eloklah jangan baca
Post yang dituju khosssss buat kanda husband
yang agaknya sekarang tengah main DOTA
sempena ketiadaan dinda isteri di rumah

Selamat Ulang Tahun Pertama :)
Maafkan syg sebab tak sediakan apa2
Padahal orang lain sambut bukan main grand
di restoran hipssturrrr paling kurang pun
Syg pulak x sempat masak apa2 sebab meeting sampai ke petang
Sudahnya kita makan nasi lauk tomyam, telur dadar dan kailan
Jangan kata candle light dinner,
meja pun x hado
pinjam meja laptop abg
hahahahaha
Apa pun, dapat berjemaah dan bertadarus sudah cukup nikmat rasanya
Sekali lagi,
Selamat Ulang Tahun Pertama, cinta!

Esoknya baru dinner grand. Same2 pulun kt dapur hahahaha
Dear Tuan Husband yang sweet,
cepat betul setahun berlalu kan?
Walaupun post ini tidak bertarikh 070217,
tapi anggaplah post ini genap setahun.
Marilah kita #throwback sikit apa jadi dalam setahun ini

Setahun lalu,
dengan sekali lafaz sahlah kita menjadi suami dan isteri
Masihkah abg ingat,
menggigil sejuk tangan saat pertama kali nak bersalaman.
Entah berapa kali cubaan baru betul dapat salam.
Gedik bukan?
Sesungguhnya, kegedikan itu masih lg dpt dirasa
 setiap kali kita bersalaman.

amboi amboi gedik amboi amboi gedik (ikut rentak)
Banyak benda yang jadi walaupun baru setahun kan?
Antaranya ialah terjadinya Baby
kahkahkahkahkah
Itu rezeki namanya
Walaupun secara kiraan Matematiknya kita sudah kenal selama 8 tahun,
sebenarnya setahun ni lah kita benar-benar belajar
memberi dan menerima setiap yang kita kenal selama ni
Dulu2 merajuk boleh buat x tahu
Tak mesej sebulan pun x apa jimat kredit
Sekarang baru diam seminit siap gugel
"Bagaimana pujuk suami yg sdg rajuk?"
atau
"Lawak2 hambar memikat suami"
Dalam gelak tawa kita
adakala disulamkan juga dengan air mata
Ingatkah abg
x bercakap kita satu malam dek
bercanggah pendapat nk ambil takaful yg mana?
hahahahahaha
Syg yg dikenali rakan2 susah nk menangis
begitu mudah pecah empangan di depan abg
walaupun isu sekecil semut mayat

Sungguhpun lautan api tidak akan kita redahi
kerana itu semua hanya metafora duniawi,
tetapi dengan konfiden dan selambanya
kita naik Myvi yang comel itu sampai ke Gunung Brinchang
Demi cinta sejati bersaksikan lubang dan lopak jalan
Padahal dalam hati mengucap panjang
Nak reverse pun mustahil apatah lagi membuat pusingan U
Berkat kegigihan kita dalam ketakutan
Myvi itu selamat naik dan turun laluan penuh ranjau
Benarlah Myvi bukan sebarang Perodua

6 bulan awal pertama berPJJ lah kita
Betapa sayu hati ini setiap kali hari Ahad malam Isnin
melambai2 suami tercinta pulang ke KL
menaiki bas gagap
demi mencari sepotong newyork cheese cake secret recepi utk syg
Alhamdulillah Tuhan rezekikan kita duduk bersama
bila ditawarkan mengajar di sana
dan berdendanglah lagu Cinta Bandar Tasik Selatan

Masihkah abg ingat betapa gigihnya kita
mencari rumah dalam masa seminggu
siang bekerja malam kita memburu rumah2 sewa
dari Balakong ke Serdang
dari Serdang ke Cheras
abg sanggup tak lunch dan berpanas naik motor cari rumah
padahal senyap2 singgah KFC kan kan kan kan
dan memandangkan pada tika itu kandungan syg masih awal bulan
urusan perpindahan semua abg yang uruskan
daripada mencari rumah hingga mengemas barang
Syg pula sebagai pembaca google map
yang ternyata sekadar membaca
sampaikan entah ke mana2 lorong gelap kita terbabas
dek beristerikan si buta peta
hahahahahahahahahaha

Dan bermulalah episod kita hidup berdua
Suka dan duka dikongsi bersama
Sungguhpun abg asyik berkata rumah tiada apa2
Tapi itulah syurga kita
Cewwaahhh
Di situlah pertama kalinya
Syg mengurus dapur utk abg
Mencuba pelbagai masakan bertemakan ayam
Syg belajar menjadi suri rumah separuh masa
Syg belajar mengurus makan pakai sihat abg
Syg belajar menerima apa adanya dan bersederhana
Kalau dulu syg menangis meninggalkan ayah bonda
Tapi tiga hari lalu,
syg menangis sayu meninggalkan syurga kita buat sementara
Lagi2 bila abg baru je pasang water heater
dgn titik peluh bukti seorang injiniurrr

Memandangkan syg bukanlah tukang masak yang power
Yang sampai hari ini pun masih gugel resepi
walaupun peminat fanatik My Kitchen Rules & Gordon Ramsey
Masak sama2 adalah antara perkara paling besttttt
Sungguhpun dapur kecik smpai berlaga siku
Daripada resepi chicken chop abg yang tahap restoran hispturr
Hinggalah ke resepi nasi tomato syg yang entah mana rasa tomatonya
Masih ingat sate resepi abg yang cucuk pertama konon khossss utk syg
tapi abg boleh ambik balik ngappp dpan mata?
Sampai anak lima pun syg akn ungkit k
Sesungguhnya, bila abg offer nak masak nasi ayam di hujung minggu
sebab x nak kemas rumah
adalah perkara paling bestttt sbb syg lg suka mengemas
hahahahahahahahaha


Seronok x kawen?
Mestilah seronok dua ronok tiga ronok
Sama macam ada kereta
Bestttt
Tp dlm best pun bulan2 kena bayar, maintenance lagi, rules to drive
Macam tu jugaklah perkahwinan
It has ups and downs~
Dan setiap masa adalah sesi PdPC
Ngehngehngehngeh
Cikgu sangattttt

Dear Tuan Husband yang disayangi,
Terima kasih sudi menerima isterimu ini
Yang hyper sensitif
Suami belum naik kapal pun dah banjir
Yang serabai ya ampun kalah kak limah
Tapi abg tetap puji cantik even bangun pagi padahal.....
Yang buta peta
Tak reti estimate 100 meter ke kanan tu berapa jauh lagi
Tapi tetap konfiden jln ke Segamat tu lah jln plg dekat ke BP
Yang tak reti masak
Potong bawang cantik2 pun abg ajar

Tapi syg tahu abg begitu kagum
dengan kehebatan syg
Mencari brg abg yg 'ghaib' di mata abg
Dan kini kehebatan syg sudah upgrade
kepada boleh meneka apa yg abg fikirkan
So, don't try to mess up with your wife

Sesungguhnya isterimu ini tahu
betapa ralatnya seorang suami terpaksa meninggalkan isteri
melebihi sebulan
lagi2 yang dlm proses membesarkan perut
sebab tu balik dr laut belum sempat mandi
abg dah ajak ke IKEA
target nak beli perabot
terbeli meatball pula sepaket
hahahahahahahaha
kemudian berulanglah dialog abg memohon maaf
rumah tiada katil tiada sofa tiada apa2
hanyalah meja yang syg belanja khossss utk laptop DOTA abg
yang sesekali syg lepaskan abg ke medan peperangan DOTA
bersama rakan-rakan
dan bila terdengar syg melagukan iklan2 di TV
tersengih-sengih abg berdialog "syg bosan ke? sorry"
dan tentulah sebagai isteri solehah syg menjawab
 "takpe. menang x tadi?"
andai kalah jawapan abg, itulah akibatnya membiarkan syg bercakap dgn TV
hahahahahahahahaha
sejak itu abg akan bermain game bila syg punya banyak kerja
bagi mengelakkan rasa bersalah kan kan kan kan

Terima kasih Tuan Husband
sbb berusaha menjadi ketua keluarga yang terbaik
Walaupun lawak abg kdg2 hambar,
pickup line abg baru naik level 2,
tapi syg tetap terhibur sbb syg #mudahterhibur
Bila syg kena uruskan hal ehwal rumah
sepanjang keberadaan abg di tgh laut,
barulah tersedar bukan mudah selama ini
tanggungjawab seorang suami
betapa byk pengorbanan utk kesenangan syg
Sungguhpun dlm akaun tak banyak kosong kosong kosong
mcm lagu Kalau Aku Kaya kegemaran abg,
abg masih gigih setiap hari bertanya nak apa
masih ajak keluar setiap hujung minggu
masih cuba nak beli itu ini utk syg

Dan kini kita sama2 mengira hari
Menyambut kehadiran anugerah Ilahi
Yang moga comel macam syg baik mcm abg
hahahahahahaha
cukuplah syg yg berperangai seperti ini utk abg handle
Sepanjang 8 bulan ni,
syg dpt lihat effort abg yang kdg2 x menjadi
contohnya usaha temankn syg
yg x boleh tido dek sakit belakang
akhirnya abg terlena mendodoikan syg
kahkahkahkah
Moga masjid yang kita bina berkekalan
Dengan rahmat berkat dan limpah kurnia daripada Tuhan

Babymoon dua minggu sebelum baby keluar. Thanks baby kasi caannn


Comments