U untuk Ubah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Sihat tak semua? 
Lama dah tak menulis ni. Harapnya uollss tak demam rindu lah menunggu post Cik Wana yang pemalas ini.
Kalaulah ada alat yg boleh sambungkan fikiran dgn laptop lalu terus siap entry kan bagus.
Jangan kata entry blog, esaimen pon boleh siap.
Hahahahaha
Begitulah tahap imaginasi seorang Cik Wana yg pemalas


Pada masa menulis ini, semorang dalam rumah tengah tidur.
Cik Wana bukan nak cerita pasal tidur.
Tapi nak cerita yg semalam Cik Wana lepak KLCC.
First time owhhh lepak sana.
Tu pun sebab orang nak belanja makan.

And yesterday, I realized that things are changing.
Sifat segala yang diciptakan ini ialah tidak kekal dan berubah-ubah.
Dan ada masa kita rindu dengan perkara yang berubah itu.
Tetapi sebenarnya perubahan tu berlaku setiap hari
Sebab manusia melakukan refleksi dan lantas bertindak untuk melakukan sesuatu.
Haaaaa...
dah macam kuliah seminar refleksi yang diajar oleh Pensyarah Tidak Bernama itu


Okay, Cik Wana bagi contoh mudah
Blog Cik Wana dah berubahhhh
kahkahkahkahkah

Belum lagi kita tengok perubahan yang lebih besar
Hari ini kita gathering dengan kawan2 sekolah
Haaaa...part ni paling best
Kawan yang dulu paling comot,
dialah paling vogue lagi vavavoommm sampai korang rasa nak mintak sign
Kawan yang dulu mmg paling tersangat lagi cantik sekali
semakin cantik berseri mempersona idaman ramai
Dan tengok diri sendiri
masih lagi krik krik krik pakai eyeliner pon tak reti gincu pon comot
bedak pon pakai johson baby yg botol capuk2 kt muka
dan mereputlah seorang diri
Sedap Cik Wana mengata diri sendiri
Kenapa orang mengubah penampilan?
Untuk kepuasan diri sendiri sebenarnya


Itu kita lihat perubahan dari segi appearance
Jom kita tengok dari aspek lain
Masa muda remaja jelita
Seronok kita keluar dengan kawan2
Sebut je bila di mana-mana
awak kat mana awak awak kat mana
Terus sampai ke destinasi 
Tapi kita tengok pulak kawan2 yang sudah berkahwin
Sudah bekerja
Sudah beranak-pinak
Kita selalu merungut bila diorang ni tak dapat keluar dengan kita
Sekalipun keluar beraya berkonvoi beramai-ramai
Mulalah nak mengata kawan tak ingat kawan la
Diorang bukan taknak
Tapi diorang ada tanggungjawab yg lebih utama
Malah punya seseorang yang perlu diutamakan
Kenapa orang mengubah keutamaan?
Kerana komitmen baru

Pernah ada kawan baik tahap melekat kepala
And all of sudden, 
you are strangers
This is the hardest changes ever
Pedih kan rasanya?
Dulu melompat2 kalau nampak dari jauh
Hari ini sanggup u turn cari jalan lain bila nampak bayang sekali pun
Dulu berkongsi suka dan duka
Hari ini sorang2 berendam air mata
Dulu seronok bergurau senda
Hari ini sindiran di mana-mana
Masa nilah kena buat pilihan
Nak bersua muka menjelaskan segalanya
atau
Biarkanlah...
Biarkan aku hidup sendirian
Tak ingin ku mengenangkan kisah lama
Kenapa relationship berubah?
Tanya sama hati apa sebab goyah


Banyak sebenarnya nak dikupas soal berubah
Ada yang berubah ke arah kebaikan
Ada yang sebaliknya
Dan cuba reflect diri sendiri ke arah mana
Jangan salahkan orang lain 
sebab perubahan adalah pilihan
and next time Cik Wana akan cerita pasal pilihan pulak

So,
dah ada list perubahan positif yang nak dibuat?
Cik Wana ada banyakkkkk
taknak tido lepas subuh
nak joging petang2
nak tambah berat badan
nak tukar status bujang ni
Eh eh eh eh
Hehehehehe
dan banyakkkkk lagi

Selamat berubah semua!
Semoga perubahan yang dilakukan lillahita'ala



Selamat Hari Wanita Sedunia

Comments

  1. santek belog awak. mau bagi berapa bintang yaaaaaa ?

    ReplyDelete

Post a Comment