23 hari
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Assalamualaikum
Selamat Sejahtera
Hari yg indah
Paling penting
Hari yang tenang
Ada hari, kita akan rasa hilang dan lemah.
Ada hari kita rasa nak putus asa.
Ada hari kita dah bosan dengan diri sendiri.
Dan 23 hari lalu ialah hari-hari itu untuk seorang aku.
Itulah pertama kali dalam tempoh pengajian.
Atau lebih tepat dalam 23 tahun hidup
Aku punya segala rasa itu.
Sedangkan masa result SPM umum pun masih tenang
walau result tidak sebaik rakan-rakan yang lain.
Meniti hari-hari di matrikulasi yang sungguh hectic pun
masih boleh positif.
Siap sempat pergi tengok wayang setiap bulan.
23 hari lalu macam satu sumpahan.
Telah aku serahkan segalanya kepada takdir.
Tapi Allah tu Maha Adil kan?
Maha Penyayang
Maha Mengetahui
dan segala puji bagiNya
pemilik langit dan bumi.
Dia beri segala rasa itu
semoga hamba ini terus bersujud dan meminta kepadaNya
Dia beri segala rasa itu
supaya hamba ini muhasabah kembali dirinya
lalu semalam ibarat
satu permintaan dimakbulkan Tuhan
Diberi jalan lalu dipermudahkan
Diberi ilham untuk bermula semula
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Pertemuan dengan seorang insan ini
ibarat luahan hati seorang anak
dan nasihat seorang ayah
Lelaki ini bukan sekadar pengajar
malah insan yang berada di sini
yang paling faham
konflik seorang aku
Lalu dititipkan empat pesanan
selepas melihat tumpahnya air mata
seorang anak yang dilihat paling gagah
selama empat tahun ini
Diselit juga ayat-ayat penyedap jiwa
semoga anak ini
kembali berpijak pada bumi yang nyata
dan tidak pernah lupa pada cita-cita
Benarlah air mata itu
mencuci segala rasa yang menghantui jiwa
Tenang dan lega
Dua rasa yang akhirnya datang menyapa
selepas 23 hari mendung di hati
Tentulah segala rasa syukur itu adalah untuk Dia
Terima kasih Tuhan
kerana tidak pernah henti memberi kasihMu
dan aku telah berjanji
untuk terus bangkit menebus hari2 yang lalu
kerana walau apa jua yang berlaku
Allah kan ada ღ
dan aku telah berjanji
untuk terus bangkit menebus hari2 yang lalu
kerana walau apa jua yang berlaku
Allah kan ada ღ
Comments
Post a Comment