One Step Closer

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

I have died every day
waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

7 tahun lalu
Tidak pernah diangankan 
akan hadirnya hari ini

7 tahun lalu
Tidak pernah diharapkan
akan hadirnya seorang insan yang cukup bermakna

7 tahun ini
Entah berapa juta kali kita berselisih faham
Masih ingat lagi lagu 150 juta kali yg aku tuju itu?

7 tahun ini
Ada masa aku putus harapan
Masih ingat lagi betapa teguh kau berdiri?

7 tahun ini
Setiap hari adalah perkenalan
Masih kau ingat berapa banyak benda yang aku lupa?

Dari sekecil-kecil isu
sehingga sebesar-besar masalah
Semua mampu jadi bahan untuk dibahaskan

Dari sekecil-kecil perkara
sehingga sebesar-besar kenangan
Semua mampu jadi bahan untuk digelakkan

Biarlah jauh di mata
Biarlah berapa lama
Kerana kita saling percaya

Biarlah kau merah
Biarlah aku putih
Kerana kita saling menerima

Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih kerana masih setia
Terima kasih kerana masih bertahan
Terima kasih kerana masih bersama

Moga lebih tabah
Moga lebih sabar
Moga lebih kuat
Moga lebih percaya
Moga lebih matang
Moga lebih bersedia
Moga Tuhan permudahkan urusan seterusnya
kerana ini adalah permulaan baru 
untuk fasa penuh cabaran

Mengira bulan

#reserved on 15.03.15


Comments