Dari Gigi turun Ke Hati
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Assalamualaikum
Selamat Sejahtera
Hari ini dalam sejarah
Setelah berbelas tahun
Akhirnya Cik Wana membuat rawatan gigi
itu pun tanpa jiwa yang kental
Ini juga tidak membantu menenangkan jiwa raga |
Mula2 hati sudah tenang dah burung berkicau riang
Tapi bila tengok Ami keluar dengan berdarah-darah
Dan dia yang awalnya melaung dengan yakin ibarat Obama
"Tak sakit Wana. Ngilu sikit. Sikit je"
Dengan muka penuh kerut mencari tandas terus memberi ucapan
"Sakit....."
Zappp...masa tu Cik Wana rasa darah dah kering
dan burung yang berkicau riang tadi dah bertukar menjadi suara gagak
Cik Wana korang ni memang ada fobia lagi trauma dengan dentist
Selepas peristiwa hitam 13 tahun lalu
Tapi dentist pada hari ini telah jatuh ke tangga kedua
dalam senarai scariest things ever Cik Wana
Sebab pensyarah tidak bernama itu lebih menakutkan
So, inilah pengalaman pertama cuci gigi
Alhamdulillah gigi sihat dan kuat tanpa perlu rawatan lain
Cuma rasa ngilu masa doktor sibuk cuci tu
Tak terkata
Kaki dah keras kejung
Tangan pula sikit lagi nak ketuk kepala doktor
Dan sejam lepas balik klinik
Tangan masih mengigil
Adoiii...teruk teruk teruk
Sakitnyaaaa tu di sini
Di dalam mulutku
Sakitnyaaaa tu di sini
Di dalam mulutku
Tapi lepas dah cuci gigi tu
Rasa nyaman dan tenang
Boleh senyum macam iklan Fazura tu
Ada juga rasa kosong-kosong gitu kt belakang gigi
Dan bila gosok gigi
Masih ada darah sikit2
Well..
Macam tu jugaklah hidup
Ada beberapa perkara yang tidak cantik
Tidak bersih
Tidak selesa
Tidak nyaman
Tidak enak dipandang
Bukan sahaja di cerminan sendiri
malah di lensa mata insan lain
Kita simpan lama
Tak mahu berubat kerana takut
Biarlah hilang dengan sendirinya
Kalau bernasib baik
Hilangnya tak meninggalkan kesan
Tapi lagi malang bila hilang dan sakit yang lain pulak datang
Kemudian kita jumpa jalan
Jalan penyelesaian
Tidak kiralah dalam apa bentuk yang Tuhan beri
Kita akhirnya memilih untuk berbuat sesuatu
Sebab tidak tahan dengan rasa tidak selesa itu
Prosesnya pedih
Berdarah-darah
Berlinang air mata
Ada masa rasa nak menendang ada masa rasa mahu menampar
Namun kita terus bersabar dan bertahan sepanjang proses itu
Kenapa yaaaaaa
Sebab kita yakin di hujung proses
Kita akan lega
Tenang
Puas
dan segala yang positif tentangnya
Fuhhh...lega rasa |
Lalu kita meneruskan hidup sebagai khalifahNya
tanpa perlu melihat lagi kotor2 yang telah dibuang
Dan kita menjadi lebih berhati-hati dan berjaga-jaga
Agar perkara yang sama tidak berulang lagi
Kerana kita tidak mahu mengulang kembali
proses ngilu pedih perit dan berair mata itu sekali lagi
Cuma
ada ketika
akan ada yang menggosok semula kisah lama
tidak kiralah siapa
diri sendiri atau sesiapa yang menggatal tangan itu
tidak kiralah siapa
diri sendiri atau sesiapa yang menggatal tangan itu
kisah yang telah kita tinggalkan
apabila kita sudah melangkah ke depan
lalu berdarah semula
walaupun darah itu diselit-selit cuma
ia tetap mendatangkan gundah di hati
tertayang semula segala proses yang sakit itu
Apa kita buat?
Berkumur-kumur di setiap sudut
dengan sendiri walaupun rasa takut dan risau itu ada
supaya darah-darah pekat itu hilang
sikit demi sedikit
Dan kita
kembali mengukir senyum paling manis
untuk melangkah pada esok hari ツ
Hahahaha
daripada kisah doktor gigi
boleh jadi kisah hidup pulak
hailaaaa Cik Wana oiii
Happy Reading
(>‿◠)✌
Nahhh...video gosok gigi yang betul. Klik!
Pastikan anda guna berus gigi yang sesuai yeeee
Kau rasa? |
nyum nyum nyum nyum :)
ReplyDelete