Selepas Sebulan Satu Hari Bergelar Puan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sejenis entry yang ditahan-tahan lama untuk dipost
Nak buat selepas seratus hari
Lepas tu husband tazabaarrr pulakss nak taw
ape yang puan wife ni nak menaip lepas dia curi2 tengok tajuk
Oraittt
here we go~

Soalan wajib selepas kahwin daripada kawan2 yang gatal2 nak kawen jugak
1. Best tak kawen
2. Apa beza life lepas kawen?

Soalan satu : Mestilah best. Tak payah nak ceritalah apa yang best. Memang best. P kawen sana.
Satgi tawlah apa yang best

Mudahkan soalan satu? Mari move on ke soalan dua. Beza atau tidak. Mestilah beza. Ada benda yang berubah. Ada yang masih sama. 
Contoh yang berubah? Husben semakin bulat. 
Contoh yang masih sama ? Wife masih lagi slim
Hehehehehe
Sorry husben~ tapi saiiaa sukaaa awwaa bolatbolat

Most of rutin harian sis tak banyak berubah sebab masih lagi stay dengan family
Husben balik weekend saje
Sobssss~
Cabaran kawen muda serta tuntutan kerjaya
Weekend je lah berubah sikit sebab tu je masa nak spend dengan husben
5 hari sebelum husben balik tu dah plan dah nak buat aktiviti apa di hujung minggu
Tapi kebanyakan aktiviti ialah melantak
Hahahahaha
Konon nk jogging~ 
Dalam sebulan ni dapatlah sekali
Good job, husben! Wife jaga check point je sambil menikmati panorama indah

Yang kelakar tapi menyentuh hati is ayah sis
Lepas beberapa hari kawen tu, husben & sis plan nak berjalan ke Melaka
Saja nak dating
Ayah macam masih tak biasa anak dia dah kawen
Malam tu macam2 tanya
Check kereta, stay mana, berapa lama
Dan esoknya, ayah punya pesan hati2 kat sis dengan muka risau yang cuba nak disembunyikan
Siap pagi tu tolong isikan air check minyak hitam basuhkan kereta macam selalu ayah buat
Walhal anak sulung yang sorang ni bukan pergi sendiri tapi dengan husben
Masa tu, sis rasa kelakar and sebak jugak
Masa tu sis nampak jelas betapa selama ni ayahlah tempat sis bergantung 
dan ayah tak pernah nak anak dia susah dan semuanya ayah akan cuba sediakan dan pastikan selamat
Dan ayah masih buat macam tu sungguhpun sis dah berkahwin
*lap air mata*
I love you, ayah. Will always do
I will always be your princess, a deddiDoter
You are forever my first crush and my first superhero


Baru-baru ni sis tiba2 dilanda demam panas yang teruk
Rasa dah tiga tahun jugak tak demam sampai lemah longlai
Biasa demam ngada2 manja je sejam dua
Kali ni memang naik tinggi suhu badan
Ayah punya risau sebab sis jarang sangat demam
Duduk rumah sorang pulak sebab mak ade kursus
Ayah call, wassap, call lagi tanya khabar serta macam2 tips hilangkan demam
Mak pulak petang tu terus bawak pergi klinik
Balik belikan aiskrim vanila dua bekas
Husben dah tak tenang buat keje kt sane
Bila sis dah pegri klinik, dapat ubat dan rehat
Barulah semorang lega
Hehehehehe
Rupa-rupanya dah kawen pun masih dimanjakan mak ayah
Inilah namanya kasih dan sayang mak ayah tidak pernah bersyarat untuk setiap anak


Apa yang berubah? Hmmm~ 
Dulu nak keluar rumah, just perlu bagitau mak ayah dan mak ayah biasanya okay je
Sekarang kena bagitau husben dulu and even mak pun sentiasa ingatkan untuk bgtau husben walaupun keluar tu dengan mak
Oleh sebab husben duduk jauh dan balik weekend saje (so far),
ada masa tak boleh nak keluar or travel jauh sendiri walaupun semasa bujang kita dah biasa buat semua tu sendiri
Sekarang dah bawak dua nama if berjalan ke mana2
As isteri orang and still, nama mak ayah
Haaaa lepas tu kan...benda ni macam tiba2 ada taw
Dulu macam tak kisah sangat nak berjalan sorang, shopping sorang, settle itu ini sorang
Tapi bila ada title isteri orang ni, mcm insecure pulak berjalan sorang
Hahahahahaha mengada-ngada bukan?

Lagi yang berubah....penampilan
Bukan nak kata dulu kemain seksimeksi tanpa fikir ayah duk tanggung dosa x tutup aurat
Maksud sis, dulu nak melawa untuk kepuasan sendiri
Nak baju macam ni, tudung macam ni,lipstick macam ni
Semua decide sendiri sebab nak puaskan hati sendiri
Tapi sekarang bila bersiap, mesti nak tanya husben "Ok tak?" " Lawa x?" "Nak baju mana ea?"
Sebab konsep dia dah tukar kepada melawo untuk husben
Dekat rumah pun pening kepala nak pakai baju apa
Kemain kerek taknak pandang tshirt lusuh yang dedulu macam tak boleh hidup tanpanya
Plus, husben dah inform awal2 untuk tidak meneruskan habit memakai tracksuit
kalau ada urusan di luar rumah
Wear proper attire yang melambangkan kita ni isteri orang, bukan budak sekolah
Ngehngehngehngeh
Me is overly attached to tracksuit

And of course....apa2 pun kena dahulukan husben pulak sekarang
Kadang2 ada jugak terlepas sebab biasa urus diri sendiri kan
So, bila husben balik je weekend terus kena tukar mode wife mithali
Wahhh giccuuu~
Weekend je mmg sis busy lah
Memang khas untuk suami terchenta
Padahal memang kawan2 takde pun nak diajak lepak sama2 even weekdays pun
Sobbsss~ sendu kan rasanya sampai takde kawan sbb memasing bertebaran di muka bumi Tuhan
Bila hasben balik BP
Baru bersemangat nak keluar mall
Pusing2 batu pahat yang takde lah beso mana pun
Sebab kalau weekdays keluar sendiri cari barang ke apa
Lepas tu bertembung dengan orang2 yang dikenali or mengenali diri ini
Mesti dapat soalan
"Sorang je?" "Cik abang mana?" " Kesian lah dia keseorangan"
Isk isk isk isk 
Sis is tabah hokkaayyy

So....bersempena sebulan sudah masa belalu dengan pantasnya ....

 

Dear Husben yang comel,
Thanks for these wonderful 30 days
Saya taw kita masih awal lagi
Masih bertatih
Masih belajar
Masih berusaha 
untuk beri sehabis baik dan terbaik 
for our marriage
Bukan untuk sebulan dua
atau setahun dua
Tapi untuk selama yang boleh
selama yang diizinkan Tuhan
dan moga atas izinNya
hingga ke syurga

Awak selalu tanya is it okay if kita stay macam ni
Rumah macam ni
Kereta macam ni
Just macam ni
Dear husben sayang,
Percayalah yang saya cuma nak awak ada
Tak kisahlah di mana duduknya kita
MyBie saja peneman kita ke mana2
as long as we are willing to work hard together
InsyaAllah
Rumah kayu pun terasa bagai istana
Eh, tapi rumah kayu sekarang lagi mahal
Nak beli tanah lagi, beli kayu bagus2 lagi
Maksud saya,
Saya cukup bersyukur, Allah hadiahkan awak untuk saya

Terima kasih sebab kerja keras untuk saya, untuk kita
untuk masa depan kita, insyaAllah untuk family & anak2 kite
yang hopefully comel mcm saya
Terima kasih temankan saya menangis
Urutkan bahu saya yang asyik sakit
Pinjamkan telinga dengar cerita saya yang kadang2 merepek
Kongsikan camera untuk selpi
Terhibur dengan habit menghafal iklan radio saya
Sudi puji suara saya sedap nyanyi
sedangkan ami dah terang2 cakap suara saya sumbang


Terima kasih husben tak pernah jemu percayakan saya
Support impian saya
Sabar menghadap mood swing saya
Tegur salah dan silap saya
dan tolong saya masak kat dapur serta menjamah sardin kicap yang saya masak
padahal banyak lagi lauk sedap yang ayah tiba2 belikan


Terima kasih sebab selalu puji saya
dengan harapan sampai saya tua berkedut gigi lopong
Kalau tak kerana awak bersungguh puji saya cantik setiap hari
(harap2 sampai ke tua nanti)
dah tentu sampai bila2 pun saya tak pernah yakin dengan diri sendiri
Saya pun suka usya awak lagi2 bila awak senyummmmm
tapi plisss izinkan saya tengok movie yg ada tom cruise atau Van Diesel atau TheRock
Terima kasih sebab sanggup tukar waktu makan awak
semata-mata nak saya makan dan makan sama2
lepas tu tolong perabih makanan saya
Patutlah misi nak kuruskan perut x berjaya
Takpe, ade 30 hari lagi dalam target
Dongibab asbengggg


Terima kasih jadi supporter saya yang hebat dan setia
selama 8 tahun kita kenal
Terima kasih jadi stylist saya yang berjaya
tapi baru sekali tengok saya belit shawl dah geleng kepala
Plisss jangan hasut saya shooping di GioMall lagi
Dua tahun sekali mungkin boleh
Terima kasih drive saya ke sana ke sini
sambil tahan ngantok dan sabo je lah tengok saya sedap bermimpi
Lepastu dah faham habit saya bila jalan jauh
bekalan mesti penuh
potato chips dan air krisentemum
You are yemmazzzingggg husbennnn

Terima kasih sebab gagah melayan kucing2 saya
sungguhpun tak lama lepas tu
berhinguslah awak sebab alergik
Saya kesian kt awak tapi pada masa yang sama
saya tak boleh move on dengan kucing2 saya
Saya harap awak tak sepak Oncet
dek rasa cemburu sebab Oncet tu buah hati saya
yang nombor dua
Mesti awak geram kan
Saya bagi Oncet makan dulu sebelum hidang nasi kt awak
Hasben diutamakan, Oncet didahulukan
Oncet is your rival
Itulah perasaan saya bila awak dah dua tahun 
Tak move on lagi dengan DP bersama Indah di FB
hehehehehe~

Dear husben,
Esok esok
(harap bukan esok)
Kite mesti akan gado besar
Bukan lagi merajuk manja
Masa tu saya harap kita kuat
Dan kita akan ingat balik sebulan pertama yang seronok ini
serta 8 tahun lalu yang gigih kita pertahankan
Tarik balik file surat2 cinta kita yang berhabuk ink pudar2
Dan jangan sesekali lepaskan tangan saya
sebab kita kan satu team yang hebat
Yang ingin sentiasa bersama menjalankan misi rumahtangga
Jadi satu hari nanti
boleh kita duduk bercerita sambil memeluk bahu kepada anak cucu


Dear husben,
Sekian saje ucapan saya sempena sebulan satu hari ni
Nak ucapan panjang boleh request secara live
Tapi ada charge okayyy
Sebab berbuih jugak mulut
Sabarlah sayang, tadahkan saja telinga itu
hahahahaha
selamat menjadi husben saya
sampai ke syurga!
Saya janji saya akan jaga awak
Sehabis daya saya walaupun perlu menggadaikan tulang empat kerat saya
Sesiapa yang berani usik awak
apatah lagi mengorat awak tanpa izin saya
even masa dia mintak izin pun
saya akan buat2 terlanggar dia naik kereta jiran
lepas tu call bomba :)
why bomba why why kereta jiran?
hehehehehehehe KBAT
Selamat bertabah dan bersabar
coz more to come
hihihihihi

Yang tulus ikhlas menyayangimu :
Your overly attached wife

Comments

  1. Replies
    1. sebab kalau call ambulan mesti dia selamat hahahahahahahahahahaha

      Delete
    2. Hahahahhaa. Okay. Paham. Baguih betoi !

      Delete
  2. Moga bahagia hingga ke syurga, doakan kami juga wana....

    Tulus ikhlas:
    Juniormu yang senior...ekekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnnnn hahaha sama2 lah kita berjiran di syurga nanti kalau di dunia tak dapat berjiran

      yg putih mulus tulus ikhlas,
      seniormu yg junior

      Delete
  3. Wuuuu inspired 😚😚😚😚

    ReplyDelete

Post a Comment