Campak Belakang Sebulan Lalu


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

AMARAN !
Entry kali ni banyak gambar dan panjanggggggg
Pastikan line anda selaju lipas kudung 
yang patah semua kakinya
Dan KLIK pada image untuk lebih beso dan jelasss
KLIK juga pada tulisan berwarna-warni dengan tanda * untuk direct link


Entry sejak dua menjak berkawen ni, amaran sokmo



Post ni saja tunggu 7 Mac 2016 nak publish
Padahal tangan dah gatal2 nak publish dari minggu lepas
Mujur sis seorang yang tabah lagi sabar
Kenapa 7 Mac 2016?
Kerana hari ini, sis akan campak belakang peristiwa sebulan lepas
yang membawa perubahan kepada diri sis ini
Don't worry
Sis masih lagi sekeping wana yang orang suka sangat samakan dengan papan ataupun lalang

OK back to the point

Berdasarkan dua tiga pos gedik sis sebelum ini, pastilah yang sudi jengah or lalu saje melepaskan kentut sudah tahu yg sis sudah pun di'Puan'kan

7 Februari 2016

Punyalah susah nak mencari tarikh dari 2015
Nak tanya view orang tua2
Tips cari tarikh orang Jawa (pm nenek for the bez peraizzz)
Nak tengok weather broadcast
Nak tengok cuti sekolah ke idok (mak & sedara2  #teamcikgu)
Nak tengok schedule bakal somi
Macam2 nak diambil kira rupanya
Mujur tak kena tengok tarikh kucing2 kt rumah beranak

Apa2 pun.......
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Sekali lafaz saje dan sis syak husben sis hari-hari praktis menyebut nama sejak 8 tahun lepas
Good job, husben!
Sayangnya, sis di dalam bilik kelaparan dan x menyaksikan detik bersejarah itu.
Pelik sungguh sis kenapa tiada yang memanggil sis keluar dan duduk bersimpuh tersipu malu ala amboi-amboi di atas pelamin
Sis malas nak bercakap... I mean menaip panjang, sis belanja korang gambar k untuk explain betapa syoknya nikah
Maksud sis.....majlis pernikahan berjalan lancar

MasyaAllah itu pengantin perempuan nampak sebegitu rakus kegembiraannya
Boleh buat banner promosi " Syok oiii nikah!"
Momen paling susah utk pengantin dan meletihkan photographer "kenapalah budak ni ketawa x salam2"

Sis tak pernah sangka upacara pembatalan air sembahyang begitu mendebarkan, menyejukkan tangan dan sukarrrrrrrr.
Selama ni sis tengok orang lain secara live begitu cool dan romantik.
Sis pulak sampai merah muka digelakkan Ya Tuhan ramai betul penonton
Adalah dalam lima minit tempoh bertenang
But it was a wonderful moment
First time salam dan sentuh tangan husben
Rasa mcm ... bzzzzzz~ zing! *acah2 Transvylnia Hotel*

Tipulah tak nangis masa peluk2 mak ayah adik2.
Kat Johor akan ada satu sesi penyerahan anak perempuan oleh mak ayah
Ada speech halalkan makan minum serta susu sejak lahir
Banyak jugaklah yang sis dah prepare nak menangis banyak2
Tapi sebab Tok Kadi ade berderet lagi orang nak dinikahkan, semua tu dipotong terus
So, taklah dramatik sangat pernikahan sis
Kalau tak, boleh banjir sekampung

Kawan-kawan MRSM Pontian yang datang malam nikah
Team bridesmaid dlm mode 'malam nikah"
Majlis nikah habis dalam pukul 11 mlm jugak sebab start around 9.30 mlm
Tok Kadi bz kawenkan orang
Tak sempat beliau menyantap jamuan malam tu
Patut malam tu sis tido awal memandangkan esok pagi2 tu ade khataman
Satu lagi budaya di Johor yg masih diamalkan di kampung2
Biasanya buat malam sebelum nikah
Disebabkan sis nikah malam, dan nak jugak letak khatam tu
Maka dibuatlah pagi sebelum sanding, satu malam selepas nikah

Majlis khatam pengantin perempuan dengan team khataman kampung
perrghhhhh~
Penah menang award katanya. Ni team legend uolsss
Sis belajo dengan mak ngah sis selaku mentor makcik2 team khataman ni
Nyesal tak belajo dari kecik. Boleh wakil negara ke tilawah perdana...cewwaahh
Disebabkan sis tido lewat malam tu sebab basuh make up punyalah sejam tak hilang
Then betulkan balik inai dengan Fie sampai rebut2 selimut dengan kaksema
Pagi tu mengantuk ya ampunnnnnn
Sarapan pun sesuap dua sebab bekejor nak khatam
Kang kenyang sangat dari khatam jd sendawa pulaksss
So jom tengok skettttt majlis khataman itu
Mak Ngah gojes dengan instant shawl pink. Tira & Atie sama2 ngantuk temankan sis sampai gigil2

Khataman 8 Februari 2016 start jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi
Makcik2 ni sambung berzanji satu rawi tutup dengan marhaban
Sis lepas khatam terus terkedek-kedek masuk bilik untuk make up sebab sanding jam 12.00 tengah hari
Kebanyakan orang confuse dengan warna tema majlis
Hahahahaha
Khemah makan biru ada pink ada. Pelamin bunga colourful. Tempat makan pengantin pink. Phooboth putih biru pink. Bunga telur oren ada pink ada maroon ada
Pengantinnya?
Haaaa ~ jom tengok gambar


Haaa bunga telur yang berjambak2 dan berbagai warna tu mak sis yang buat kayyy
Dengan bantuan mak ngah & sis. Kreatif bukannnnnn
Cantikkan pelamin?
Cantikkan make up?
Sape cakap tak, boleh pergi tukar mata dengan burung hantu
Sis masih x boleh move on dengan pelamin dan make up yg super duper canti menarik ni
Kalau orang2 Johor nak pelamin & make up cantik macam ni
Even yang dah kawen kot saja nk buat enibeseri pun nk pelamin bagai
Boleh check fb *Azidia Bridal Couture  (Batu Pahat) dan satu lagi di JB x silap *Azidia Bridal JB
Staff very friendly untuk melayan karenah korang dan servis memang tiptop hokayyy
MUA bridal yang make up kan sis ni boleh tgk IG beliau @ardadhiaa_makeupartist

     

Haaaa...
Menawan kan gambar?
Terang, kemas, menarik tertarik memang da bommm!!
Gambar2 yang cantik dalam blog ni telah ditangkap dengan jayanya oleh abg *Yusni Musa
Boleh pm beliau sebab beliau sangat cool, friendly dan ohseemmm
Gigih dari majlis lain berkeja ke majlis sis bagi menjayakan misi dengan cemerlang
Official photogrpaher sis *Two Touch Photography * Faiz Saleh Photoworks
Which means, sis contact OP dulu then photographer yg bertugas is abg yusni:)
Tak silap base di Muar tapi cover mostly dalam Johor dan bolehlah pm untuk tanya kot sampai ke Sarawak sebab dah jatuh cinta sangat tengok gambar ni

Oh ye~
Dress sis walaupun tak se'speechless' mcm dress Anzalna yg memang ohhemjiiiii meleleh hingus sis melihatnya kalau aku punya memang tak mahu sikit pun tercarik lalu aku simpan dlm box Anabelle
Tapi sis sangat sayang dress yang direka khas untuk sis oleh sis cantekkkkk, *Cik Najibah
Dijahit oleh bridal pilihan hati sis tadi
Boleh pm beliau yang lemah lembut ini untuk quote harga satu design
Tak silap starting harga rm70+ if korang tak cerewet mcm mak tiri Cinderella
Kalau cerewet pastinya sis canteekkkk kita ni akan baling stiletto sambil tersenyum mesra ke uollss
Dan gambar first atassss sekali kt entry ni is my invitation card
Design oleh KakNinano dan boleh usya page fb *Tembun ponnn dengan harga yang berpatutan dan mampu tempah
Lepas tempah design, sis pergilah print kt *Amierieda Creative Art yang offer pakej2 yang best!
Rombongan lelaki. Teruk jugak geng2 dulang boysss ni diTOL
dan diTROLL kan oleh *#teambridesmaids
 

Terima kasih jugak buat sepupu sulung kesayangan *kak Ugee for those delicious wedding cake & brownies hantaran
Berjaya seludup satu tingkat untuk dilahap malam itu. Taklah kempunan sampai ke batu belah batu bertangkup

Brownies cekelat hantaran (jeles x dapat rasa)

Kek kawen tiga tingkat hokayyyy (Snowy cheesecake)

Family pilih buat catering sebab embah dah tua dan sepupu banyak dah berhijrah untuk rewang besar-besaran
So, *NTJ (Nanti Jaya) Catering Parit Londang yang sis dapat feedback masakan sangat sedap
Owner nama En. Azmi Sukadi
FYI, mereka masak di rumah kita. Just sediakan ruang masak sahaja.
That's why makanan sentiasa ada dan fresh!
Dress adik2, dress khatam dan dress bridemaids ni custommade jugak. 
Pilih warna, design, dan boleh bg saiz sendiri kalau rasa size chart dia bagi tak kena
Visit IG @jubahcustomademurah dannnnn tukang jahitnya sangat friendly dan sabar melayan setiap inci permintaan customer

OK. Done. Majlis. Belah. Perempuan.

Urut2 bahu kejap sebab tiga jam jugak menulis majlis pihak perempuan
Ayuh!
Dari Batu Pahat kita ke Kuantan pulaaaaaa
Majlis pihak husben buat dua minggu lepas tu, 20.02.2016 which was my 24th birthday!
Weeee~~~~
Second time sebenarnya berjumpa sedara belah lelaki sebab dulu pernah jumpa masa Along kawen
Tapi ni first time berborak panjang and alhamdulillah, walaupun utara bertemu selatan
They are sooooo ramah dan kelakar and I'm glad I can get along with them
Sis try hard untuk ingat nama dan cam setiaps sorang
Cudah, Mamu, Kak kIra, Kak Ikin, Fakhira, Aqilah, PakLong,MakLong,Mama Ja, Tok 
hmmmmmm rasa ada missing tp tak apa
Jumpa raya nanti Sis akan buat revision

Sis & husben sampai petang jugaklah 19/2 tu
Acah2 nak tolong hahahahaha sekali betul2 kena tolong
Majlis simple but meriah sebab mostly jiran2 & kawan2 ummi abah datang
Ada jugak kawan2 sis & husben
Seronok betul berkenalan dengan orang baru
Sis punya rombongan pun boleh tahan ramaiii
Yang dari BP, JB, Kemaman,KL dan Kuantan pun hadooo
Thanks family mertua sediakan homestay sampai dua
Muuaahhh cikeddd

 

Orang kata
Perkahwinan ni adalah penyatuan dua buah keluarga
Bila kita kawen, bukan setakat kawen dengan pasangan kite
Malah seluruh ahli keluarganya
Now I know what it means
Sis bersyukur sebab dikurniakan family mertua yang best :)
InsyaAllah sis takde masalah nak balik raya mana dulu even laju air mata di pagi raya nanti
Rasa air mata ayah akan lagi lajuuuuu

#ngamka #fistAust
Masa kenduri belah husben, kengkawan injinurrrr husben datang meriuhkan suasana
Kalau belah sis kengkawan zaman tadika sampai ke uni riuh
It was the first time ever I met them tp satu dua saat dah boleh masuk
Even ada masa sis tak boleh faham apakah yang bebudak injinurrr ni borakkkan
Sebagai seorang yg dilatih menjadi guru
Sis try hard untuk acah2 faham dan tenang je k
Wow...injinurrr memang gojesssss and kacak2 belaka ke?
Patutlah husben sis sweet sangattt...eh~
Thanks korang terima iolss dlm family injinurr ngamka uollss ni
Ingat pesan iolss, kawen best k? So cepat cepat cepat

 

Disebabkan 20/2 tu birthday sis, maka sis pun dapat dua kek!
Eh tiga
Kek majlis, dan kek birthday
Satu kek secret recepi tu family cudah belanja
Muahhhhhh manyakkk kt cudah n family!
Dan dan dan dan
Dua kek kt atas ni, kak ipaq sis tempah kt kawan beliau dannnn Ya Tuhannnn sodappp
Bolehlah pm kak *Masli Haryani yang very talented baking itu ini...nyummehhhh!
Thankss hakakkkk


Oh ye!
Masa outdoor belah sis tu, sis make up sekali lagi sebab berhenti solat 
Sis tak gunakan MUA bridal dah yang tu tp isteri sepupu sis is a MUA yang comel dan mencomelkan orang
Boleh check *Kak Pah punya fb dan PM laju2 for the best peraizzzzz (gambar bawah)
Manakala ...... sis kelihatan cantik di majlis belah husben perlulah berterima kasih kepada kak ipaq sis yang gojesssss
Boleh usya fb *Aina MagicalTouch. Memang magic weyhhh. Natural beauty terserlah giccuuu (gambar atas)
Along bukan je make up orang, tapi ade buat kelas make up and jual homemade soap warisan family
No wonderlahhh ummi & anak2 gebu gebas putih melepakksss uolsss
Untungkan sis ade sepupu & kak ipaq cantik dan pandai mencantikkan orang?
Sis jugak yang serabai lg sendu~
Macam katalog pon hadooo
Lima gambar kt atas ni sebenarnye nak korang semua rajin2 klik fb *AtieyyMinho  atau cari IG budak tak padan kecik tapi keje kuat ni @Atieyy_m
m tu merujuk kepada minho. Kenapa minho???
Sebab budak ni mempunyai crush yg sangat teruk tahap tak dapat diselamatkan terhadap Choi Minho
yang katanya lagi comel dari Zhafran Zaid. Siapa Zhafran? Boleh search sendiri
Okay, apa tadi?
Oh yee...budak Atiey ni menerima tempahan veil & shawl mengikut kriteria muslimah sejati yang hengkorang idamkan
Pm dia pastu bagitau nak tudung ape, style ape, jenis kain ape, bidang berapa, kaler ape, manik ke x ke, lace ke tak ke.... insyaAllah, dia akan kerah tulang empat keratnya untuk siapkan.
Janganlah hengkorang memintak tudung 5D siap ade ekon dan effect rama2 terbang dengan iringan caklempong
Ade yang sis penampo sebab menyusahkan budak ni
Tak lupa, jubah nikah serta majlis belah husben, bolehlah sisturrrr check IG @jubahseri 
Jubah labuh, longgar, menepati syariah tapi masih nampak cantik bergaya di hari raya :)

Fuhhh~
Siap review kendurik sendiri
Best betul jadi pengantin sebab orang asyik puji cantik je
Tiada hinaan face to face
Belakang tu belakang ceritalah
Hahahaha
Kalau tak kerana jadi pengantin, kita ni husben je yang pandang taww even sememeh muke
Jadi pengantin penat jugak
First time rasa pening banyak sangat senyum
Sehabis tenaga kerah otot2 kt muka ni melebarkan senyuman dan menghulurkan salam

Ada yang tanya belanja kawen berapa? Hantaran berapa?
Biarlah rahsiaaaa
Mungkin ada yg cakap majlis sis ni boleh tahan grand mesti banyak belanja
Apa yang sis boleh cakap
Semuanya bergantung kepada kemampuan dan kesediaan kita
Rasa nak buat besar-besaran, rancang kewangan dengan bajet yg besar
Kalau rasa nak buat simple, still kena rancang kewangan
Toksah nak mengata majlis orang tu kecik la besar la
Jangan compare. Sebaiknya amek yang baik dan elakkan yang kurang baik
Ambil kira pendapat dan kehendak keluarga jugak
Sis anak sulung dan mak ayah ada ramai kawan2 dan satu kampung saje dah bersaudara
So, dari start tarikh sampai ke list tetamu sampai ke setiap aspek perlu dibincangkan dengan family

Dan bersedialah sebab bila segalanya nampak lancar, ade kemungkinan perkara tak terjangka berlaku bila tarikh semakin hampir
Yang mungkin melibatkan duit jugak atau lain2
Masa tu, jangan panik tapi kena perah idea untuk settle kan
Ada jugak yang DIY. Ada yang perlukan khidmat orang lain
Fikirkan situasi masing2 dan mintak pendapat orang2 yg berpengalaman
Tipulah tak belanja banyak tapi alhamdulillah, segalanya berjalan lancar
Family dan jemputan pun puas hati

Ada jugak yang tanya how's life after marriage?
Ade perubahan x?
Of course ada tapi sis taknak cerita dalam entry ni
Baca entry *Selepas sebulan satu hari bergelar Puan
Siap ucapan sebulan buat husben tersayang
And thanks Ami for a special entry just for me :)



Terima kasih sudi membaca
Terima kasih sudi memeriahkan majlis
Terima kasih atas hadiah dan doa
Sesungguhnya Allah saje yg mampu membalas setiap kebaikan kalian

Comments

  1. i is tazzzaaaaabar nak kawen jugak lepas baca entry ni. #bergetapucuknalurikakak #heykakaktakmencarot #heykakaknakjadiistewiiisolehah

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Ami kalau komen.. Hmm lambat lagi mau kawen.. Wuu

    ReplyDelete
  3. Hahaha. Ami kalau komen.. Hmm lambat lagi mau kawen.. Wuu

    ReplyDelete

Post a Comment