Bila Result SPM Tak Sama Macam Mimpi Kau

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Entry ini tiada amaran
Hehehehe
Cuma tersentil sedikit harapan
Sesiapa yang baca
Adik2 lepasan SPM khususnya
tak perlu ragu2 sayang
rezeki Tuhan itu di mana-mana
yang penting....
jemput baca ........


Pertama sekali, tahniah atas result SPM yang pelbagai gred hadooo
Sis bukan menghina tapi andai itulah yang telah adik usahakan sehabis baik
dan Tuhan rezekikan seperti tertera dalam slip
Maka, belajarlah untuk syukur dan redha
kerana Tuhan itu tidak pernah silap merencanakan setiap hikmah untuk hambaNya
Yang dapat A berderet2 tak muat gobok tu, teruskan kecemerlangan anda
Yang kurang A atau terlepas nak tangkap A, sudah habis meratap?

Sis tak mahu sentuh isu straight A yang bertimbun permohonan scholarship
Sebab?
Sebab sis pun 6 tahun yang lalu tidak terlayak langsung klik mana2 iklan scholarship
Mampu baca je dik nonnnnnn
Dengan iringan lagu Sembilu dan Beribu Sesalan sebab pemalassss Ya Tuhan zaman upper form
Sis bukanlah orang yang hebat tapi....

Sis mahu kongsikan 5 perkara sebelum banyak perkara lain kau kena hadap nanti

SATU
Syahdu kan bila tengok kawan2 sekelas, bestfriendtilljannah, crush, exCrush, malahan boyfriend kau sendiri dapat straight A
Manakala kau adalah nama yang cikgu pun malas nak sebut atas pentas 
atau kau sekadar check by SMS, slip amek kemudian, dan masa nak apply pinjaman baru pergi ambil sijil espiyemmm itu
Well, sis faham sebab sis melaluinya tapi sis tabah pergi jugak amek result dengan muka hitam balik PLKN
Budak2 sekarang kemain putih melepak feloles leccu meghoh belit sana sini mcm nak dinner g amek result tu
Tambahan pulak, kau adalah budak asrama penuh yang terkemuka yang bukan sekadar mak ayah tapi pakcik makcik opah serta seluruh kampung ada expectation yang tinggi ke langit 7
Bukan sekadar malu malah kuciwa tu sampai off henpon sebulan
Sekarang korang mesti pakai bluetick je kan atau hide last seen
Lagi2 pulak kau nak elak entah makhluk-sejak-bila-wujud yang tiba2 tanya result kau padahal sebelum ni bayang kau pun dia tak perasan
Ada pulak dalam kalangan yang tanya tu
memang kau dah cop musuh sampai ke titian sirat pun kau berhasrat nak tolak dia
MasyaAllah~

DUA
Ahh...result tak bagus. Tak boleh pergi obersi. Obesiti mungkin
Ahh..result tak bagus. Tak tahulah nak buat ape lepas ni
Eh eh eh eh eh eh
Kau punya kecewa macam lepas SPM tu dah tak ada jalan lagi
Kau tak tahu betapa banyak jalan yang bersimpang-siur sampai nak makan kt mana pun boleh jadi soalan lg susah dr Olimpiad Matematik Antarabangsa
Macam ni dik
Andai masih ada minat dan rasa walau sekelumit pun untuk belajar
Jangan jangan jangan
pernah rasa itulah penghujung cita-cita kau
Sis pun hadap benda yang sama tapi sis nak confess
Sis masa SPM sebenarnya tak tahu nak buat apa even kalau direzekikan Straight A sekalipun
Sis tak minat sains & matematik tapi belajo sekolah yang perlu mara dalam bidang sains
Nak jadi doktor tapi takut benda2 tajam
Masa tu stresss sangat sebab mcam tak nampak masa depan tu kita sebagai apa
Padahal kita memang tak boleh meramal masa depan
Maksud sis, tak nampak cita2
Terpulanglah mahu jadi apa mahu jadi hantu mahu jadi buayyaaayayaya
Jadi, apa pilihan yang ada?
Jangan risau
Kalau kawan2 kau yang A lurus berderet-deret ada satu jalan lurus ke menara gading
Kau ada 9 jalan lagi menurut *Cikgu Hailmi selepas ditolak utk budak2 A lurus berderet

So don't worry, be crazzzyyyyyyy

TIGA
Aduhlahaiiii~ 9 pulakssss
Susahnya nak pilih....hmmmm macam nak pilih boipren pulaksss. Manyakkk sangat
Sis lepas espiyem yang okay okay aje result tu, dapat tiga offer
Diploma in administration, Institut Perguruan (IPG) dan Program Matrikulasi
Hengkorang rasa, sis nak pilih macam mana? atau korang mesti teka sis amek IPG kan.....
Nonononono
Sis pun confuse macam korang jugak.
Tak tahu ape itu bidang administration. Terpengaruh dengan kata2 yang matriks tu susah.
Lepas tu, ngade2 tak mahu pergi IPG sampai mak sis merajuk tak mahu cakap dengan sis selama dua hari
wuuuuuuu~ 
Sis pun dengan beraninya, sungguhpun tak sukakan matematik
Sis pilih untuk ke program matrikulasi
tapi dengan satu azam yang memang dah tanam sungguh2 dalam diri
NAK JADIKAN MATRIKS SATU BATU LONJAKAN UNTUK DAPAT APA YANG SIS NAK YANG SIS TAK DAPAT DENGAN RESULT SPM
Alhamdulillah, mak ayah pun sokong sis cuma mak ayah pesan siap2 betapa mencabarnya matriks ni sebab tahu anak depa ni fobia dengan nombor
Even kawan2 pun tersedak jugak bila sis pilih masuk matriks. Siap ada yang call nak kepastian
Sooooo shuwwiittt~
Tapi masa tu sis fikir, apa lagi pilihan yang ada? Takkan sis nak duduk menangis termenung lalu mereput
So, I did what I have to do at that time.

Make a decision and go for it till the end

Yup. Ada masa kita akan buat keputusan yang salah
Tapi percayalah, keputusan yang salah itulah guru yang terbaik
dan mungkin....ada surprise yang menarik di hujungnya nanti 
Kadang apa yang kita nak sangat tu, is not the right thing for us
Yang kita benci sungguh tu pulak yang sebenarnya ada berjuta kebaikan untuk kita 


EMPAT
This part, sis akan share macam mana sebenarnya kehidupan di matrikulasi yang
ohTuhanSismemangTakkanUlangBalikWalauditawarkanSatuJutaRinggittapiDollarUSMungkin
Kalau nak taw pasal STPM, boleh jengah blog *CikguDeelKiyaKare yang pakar bidang estipiyemm selain ketua bidang biru
Ada banyak pendapat sebenarnya tentang matrikulasi ni
Amboi, macam nak bercakap soal hukum hakam agama
Ada yang kata matriks ni untuk budak2 pandai yang A berderet tapi tak dapat offer mana2
Ada yang kata matriks ni untuk tempat berkumpulnya saki baki tak straight A
Sebenarnya....Sis rasa matriks ni tempat untuk

sape2 yang nak tebus balik result espiyem dan sanggup menghadapi depression selama setahun atau dua tahun serta hilang beberapa kilogram dengan kadar kelajuan yang tinggi demi segulung ijazah yang diidamkan kemudian hari

Kenapa sis berkata demikian?
Sebab bila sis dah menjadi sebahagian warga matrikulasi ni
Sis tengok macam2 budak dengan macam2 result ada
Daripada tak ada A sampai ke A lurus berderet-deret tak tahu simpan mana
Apa yang menakjubkan lagi tentang kawan2 sis di matriks ni
Sungguhpun result espiyem mereka bawah dari 5A,
tapi result kt matriks setiap sem....habis pukul 4 rata tanpa ragu
Sis sungguh kagum lagi tercabar lalu ada jugak rasa down sebab result sis masih di tahap biasa2
Belajar kt matriks sama macam asasi
Laju pantas padat sendat letih penat stress dan lain2
Cuma yang kt asasi best la boleh cakap belajar kt uni mana~
Satu je sis pesan kt adik2 yang berhasrat nak plih matriks
Sis pesan jugak kt adik2 kandung sis dan sis tak galakkan diorang  masuk matriks pun sebenarnya
Kena rajin rajin rajin rajin
Kalau masa espiyem kau rasa dah habis rajin, masa matriks dik, tahap kerajinan kau tu boleh dapat anugerah Nobel sebab habis je matriks, kau akan rindukan kerajinan itu 
Sis tak tipu sebab sis tak rajin dan terpaksa memaksa diri ini rajin
Kelas start pukul 8 pagi. Rehat jam 1-2 ptang. 
Sambung kuliah/tutorial sampai jam 5.
Tutorial lecturer bagi macam tak ingat yang esok bukan cuti setahun
Weyhh Sakinah Asari, kau dah jadi pensyarah kat matriks tu balik, jangan dera student ok.
Kenang2 sikit kepayahan kita dulu macam mana di tempat yg sama.
Okay apa tadi?
Terpaksalah stay up sampai ke empat pagi especially untuk orang macam sis
Yang bukanlah bijak bestari dalam dua sbjek utama iaitu Kimia dan Matematik
Kalau buat esaimen sorang, memang lima tahun ulang matriks pun tak siap
Alhamdulillah dalam kepayahan, Tuhan bagi sis empat orang kawan yang pakar dalam setiap subjek
Even sis pun pakar dalam satu subjek yang diorang malas nak study
dan akan serbu katil akak demi mendengar akak bercerita
which is ...biologi ^_^
Jadinya, setiap malam sis akan berhijrah ke bilik diorang untuk siapkan keje
Ye. Kalau boleh, cari study group yang niat ikhlas nak belajar dan menJemah hanyalah aktiviti sampingan dikala rasa pahala berat sangat
Especially kalau korang ni sama spesis mcm sis, lambat pick up for certain subject
Dan jangan terkejut if ade classmate korang yang jenis kedekut x mau kongsi ilmu
Yang jenis tak reti ajar orang tu fahamlah tapi yang kedekut memang WUJUD
Lepastu tips untuk kurus ni wujud kt matriks je
Sis makan sehari sekali je diknon dek kerajinan dan aktiviti kejar mengejar consultation hour
Lecturer jugak jenis suka ugut2 kalau tak cukup jam konsultasi, tolak 5 persennnn markah
Sebab tu berat yang sis kumpul masa PLKN turun mendadak masa matriks
sampai sekarang tak kembali ..... sis is sedih

LIMA
Jadi, adakah matrikulasi pilihan yang bijak?
Bijak tak bijak dik, kau kena bijakkan diri kau
Maksud akak, hidup perlu diteruskan sebab pilihan yang kita buat tu atas kehendak diri sendiri
Sungguhpun dipaksa mak ayah jiran kerani sekolah dan sebagainya
Kalau kau tak nampak jalan lain, kau kena redah dengan bermatlamat
Jangan redah kasi bolos dan lobong sia-sia
Sis hampir give up sebenarnya masa masuk semester dua kt matriks tu
Bukan sekadar laju, silibus pun makin susah
Tak tercapai dek tahap pemikiran sis yang tak minat langsung benda2 yang pensyarah tu cakap
Menangis menangis menangis
Lagi sendu bila tengok boifren (now husben) and bfftilljannah buat persediaan nk fly pastu tengok diri sendiri, nak luluskan ujian bulanan by chapter pun semput tak tido seminggu
Then, sis ingat balik apa azam sis masa decide nak pergi matriks
Masa tu sis paksa jugak untuk habiskan
Sijil matriks tak laku dik untuk apply keje
Tak macam sjil STPM. Tak macam sijil Diploma
Nak apply guru gantipun sijil SPM lagi laku dari sijil matriks
Sijil Matriks ni semata-mata nak layakkan kita apply course degree yang kita minat
Sebab tu sentiasa semat dalam hati dan tanam dalam otak
"Biar bersusah sehabis nyawa dan jiwa setahun kt matriks. Moga direzekikan Tuhan course degree yang best aum aum aum"
Yes. Inilah yang sis sentiasa pusing2 dalam kepala setiap kali rasa penat
Sis punyalah tak suka dan trauma dengan matematik ni
Sampai sepanjang duk matriks tu doa mintak kt Tuhan, tak kisahlah degree course apa asalkan tak payah hafal2 formula yang genius je boleh faham macam mana nk prove dalam exam
Hihihihihihi~
Allah tu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui dik
Sis dapat kos yang sampai sifir pun sis ingat2 lupa apatah lg penggunaan kalkulator
Tips?
Asalkan kita percaya dengan rahmatNya dan tak putus asa


Kesimpulannya? Mudah
Jalan untuk setiap orang berjaya tu berbeza-beza
Ada yang mudah. Apa yang dia nak, apa yang dia rancang, apa yang dia usaha
Terus dapat
Ada yang susah. Apa yang dia nak, apa yang dia rancang, apa yang di usaha
Bukan tak dapat. Tapi Tuhan tangguhkan
Dua2 ni sebanarnya ujian
Dua2 ni sebenarnya ada cabarannya. Ada susahnya. Ada senangnya. Ada sukanya.Ada dukanya

Then, definisi berjaya pun berbeza untuk setiap individu
Ada orang rasa berjaya tu bila dapat A lurus berderet, pukul 4 rata setiap sem
Ada orang rasa berjaya tu bila dapat apa yang target even cukup2 makan
Ada orang rasa berjaya tu bila dapat bangun pagi pergi kelas
Ada orang rasa berjaya tu bila dapat bukak bengkel motor
Ada orang rasa berjaya tu bila dapat jawab satu soalan matematik darjah 6
Ada orang rasa berjaya tu bila mak ayah senyum bangga
Ada orang rasa berjaya tu bila dapat taip satu perenggan bab 1 tesis
Pada hengkorang, berjaya tu macam mana?
Pada sis,
Berjaya tu bila sis bersyukur atas setiap yang Allah bagi untuk setiap usaha dan matlamat sis dan sis mampu berkongsi untuk kebaikan orang lain

See~
Hidup ni tak sesusah matematik
(punyalah tak suka math sampai semua nak dibandingkan dengan math)
Kita yang buat hidup ni susah sebenarnya
Tuhan kan sentiasa ada untuk tolong kita
Tinggal rajinkan usaha dan rajinkan mintak dengan Dia
Ada masa kita rasa down. Rasa nak stop. Rasa sia-sia
Tarik nafas. Tenangkan fikiran dan ingat balik kenapa kita mulakan dan berbaloi ke untuk kita hentikan?
Jangan cakap "Kalau matematik ni A, aku dah 32 A lurus dah"
Dik,
Andai Allah dah memang rezekikan kau 31 A, tetap 31 A dik even kau bayar 50 hengget untuk semak semula kertas
Allah nak kita belajar dari kesilapan
Allah nak kita merasa satu perjalanan yang menakjubkan
Yang kau akan belajar banyak benda dari orang lain buat bekalan supaya kau lebih jelas merangka misi dan visi

Ya, memang kau jeles. Memang kita jeles
Tengok kawan2 post gambar slip penuh A
Belajar engineering, Medic, nuclear, audiologi, surgery, farmasi, macam2 lah nak senarai pun sakit hati
Kau pulak belaja course yang orang mcm ... "oh...."
Dia pulak dapat apply scholarship  macam2
Layak belajar di uni terkemuka dalam dan luar negara
Kau belajar kt uni yang orang mcm ... "emmm ape ea tu? kt sempadan kampung ni ea?"
Lepas tu selpi banyak2 kasi kau panasssss kt Malaysia dia sejuk kt Greenland
Unfollow je IG dia. Unfriend fb dia kay kalau kau rasa semak sangat dia punya selpi tepi longkang pun

Sis bukan nak bangga diri
Tapi sis adalah antara bukti
Tanpa result espiyem yang bagus
Dengan bertungkus-lumus menghadap benda yang tak suka
Dengan dikelilingi kawan2 dan boipren yang lebih bijaksanasini
Dengan belajar di uni tempatan dan bukan kategori top uni
Dengan segala hikmah dari Tuhan
Walaupun lambat sikit dari orang lain
Sis dah merasa definisi berjaya sis
dan sis akan terus membawa definisi itu dengan objektif dan tanggungjawab yang lebih besar
It is now or never

Sengih masuk Metro dapat Anugerah Pelajaran Diraja
Belajar kt mana2 pun sebenarnya bukanlah sesuatu yang memalukan
Sebab bukan kita pergi kelas bervugel sambil menari raver untuk ke kelas kan
Yang penting niat dan usaha
Mana2 pun ada cabaran hatta belajar kt prasekolah pun ada cabaran
Cabarannya ialah kau tahan kencing sebab cikgu cakap nak bagi coklat kat siapa yang duduk diam dalam kelas lepas rehat
Kahkahakhakahkah sis terkenang budak2 pra yang sis ajar tahun lepas
Haaa~ even pra sekolah pun ada cabaran yang dia pun tak terduga kena hadap hari tu
So, yang nak melangkah lebih jauh ni .... lagilah merapu dan ekstreemmm cabaran yang ada

Last but not least
Jangan pernah sesekali tidak percaya pada rezeki Allah :)

Bila result SPM tak sama macam mimpi kau,
sebenarnya realiti itu membawa lebih banyak keindahan yang mimpi tak boleh bagi pada kau kelak
Selagi mana kau doa,usaha,istiqamah dan tawakal
Kita merancang dan berusaha tapi Tuhan Maha Berkuasa dalam setiap perancanganNya




Selamat Merangka Masa Depan
Selamat Terbang Tinggi
Selamat Mendefinisi dan Mencapai Kejayaan

Comments

Post a Comment