Not All Heroes Wear Capes

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Hi!

So, this is a special post.

An appreciation post to specific people- those who played a very significant role thru my Master’s journey.



-Encik Suami-

 

My man. The one who pushed me the hardest since 2017.

2018 dah belikan laptop baru demi menaikkan semangat isteri dia sambung belajar.

Ditambah pulak laptop lama berusia sedekad tu dah nazak sangat nak dibawa ke peringkat yg lebih tinggi.

Hampir setiap kali waktu makan Encik Suami ni akan tanya bila nak sambung Master.

Terus hilang selera kita wakkk.

Kalau ditanya masa dalam kereta terus rasa nak tidur.

Tapi, kesungguhan beliau nak tengok satu-satunya isteri beliau yang muda ini sambung belajar akhirnya membuahkan hasil.

Thank you, abang for believing in me!

For all the support & lovesss

Yeyeyeye tau dah soalan waktu makan lepas ni apa.

Apa plan PhD?



-Emak Ayah-

 

Satu-satunya permintaan anak sulung kesayangan EmakAyah yang ditolak ialah:

Nak keluar dari MRSM lepas PMR.

 

Other than that, EmakAyah tak pernah persoalan apa-apa keputusan yang akak buat.

Tak marah pun result SPM dulu tak lengkap A yang ada.

As long as I keep on studying.

And living my life happily & comfortably.

And I’m a happy daughter every time both of you smile proudly at me.

 

Terima kasih, EmakAyah atas doa yang baik-baik yang tak pernah putus sejak akak dalam rahim sampailah saat ini.

Moga EmakAyah dikurniakaan kesihatan yang baik, kesejahteraan dunia akhirat.

Dan semoga Allah rezekikan EmakAyah menjadi saksi akak naik pentas utk PhD nanti!

 


-Khalid-

 

Sejujurnya, Khalid ialah manusia kecil yang paling banyak berkorban sepanjang pengajian ini.

I started my Master in 2020. Khalid baru masuk umur tiga tahun.

Khalid baru je jadi abang enam bulan.

Dia kena adapt dengan kesibukan Dibu belajar, kerja, urus rumah tangga dan masa umur ni dia mula faham Papa selalu outstation. 

Dan dia kena fahamkan kenapa cuti sekolah kita tak ke mana-mana.

Kenapa malam-malam bila dia terjaga nampak Dibu menghadap laptop.

Ada masa dia kena take care of Khaulah & take care of himself.

Dia jugak terpaksa faham dalam usia yg kecil tu kenapa Dibu letih sangat sampai tak ada masa nak main dengan dia, sampai kadang dia jadi mangsa burn-out Dibu.

But, he never complained.

“Ibu tired because so many work ke?”

Every time he asked me this, I felt like crying a river.

Dia yang lagi sabar melayan Dibu punya “Khalid, please ….”

Dia cuba untuk tak messed up lagi keadaan bila tgk Dibu dah mess up sangat.

I really can depend on him, even he was just 3-4 at that time.

I’m so sorry, Khalid sebab Dibu jadikan Khalid terlalu cepat matang padahal bukan tugas Khalid pun semua ni.

Dibu is trying to make up for the lost time with you sikit demi sikit.

 

Dear, Khalid sayang. Satu hari nanti, bila Khalid dah pandai surf internet, bacalah blog ni.

Dibu sangatlah terhutang budi dengan Khalid.

Terima kasih sangat-sangat sebab bertahan dengan Dibu.

You are one of the greatest rahmah yang Allah bagi dalam tangisan doa Dibu supaya dipermudahkan urusan Dibu.

This Master degree is for you also.

I’m not a good mom but please, say my name in your doa J

Semoga Khalid membesar menjadi manusia yang lebih baik dari Dibu dan moga Tuhan mudahkan setiap lorong kebaikan yang Khalid pilih demi kejayaan di dunia & akhirat.

 


-Fie-

 

Inilah gadis tinggi lampai yang terjebak dalam onak duri menghabiskan Master.

“Fie, jom sambung Master!”

“Wana nak sambung ke? Jom!”

Haaaa macam ajak lepak mamak ye gaissss.

We got our Degree in Special Education in 2015 together. Konvo duduk sebelah.

 We also got our Master in Psycology Education 2022 together. Konvo duduk sebelah juga!

 

She’s a sister, a friend.

Fie ni pun salah satu cara Allah jawab doa sis.

Allah hadirkan teman yang sejati buat menemani perjuangan suciiiii.

Ah, ternasyid pulak!

Fie ni onnz je kalau ajak ke sana ke sini demi nak siapkan assignment & project paper.

Sama-sama bersengkang mata nak siapkan assignment statistic. Dah dua-dua matematik 50-50. Buat sama-sama barulah dapat 100%.

Tidur hotel noksss demi lulus subjek ni hahahaha

Berhabis beratus kt Kinokuniya beli buku rujukan bertaraf internationaleeeyy.

Menjadi saksi assignment sis dihentam teruk oleh pensyarah.

Setia mendengar rungutan & keluhan sis sebagai cikgu, ibu & pelajar.

Tukang catat segala nota & memo yang penting dalam kuliah sebab sis ni pelupa teroksss.

Plus, dia punya skill dlm bidang kesetiausahaan (betul ke ni?) sangatlah amazing.

 

Fie the NASA, our Wondergirl.

Tahniah sekali lagi for your achievement.

Rasa nak gugur jantung masa Fie cakap nak extend satu sem.

Rasa sangat gagal sebagai kawan tak boleh nak support Fie emotionally as you did to me.

I was always ready to help you but still cannot help you.

Tapi, Wana bersyukur bila Fie teruskan jugak pengajian.

Thank you, Dr. Syawal sebab nasihatkan Fie hahahaha

 

Kalau tak kerana Fie, Wana pun rasanya akan rasa nak give up.

Dalam penat lelah Fie uruskan keluarga, sekolah & komuniti (Fie for YB!),

Fie tetap luangkan masa untuk drive ke tempat Wana.

Wana sentiasa doakan setiap-kecil-mana-pun kebaikan Fie kepada Wana, Allah balas dengan berganda kebaikan untuk Fie.

Mama & Ayah, kalau masih ada, mesti bangga ada Fie sebagai satu-satunya anak perempuan mereka.

Yang bukan sahaja anak yang bertanggung jawab malahan kakak yang penyayang, guru yang berdedikasi dan kawan yang menyenangkan.

 

So, PhD tahun depan? Amacam?

 

Fie masih single.
Mencari teman sejati buat menemani perjuangan suci.

-Kak Sue-

 

Tak ada pulak gambar Kak Sue sbb Kak Sue low profile orangnya.

Kenal Kak Sue sejak Khalid umur 2 bulan.

Kakak PPM yang recommend Kak Sue masa sis cari pengasuh anak area sekolah.

Alhamdulillah.

Orang kata, dapat pengasuh yang baik ni pun salah satu rezeki.

Kak Sue ni dari jaga Khalid sampailah Khaulah dah empat tahun ni, tak ada yang kurang.

Lebih dari expectation kita.

 

Hantar pukul 7 pagi, ambil pukul 6.30 petang.

Dia siap mandikan bagi makan kenyang-kenyang.

Anak demam pun Kak Sue ambil juga jaga sebab tahu kita susah nak cuti.

Kadang weekend pun hantar sebab masa tu je ada masa nak uruskan rumah.

Kak Sue okay je & dia faham banyak masa Encik Suami outstation.

Masa cuti sekolah pun hantar jugak sebab ada kuliah.

Ada hari anak-anak tidur sana sebab kita nak berjaga pulun assignment.

“Tak apa, Wana. Budak-budak ni ok je”

Alhamdulillah. Anak-anak pun behave duduk sana.

Apa mantera Kak Sue guna pun x tau lah.

Kak Sue boleh apply jadi cikgu disiplin rasanya ni.

 

Kak Sue tak pernah minta lebih bayaran pun kalau sis hantar lebih masa, weekend ke cuti sekolah ke, even tidur sana.

Bila orang tak berkira dengan kita, kita pun janganlah berkira dgn orang.

Sis ada rezeki lebih, kongsi juga dengan Kak Sue.

Walaupun tak terbalas kebaikan Kak Sue, apa yang sis mampu bagi di dunia ni, sis bagi.

Yang mana x cukup tu, sis serah kepada Allah untuk limpahkan segala kebaikan di dunia & akhirat untuk Kak Sue sekeluarga.

Rasa sayu pulak bila teringat anak-anak nak mula sekolah, dah tak hantar ke rumah Kak Sue.

Nak kena beranak lagi ke macam mana ni?

 

-Le Siblings-

 

Barisan Makcik & Pakcik kepada K&K ni pun bolehlah diklasifikasikan sebagai petugas barisan hadapan sepanjang sis pulun nak habiskan Master ni.

Asal ada cuti ni, surat panggilan tugas dah sampai ke wassap masing-masing untuk lapor diri di rumah sis.

Awal-awal kuliah dulu tengah PKP, semua ada di kampung haaa bergilirlah mereka menghiburkan hati Khalid dan Khaulah.

Masing-masing ada kepakaran bidang untuk hiburkan anak-anak sis.

Kipidap gaisss.

Selagi belum ada anak sendiri, selagi itulah surat panggilan tugas akan dihantar.

 

Btw, adik-adik saya masih single. Semua.

Adik untuk di let go. PM for more details.

 

Biasalah, yang paling cantik tu yang laku paling awal.

-SV dan para pensyarah-

 

Dr. Muhammad Syawal bin Amran.

Bolehlah google nama beliau dan you can see all his achievement, every year along with his publications.

Penyelia yang ramah dengan student, ada pengetahuan dan pengalaman yang luas, mudah diajak berbincang, idea pun banyak.

So many good things la about Dr. Syawal ni.


The Dr.Syawal - SV paling busy abad ini


I was so grateful to have him as my SV.

Dr. Syawal tak tinggalkan student dia terpinga-pinga bila buat salah atau ada salah faham konsep. He will explain and guide us. He even share some references for us to do corrections.

Dr. Syawal awal-awal dah encourage sis untuk terus sambung PhD.

“Cadangan saya, pergi ke Germany. Saya boleh tolong carikan scholarship untuk awak apply”

 

Terima kasih, Dr. Syawal.

You inspired me a lot.

Semoga ada rezeki kita bekerjasama lagi.

It was a pleasure to study under your supervision.

 

Buat barisan pensyarah sepanjang Master ini, 

Ada yang sempat bertentang mata, ada juga hanya bersua di alam maya.

Terima kasih dari saya yang masih mahu menuntut ilmu daripada kalian.

Moga dipermudahkan urusan kalian, dunia akhirat.

 

Fie - Dr. Faridah - Dr. Shahlan - Me

"Dar tak datang ke DeCTAR?" "OH, I tengah joging kt UKM ni. Nanti kita jumpa"

- Kawan, Kenalan & Responden-

 

#teammejabulat

Empat orang pertama yang sis kenal masa masuk kuliah pertama.

Fie, Kak As, Kak Hawa & Kak Erny.

Terus jadi sepasukan sehingga assignment terakhir berkumpulan.

Tak lupa juga Kak Azreen, Kak Aminah & Arif yang terjebak dalam pasukan bermula semester 2.

Dan hanya bersua muka semasa graduasi kita walau seminit dua cuma.

Mereka inilah

Yang sanggup dengar Fatin Fadwana ni membebel syok sendiri.

Yang redhoooo kena buat balik penulisan sbb Fatin Fadwana tak puas hati.

Yang berkorban masa sama-sama discuss untuk pembentangan walaupun mata dah berat otak dah tepu perut dah lapar.

Terima kasih & tahniah semua!

Semoga berjodoh kita lagi di puncak yang lebih tinggi.

 

9 out of 90 (Psikologi Pendidikan)


Kepada rakan-rakan sekuliah jurusan Psikologi Pendidikan 2020/2022,

Terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman.

Mohon maaf atas kekasaran dan kesilapan.

Moga yang indah-indah terus dalam ingatan.

 

Arif si baby face.
Arif yg kt belakang tu nak jugak interframe.

Kak Azreen yg paling cumil from Sarawak

Kak Iz ni, kakak zaman sekolah rendah. Jumpa balik masa kt UPSI.
Jumpa lagi buat master di UKM. PhD pulak la jumpa lagi ni.

GMP, BFFs, rakan-rakan, senior, junior, para guru dan saudara-mara,

Yang menjadi responden dan mencari responden.

Terima kasih atas sokongan dan doa.

Terima kasih atas bantuan kalian mengedar soalan.

Semoga Tuhan membalas kebaikan tuan puan berlipat kali ganda di dunia dan akhirat.

 


Fabiayyi Ala Irobbikuma Tukadziban

Sudah diulang 31x dalam Al-Quran.

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

 

Segala puji dan syukur hanya kepada Allah,

Tuhan sekalian alam.

Comments