Momster with Master

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah.

I would like to start my post – this post – with all praises and thanks be to Allah, The Almighty.

 

Yeayyy, I did it!

Berjaya menggenggam Ijazah Sarjana dalam Psikologi Pendidikan pada usia 30 tahun.

It was not easy but it is possible.

It was my dream - to have a Master by the age of 30.

 

Sis ada janji dengan beberapa orang kenalan untuk share perjalanan Master ni. So, here I am – cuba untuk berkongsi yang baik dan yang buruk, yang senang dan yang susah. Hopefully, berbaloi la korang singgah sini dan baca.



-HOW IT STARTED-

 

Niat nak sambung Master tu dah lama dah ada sejak habis degree. Tapi, bila dah ada anak satu, niat tu pendam jauh. Masih ada tp jauhhhhhh di lubuh hati terpaling dalam. Sampai Tuan Suami duk sebut setiap kali suapan ketiga dinner. Tak tenanglah rasa hatiku ini. Atas kegigihan beliau duk sebut tu sejak 2017, akhirnya, 2020- terbuka pintu hati sis nak apply sambung Master. Terus wassep Fie laju2 tanya nak join the venture tak kahkahkah kemain laju heret orang lain ke lembah penyeksaan. Fie kan gentleman. I mean, lady. Dia onzzzz je.

 

 

Firstly, sis pilih UKM sebab UKM kan femessss hahahaha ok, sebenarnya sebab dekat jugaklah dengan rumah dan x perlu masuk ceruk KL darul jammed. Dan dari zaman sekolah dulu teringin bebenauuu la nak masuk UKM. Mungkin boleh dah berazam masuk UM pulak ni.

 

Secondly, sis pilih untuk buat part-time dalam bentuk mod eksekutif secara kerja kursus. Mode eksekutif ni kuliah berjalan semasa cuti penggal persekolahan sahaja. So, kebanyakan yang ambil ni memang cikgu cikgi ye. Ada juga yang bukan cikgu tp x ramai. Selain UKM, ada beberapa uni yang offer juga mod eksekutif untuk pendidikan. Yang sis tahu – UPSI, UPM & UIA dipanggil school holiday programme kalau tak silap dan semestinya, lain uni, lainlah struktur kurikulumnya. Tapi, basically mode eksekutif ni aim memang cikgu2. Tak ada tesis, hanya projek akhir yang perlu juga diterbitkan. Di mana? Bergantung pada uni punya requirement. Tak ada VIVA.

 

Thirdly, kenapa pilih part-time? Tak penat ke dah mengajar bagai nak rak, lepas tu cuti sekolah panjang, pergi kuliah pulak dari pukul 8 pagi sampai 5 petang kadang lajak ke 6 petang? Penat wakkkkk tapi setelah banyak pertimbangan dibuat, inilah yang terbaik buat diriku ini dan yang termampu katanya.

 

Another reason untuk soalan-soalan di atas ialah : sis tak ada biasiswa. Sooo….yep, ditaja sepenuhnya oleh diri sendiri menggunakan simpanan peribadi hahahahahaha. Apa pun, sebenarnya boleh je nk mohon PTPTN dan koperasi UKM pun ada sediakan pinjaman jugak. Tapi, sis taknaklah hutang-hutang ni kerana hutang sedia ada pun sudah terlalu syulit ya. Gunalah saving dalam ASB tu.

 

Berapa total yuran pengajian mod eksekutif ni selama dua tahun?

RM 17,000.00


Mode eksekutif ni ada empat semester which is 2 tahun (untuk di UKM). Setiap sem, bayar 3-4 kali tak silap. Adalah nanti dia bagi jadual dan tarikh pembayaran. So, bolehlah prepare siap2 sbb pihak koperasi dah keluarkan siap berapa kena bayar setiap turn. Contohnya, semester pertama total RM6800.00. Bayaran pertama, RM1500. Bayaran kedua, RM1900. Bayaran ketiga, RM1800 dan bayaran keempat, 1600. Semester kedua dan ketiga jumlahnya lain pula. Ini UKM la. Uni lain yang ada mod eksekutif ni, sis tak tahu guane. 


Lastly, why Educational Psychology? Kenapa x sambung Pendidikan Khas jugak? Simple – saja nak cuba benda baru but still can apply untuk perkara sedia ada. Nak ambil matematik ke akaun ke statistic ke – macam tak masuk akal pula ye bagi yg mengenali seorang Fatin Fadwana. 

 

- THE JOURNEY-

 

    Di sinilah yang pahit yang manis yang masam yang masin mula bercampur-aduk. Menariknya batch kami ni, lepas dua hari kuliah – kerajaan Malaysia mengumumkan PKP 1.0 bagi seluruh negara (18/03/2022) HAHAHAHAHAHA ingatkan sis je sedih berkorban dua tahun cuti sekolah tak melancong, rupanya satu dunia tak boleh melancong dua tahun. Kalutlah kami ni macam mana dengan kuliah, pensyarah pun kami tak kenal macam mana nak bincang pasal kuliah, kuliah onz ke x onz dan macam2 lah persoalan takde jawapan tu. Yang kesiannya kawan-kawan yang duduk luar KL & Selangor, yang dah book hotel/ homestay untuk seminggu kuliah tu terpaksa burn agaknya duit dan balik ke rumah masing-masing on the third day sebelum sempadan negeri ditutup. 

 

My Personal Struggle? Hmmmmm tak tahulah nak mula macam mana ya. Tak adalah struggle sangat macam kawan2 lain tapi bolehlah buat ghaso ghaso deh.

 

    Sepanjang dua tahun buat Master ni, Encik Suami banyak offshore. Masa awal2 tu, Khaulah masih menyusu badan pulak tu. Kuat ngempeng lagi. Selagi tak tidur, tak boleh tinggal. Bangun pagi, siap2 nak kuliah. Sebelum tu settle rumah sikit2. Siang kuliah memang dari pukul 8 pagi atau 9 pagi sampai la ke 6 petang. Kuliah dijalankan secara online. Malam selagi K&K tak tidur, memang tak boleh buat apalah. Bila dua-dua dah tidur, barulah merangkak pelan2 buka laptop nak buat assignment ke prepare presentation ke. Ada masa tu sambil susukan Khaulah tu cari bahan dulu guna iPad dan biasanya malam la sebab taknak Khalid mengendeng sebelah nak tengok itu ini. Jadi, nak kena manfaatkan waktu malam tu la. 


Yang sama-sama ketawa & melalak perabis Master


    Batch kami ni mmg fully online la. Even sesi dgn supervisor untuk projek akhir pun secara online. Pembentangan untuk publish paper pun online juga. Bezanya, masa sem 1-3, sekolah belum buka. Jadual mengajar agak longgar sikit jadi boleh juga curi-curi masa nak buat assignment. Masuk sem 4, sem paling berat sebab nak menyiapkan tesis, sekolah pun dah mula belajar bersemuka. Memang rasa letih sangat masa ni. Dekat sebulan jugak sangkut tak gerak langsung bab 2 tu. Sebab tak tahu mana nak curi masa nak baca, mana nak jana idea, mana nak menaipnya. Yelah, siang dah sekolah. Petang balik nak settle rumah. Malam dah tentu hadap anak2. Nak burn the midnight oil? Sis punya mata dah burnnnnn to dream dulu gaisss. Memang stress. Bila SV tanya, kita pun pura2 la kata ok la, on the way la, ada lah. Padahal ……

 

    Sis pun mengadu la kat Encik Suami. Laah, ada suami mestilah mengadu kt suami sendiri ye dok? Encik Suami pun cadangkan supaya sis luangkan at least sejam sehari untuk sis fokus menulis tesis. Sementara dia ada kt rumah dalam sebulan lebih tu, dia banyaklah selesaikan hal ehwal rumah while I focus on my writing. So, rutinnya ialah : pergi sekolah – balik sekolah- tidur 30 minit – sejam menaip/baca jurnal/yang seangkatan- back to wife’s & mom’s life. Sis ada jugak buat target at least sehari dua perenggan mesti taip tak kisahlah panjang ke pendek ke tapi mesti ada taip sesuatu. Alhamdulillah, lepas sebulan lebih latih badan ikut jadual macam tu, bila Encik Suami offshore lagi, kita dah boleh manage masa untuk menaip. Cuma bezanya, kena masak sendiri lah sbb tukang masak dah naik kapal hahahahaha petang berkejar pulak ambil anak2 dari rumah pengasuh & tadika. Masa Encik Suami ada, tak payah fikir semua tu.

 

    Ringkasnya : My personal struggle was to juggle between being a wife, a mom, a teacher and a student. Tak boleh nak memonteng walau sehari. I also had to face my panic attack sometimes bila badan dah overworked. Kadang ada extra class malam tu sambil dengar tu kena berperang dengan anak2. Tengah present pun boleh dengar anak2 memekik. Ada masa tu kita pun terpekik sama hahahahahaha mujur pensyarah semua sangat memahami situasi belajar & bekerja dari rumah ni.



    Melalui pengalaman dan kepayahan ni, I learnt to set a simle goal. Contohnya, satu hari satu perenggan. Tak payah satu bulan satu bab. Set yang paling mudah dulu. Bila dah berjaya capai objektif tu, automatik motivasi akan naik. Maka, I sendiri akan rasa bersemangat untuk buat lebih baik esoknya. Dalam tak sedar, sehari boleh dapat dua atau tiga perenggan. Celebrate those small achievements. Nampak simple dan kecil je laaaa setakat satu dua perenggan tapi kita je tahu the struggle to get that. Don't worry, sikit-sikit tanpa kenal putus asa, InshaAllah, akan jadi bukit yang gagah perkasa!

 

    Kita ni hari-hari berdoa untuk Allah permudahkanlah urusan kita nak hadap semua di atas tu.  Sesungguhnya, Allah tu Maha Mendengar, Maha Penyayang dan Maha Mengetahui. Dia tak mudahkan sis dengan cara tiba-tiba dapat A atau tiba-tiba dapat assignment senang. Tapi, Dia hadirkan ramai orang yang supportive along this journey. Kak Sue – pengasuh K&K sangatlah memahami dan sanggup jaga dua orang ni masa cuti sekolah sampai ke petang pun. Adik2 a.k.a makcik-makcik K&K yang turun padang menghiburkan mereka masa PKP & kelas online kt kampung. Kawan-kawan sekerja yang banyak sama-sama siapkan segala macam program dan kerja kt sekolah tu. Dan ramai lagilah. Allah juga kurniakan sis kesihatan yang baik bukan je utk sis bahkan utk anak-anak sepanjang buat Master ni. Inilah cara Allah makbulkan doa sis mintak permudahkan segala urusan. Fainna ma’al ‘usri yusra.

  

“Susah tak buat Master?”

“Pandai tak apalah”

 

    Yeah, I got this a lot. First and foremost, belajar memanglah susah wakkk. Urat pulak dah banyak putus dek meneran dua ketul K hahahahahaha tapi, susah tu boleh diatasi. Yang tak boleh diatasi tu malas. I ni banyak kali je assignment kena reject. Siap kena kritik bukan saja depan muka sendiri, bahkan ditonton oleh rakan sekelas. Masa buat tu uiihhh rasa paling bagus la ni. Siap volunteer nak jadi contoh untuk lecturer semak masa kelas hahahahaha confident tak jual kt shoppeee oiiii. Nahhhhhh. “Ini level karangan SPM. You all student Master tau!” “Apa yang you tulis ni? Apa maksud you?” “Please, skip. Betulkan semua ni” Adudududu sakitnya tu di sini. Setiap satu ayat yang tak sedap pada bacaan beliau, headshot terus ya. Tak serik jugak ye. Sem lain ada kelas dengan beliau lagi, volunteer lagi kena tembak paling awal. Because I love her style hahahaha straight to the point.


 

    Tapi, I was so glad to hear all those critics. Lecturer bukanlah kritik dan tinggal kita macam tu je. They guide us. Barulah kita sedar, makin tinggi kita belajar, makin banyak yang kita tak tahu.  Syukur jugak sebab untuk final project sis dapat SV yang sangat supportive & membantu dari banyak aspek. Memang guide one by one, siap call & buat personal online session bila kita mesej cakap ada masalah. He made sure every students under his supervision boleh lulus dengan sebagus yang boleh. Ada satu masa tu, sis memang tak ada idea langsung nak mula menulis bab 2. Sebulan tak buat apa. Tau dah masa semakin suntuk tapi memang blurr. Nak taknak, pergilah mengaku kt SV yang bab 2 tak buat sepatah haram pun padahal SV dah mintak submit bab 4. Alhamdulillah, he wasn’t mad at all. Beliau tanya apa masalahnya, sparked some ideas utk sis mula menulis, and he said to take my time tapi mesti tulis walaupun sikit. See, I'm not sooo that pandai la. I would rate myself as average. Buat IQ Test MENSA tahun 2013 sampai ke 2023 ni result tak sampai. Nampak sangat IQ entah berapa titik perpuluhan depa nak kabo pun x sampai hati.


    Senang cerita, nak sambung belajar, hati kena kental. Kena rendah diri walaupun umur melebihi pensyarah. Pengalaman di sekolah lebih banyak dari pensyarah pun, jangan malu nak bertanya. Ada beberapa kawan sekuliah sis sampai menangis sebab tak faham dan ada yang hampir give up. We helped each other out. Dia faham bab statistic, kita tanya dia. Dia tak faham bab penulisan, dia tanya kita. Ada kawan sekelas ni dalam pantang pun menulis. Ada yang dalam kesibukan berkursus pun buat assignment. Ada yang di ceruk pedalaman dengan masalah line internet pun gigih ke rumah kawan untuk dapatkan akses yg lebih baik. We all did our best to achieve our targets. Ini bukan kira pandai ke tak pandai, ini semua usaha & kesungguhan. Sebab Allah dah janji – Man Jadda Wa Jadda J

Ah, paling bangga la ni siap tesis!
 

Last but not Least,

 

Kalau ada kawan-kawan especially yang dah bergelar ibu, ada niat nak sambung belajar atau sedang sambung belajar, don’t give up. Take a rest.

 

It’s not easy but it’s not impossible.

Dan kepada golongan bapa yang sedang menyambung pengajian,

Di sebalik kejayaan anda menyiapkan assignment, ada isteri yang berjihad dengan anak-anak demi kesejahteraan rumah tangga hahahahaha

 

Yang paling penting pada sis, pastikan ada support system yang kuat.

Because we cannot do this alone.

Supaya di saat kita lelah dan hampir tersungkur, 

ada tangan yang akan memapah kita untuk bangkit. 

Dan, semestinya - time management.

Penting dan memainkan peranan yang penting.

You tau diri you macam mana, so, you manage your own time.

Jangan ikut orang lain dan jangan terikut-ikut sangat dengan diri sendiri.

 

I think, that’s all.

Next post, di sini will be an appreciation post.

Thank you!

 

Alang-alang dah sambung Master, kena buat PhD la ye dok?

Comments