Breastfeeding 1 : is a commitment

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Bagi ibu2 yang berpeluang untuk menyusukan anak secara esklusif selama 6 bulan pertama atau yang bertekad untuk meneruskan hingga minimum genap 2 tahun, mereka perlu sedar bahawa :

BREASTFEEDING IS A COMMITMENT

Siapa? Kenapa? Bagaimana?

BF ni bukan sahaja komitmen ibu tetapi juga komitmen bapa.
Haaaaa, jangan ingat acah2 romantik dan supportive di Dewan Bersalin sudah cukup ye.
Tuan2, para suami yang soleh,
Sokonglah isteri2 anda yang mahu komited dalam penyusuan anak.
Sebab BF ni sangat menjimatkan wang dan tenaga Tuan2. Bukan tenaga Puan2.
Tuan2 tidak perlu beli susu setiap bulan. Tuan2 tidak perlu bangun bancuh susu tidak kiralah tuan2 tidur siang ke malam. 
Anak lapar, tolak je pergi kt ibu. 
Dan, anak yang BF ini biasanya sukar untuk jatuh sakit ataupun kalau demam tak lama.


Cuma, Tuan2 kenalah berkorban sedikitttttttt pada fasa pertama.
Nak jimat duit selama 2 tahun? Melaburlah pada awal pengembaraan demi isteri dan anak.
Pelaburan pertama ialah : set pam susu
Ini saya tuju kepada ibu2 yang nak pam susu secara konsisten especially yang bekerja.
Set pam susu paling minimum berharga sekitar RM200. 
Lepas tu nak beli pam, tengok jugak ciri2 pam yang sesuai dgn lifestyle Puan2.
Nak guna freestyle atau handsfree cup. Nak handsfree cup perlulah topup lg RM200.
Nak motor pam besar mana? Besar penampar isteri ke besar tiptop teko?
Nak yang bunyi sayuuu hati ini makin sayu atau yang riuh sekampung tahu kau tengah pam?

Plastik simpan susu. Botol simpan susu. Cooler bag. Beg pam susu. 
Itu belum masuk steriliser kalau malas nak rebus air dan rendam.
Nak steriliser biasa2 atau yang siap UV tu?
Susu beku tu kena cairkan. Bukan buat anak kunyah2 macam aiskrim. Nak cairkan guna warmer pulak kalau malas nak rebus air dan rendam susu beku. 
Rebus air pun malas? Coway ?Cuckoo kan hadoooo. Haaa, duit jugak tu.
Tak mampu bercoway berCuckoo ? Belilah warmer yang murah2.
Ini semua ialah pelaburan awal ye, Tuan2. 
Sabar sabar sabar. Baru sedikit pelaburan ni.
Demi kesenangan Tuan2 ni.

Jadi, sis sarankan Tuan2 kawtim dengan isteri untuk share duit dan kaji awal2 berkenaan pam susu ni sebelum bersalin.
Ada banyak kedai2 jual pam susu yang menyediakan khidmat utk ibu2 ni cuba dulu pam2 yang ada tengok sesuai dengan badan dan bajet dan keperluan ibu2.
Jangan jadi macam sis, dah setahun baru rasa pam x best dan keluar duit lagi beli pam lain.
Dah dua tahun, rasa tak best sikit dan tukar lagi untuk anak kedua. Duit lagi~
Bila dah beli, kenalah gunakan semaksimum yang boleh supaya rasa berbaloi.
Tu gigih jugak pam susu walaupun sikit sbb terkenangkan duit yg melambai2 beli pam ni.



Pelaburan seterusnya ialah peti ais VS freezer.
Sis nak share kisah kami yang pada awal perkahwinan, kami beli peti satu pintu.
Maklumlah, hidup berdua je masa tu. Nak jimat kos pulak.
Tak terfikir pasal susu ibu ni rupanya makan ruang dan perlukan cara penyimpanan yang betul.
Ya, Tuan2. Tempat simpan susu akan mempengaruhi expired date susu ibu.
Bila dah ada anak, dah start simpan stok, alamakkkk!!!
Tak muat pulak tempat sejuk beku ni. Kena pulak peti satu pintu ni cepat ada ais kat dinding2 tu.
Setiap minggu nak kena cairkan. Bercampur pulak susu dengan ikan ayam daging.
Makanan basah kami kena catu. Beli dua hari sekali.
Letihhhhhhh~
Tak lama kemudian, kami buat keputusan untuk jual dan tukar kepada peti dua pintu.
Alhamdulillah, keadaan lebih baik tapi ada masa bersesak jugak peti atas tu.
Dan, kali ini, kami beli freezer 100L khosssssss untuk stok susu.
Jadi, kena paksa diri untuk rajin pam susu sebab dah keluar duit beli freezer nak oiiii~
The moral of the story : get ready peti dua pintu atau kalau mampu, belilah freezer.

Gambar Ihsan Google. Berapa lama susu perahan boleh tahan?
Rumah tak besor mana, sumbat la ceruk yang boleh
Selain itu, ibu2 ni kena komited dan berdisiplin mematuhi jadual pam.
Pukul berapa nak pam, berapa kali nak pam – ibu2 boleh plan ikut kesesuaian sendiri.
Macam sis kali ini buat 5 sesi. Sebenarnya 5 kali sesi pam ialah jumlah yang sangat ideal untuk kumpul stok dan elak susu drop.
Paling awal mula pukul 5.00 pagi (selalu je terlepas). 
Sesi terakhir pukul 10 malam. Tak kuasa nak bangun pukul 2 pagi untuk pam.
Puan2, walaupun sekali sesi tu dapat 1oz-2 oz je, jangan berhenti. Habiskan juga 30 minit.
Teruskan walaupun sesi seterusnya hasilnya sama. 
InshaAllah, dalam dua minggu akan bertambah hasilnya.
Lepas pam susu, mesti lapar. Dahlah ngantuk, lapar.
Ye, Tuan2. Menyusukan anak ni kerjanya laparrrr dan ngantukkkkk.
Jadi apa pula komitmen para suami dalam hal ini?
Sudah tentu menyediakan stok makanan untuk ibu2.
Jangan biarkan kami kelaparan kerana boleh mengundang bencana.
Bukanlah perlu hidang nasi arab setiap kali lepas pam.
Bankrup laki aku 5 kali pam 5 kali nasi arab. Badan pun mengembang nanti.
Sediakan kudap2 macam roti ke biskut ke air kotak ke.
Dan para suami pun kena bantu isteri try and error makanan apa yg boleh jadi milk booster semula jadi selain supplement.
Supplement bukan murah yeeee. Lepas tu setiap sebulan kena topup.
Yang penting, diet yang seimbang sebenarnya. Elok untuk ibu, elok juga untuk baby.

Yang terakhir ialah – sokongan!
Kalau suami sendiri tak sokong penyusuan ibu ni, hancurlah hati kami.
Dahlah orang duk mengata … orang duk suruh campur susu sambil menurunkan semangat kami.
"Anak kau kuat nangis sbb banyak sangat susu badan la ni. Ngempeng je"
"Anak kurus x cukup zat sbb susu ibu la. Bagi je la FM tu"
"Kau ni dah mcam lembu je asyik perah susu bagi kt anak"

Jadi, para suami perlu jadi supporter dan back up besar ibu2 ni.
Jangan beri peluang bawang rangers mengguris hati kami.
Sudahlah sakit bengkak susu, anak gigit, bahu lenguh, leher sakit.
Janganlah bagi hati kami sakit jugak.
Bantu kawal emosi. Itu paling penting.
Banyaklah caranya, Tuan2.
Antaranya ialah menyiapkan kerja2 rumah yang mampu.
Main dengan anak2 yang lain semasa isteri pam susu/ berehat.
Sediakan makanan seperti di atas tadi.
Cuci, sterilise dan pasang balik pam. Ini paling penting sebab inilah yang paling leceh, malas dan boleh buat kami stress sebenarnya.
Bila isteri mengadu letih, beritahu dia “You can do this, baby! Abang support youuuu!”
Atau "Weekend ni kita pergi makan sedap/ jalan2 ye. Syg rilek2 pam susu ye"
Percayalah Tuan2,
jika Tuan2 boleh bekerjasama dan bagi komitmen dalam BF journey ini, banyak manfaat boleh dapat.
Alhamdulillah, my previous BF journey Allah permudahkan dan suami sangat supportive.
Dia akan pastikan stok makanan lepas pam susu sentiasa ada.
Kalau sis kata “ni boleh naikkan susu”, dia akan cari makanan tu.
Hari2 tanya macam mana hasil pam? Kalau tak banyak, dia akan pujuk.
Dia jugak yg cuci & sterilise pam & pasang balik.
Dan dia sendiri mengaku, dia dapat jimat banyak sebab tak perlu lagi beli FM sampai Khalid dua tahun.
Bila dah kena beli susu lepas tu bangun tengah malam/ pagi buta kena bancuh, ada juga dia gurau2 mengeluh sbb tak biasa buat dan tak dapat tidur lena hahahahahaha

Kali ni pulak susu tak semeriah zaman Khalid. Maka, perlulah 'paksa' diri untuk banyakkan susu.
Bayar beratus demi nak dapatkan ilmu dari yang pakar.
Setitis susu ibu itu ibarat emas. Kalau tumpah walau setitis, rasa nak meraunggggg.
Sebab itu ada ibu2 yang kecewa bila tak dapat susukan anak sepenuhnya.
Jadi, para suami – take part. This is also your commitment and responsibility.
Dalam entry INI, sis kongsikan pula cabaran2 yang sis hadapi sepanjang perjalanan menyusukan anak ini.

Sekian,
Dibu yang ada masa culas dan stress

Comments