Travel Bag to Hospital

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah, dah masuk 38w.
Pejam celik  pejam celik.
Wuuuu~ Sis is serammmmmm.
Masa first pregnancy tak sempat nak share.
So, kali ini sis akan share
(even ada yang dah tahu pun)
barang2 yang perlu/ boleh dibawa bila nak bersalin kt hospital nanti.
Kalau ada yang nak bersalin kt rumah,
sis tak masuk campur.




Masa Matlid dulu,
masuk 32w sis dah settle semua barang sumbat dalam bonet.
Yang kedua ni, dah 38w baru kira complete la.
Tinggal sikit2 barang baby yang boleh topup kemudian.
Sebelum ni, sampai tiga beg shopping recycle haaaaaaaa.
Kesian mak kena angkut tiga2 beg beso itu.
Kali ni, sis decide untuk bawak luggage saiz 24" terussssss.
Senang husband ke sape2 tinggal tarik je.
So, can packing macam nak pergi vacation laaaaaa.
Hadoooo aku kisahhhhh orang nak kata apa?
Then, sis prepare satu beg galas untuk labour room

#Beg1 - Beg galas LR
Okay, beg ni yang mesti husband atau siapa2 waris
kena bawa masa nak masuk LR.
Sendiri bawa pun boleh.
Atau jadikan 'handbag' bawa g mana2 bila dah masuk 37w.
Apa mesti ada dalam ni?

1. Buku Pink (hopital GOMEN wajib ada)
2. Salinan IC suami isteri dan sijil nikah
3. GL penjawat awam (utk hospital GOMEN. Sediakan lebih)
4. Set baju newborn (baju, bedung, pampers, barut, mittens/booties, topi)
5. Yassin kecil/ mathurat/ surah2 pilihan/ radio mengaji
6. Energy bar/ kurma/ air masak 
7. Power bank/ charger
8. Tudung sarung
9. Telekung*
10. Buku aktiviti sudoku ke wordsearch ke kot masih ada masa n tenaga nak buat
Antara yang ada dalam beg

Dalam LR sebenarnya tak boleh nak makan minum dah.
Cuma, ada orang bukaan tak besar lagi jadi boleh jalan2/ stay dalam ward.
So, prepare la makanan yg ringan2 untuk tenaga.
Air tu boleh buat basah2 bibir bila dalam LR.
Sis tak galakkan air selusuh hahahaha
Sebab?
Boleh baca sini 
Even kawan sis yang doktor pun cakap senior beritahu 
jangan bg patient minum air selusuh

#Beg2 - Luggage/ Beg Wad

Sebab kali ni sis bawak luggage teruss,
macam2 sumbat dalam ni.
Sis organize siap2 la dalam travel beg kecik2 beli kt shoppee.
Masukkan set2 baju newborn dalam ziplock pun beli kt shoppee.
Lepas tu label supaya mudah suami atau waris nak ambilkan.
 #Pack1 - BABY'S

1. 3 set baju (baju, seluar, bedung, barut, mittens/booties,topi)
2. 20 keping pampers 
3. 1 helai towel
4. 3 helai napkin / mini towel
5. Minyak yuyi , diaper cream (sis guna Drapolene since Matlid)
6. Plastik diapers (untuk bungkus pampers & buang)
7. Wet tisyu
8. Spray air kecil
#Pack2 - MOMMY'S

1. Toiletries travel size je (masuk dalam zip lock bag/ pouch bag) 
2. Panties (lagi elok prepare yg disposable jugak dalam 2 pek)
3. 2 Nursing bra ( ikutlah keperluan berapa helai nak bawak)
4. Plastik diapers (bungkus & buang pad)
5. 2 pasang stoking
#Pack3 - HAL EHWAL MUKA -HEM- (Bukan nak lawan Anzalna tp better dr Kak Limah)

1. Lip balm
2. Moisturizer
3. Bedak
4. Wet tisyu
5. Anything your face cannot live with

#Pack4 - HUSBAND'S (last time sis tak sediakan. Kesian husband sampai sis discharge masih baju ofis. Kali ni tambah jugak barang Matlid sikit, just in case)

1. Tshirt
2. Kain pelikat yai yai yai yai
3. Underwear
4. Microfiber Towel (tak tebal)
5. Pampers Matlid
6. Set baju Matlid
7. Botol susu Matlid 
8. Berus gigi
#LAIN2 - tak masuk dalam travel pack purple tu

1. 3 helai t-shirt
2. 3 helai kain batik (spare satu untuk alas katil sbb last time bocor terukkksss)
3. Nursing cover ( kot tiba2 tengah susukan anak ada orang datang pulekksss)
4. Selipar tandas / sandal (sis bawak kasut getah ala2 crocsss tu sbb 2 in 1 gittuhhh)
5. 1 helai tudung sarung
6. Maternity Pad (nak guna pad overnight pun boleh ikut selesa jenama kegemaran anda)
7. Nursing pillow (ni diwarisi dr Matlid)
8. Bekalan makanan dlm wad (not in the picture. Nanti baru topup)

                               

#DalamBonet


Ni adalah barang kecemasan.
Jika anak warded/ NICU.
Atau diri sendiri warded.

1. Satu pack NB Diapers. 
(Matlid dulu NICU 11 hari. Bg satu pack, dua hari habis. Rupanya diguna sama untuk baby2 lain . So, husband tukar plan setiap hari hantar 10 keping je. Kalau tak cukup hospital topup. Bukan kedekut tp mahal nokkssss pampers NB tak kisahlah jenama apa lepastu tak kabo pulak bg kt baby lain.)

2. Set pam susu with milk storage. 
(Ni kena plan macam mana nak bawak ice pack. Mungkin kena beli tong ais yg kecik tu)

Tips hantar susu jika anak warded - beli milk storage yg 3oz/5oz je sbb NB tak minum banyak. Buat dalam 10 pack untuk first day. Esok tanya kat nurse, how much your baby needs a day. Sebab apa, kt hospital bila once susu dia dah cairkan, baki tu akan dibuang. Memang ikut rules pun tak boleh guna balik lepas beberapa jam. Memang taklahhhh nurse nak cairkan separuh pack, simpankan balik. Banyak baby nurse ni nak jaga. 

So, kita kena try and error then boleh adjust berapa pack nak hantar and berapa oz nak isi dalam satu pack. But of course, akan ada jugalah susu yang terbuang. The nurses have done their best. Jangan nak marah tak tentu pasal. Dalam nursery/NICU tu ada lagi baby yg perlukan perhatian jugak.


I think that's all.
Ada benda yang wajib bawa.
Keperluan2 diri yang lain tu, boleh ikut kesesuaian lah.
Ini cadangan sis sahaja berdasarkan pengalaman yg lepas.
Dan sis tak tau kalau hospital swasta yg usually ada private room,
mungkin ada barang2 yg dah provided sbb bayo mahal kan.
Ni hospital gomen, apa yg ade la ye duk ramai2 tu.

Kalau rumah dekat dgn hospital,
tak ada masalah nak bawa sikit je boleh ulang-alik.
Tapi, untuk yang agak jauh atau mudah sangkut jem,
better bring extra la supaya suami tak penat or kena pulak beli baru.
Dan bawalah ubat-ubatan yg mmg korang perlukan selama ini.

Doakan pengalaman sis bersalin kali ini 
pengalaman yang menyeronokkan
Hahahahahahaha
Kalau dah baca entry yang sis share kt atas tadi
(sekali dgn air selusuh),
you will know whyyyyy sis mintak kali ni lebih baik.
Doakan both of us selamat dan sihat.
Let us pray for the well being of our whole family :)

Next entry,
sis akan share di mana sis bersalin dan pengalaman yang kedua ni!

Comments