Cikgu Wana #tahun3

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

15082019
Genap tiga tahun jadi
"Cikgu Wana"
Cikgu Pendidikan Khas
Image result for cute anime gif
Tiga tahun ni kira masih setahun jagung la.
Kena minimum 10 tahun baru gempak gituuuu.
But still, I appreciate all those experiences and knowledges
yang sis dapat sepanjang tiga tahun ni.

Sis bersyukur dapat team kerja yang awesome
#teamPPKI #PPKISMKBTS
Orang kata, tempat kerja tak best boleh tahan lagi.
As long as ada rakan sekerja yang 'klik' gittuhhhh.
And all these kakak2 are very supportive and caring and funny.
Banyak ilmu yang diorang share.
Yang salah ditegur, yang kurang di-topup.
I just love them a lot.
Stress pun boleh bawak gelak lagi
#silabelanjamakan


Being a Cikgu Pendidikan Khas
ialah perkara biasa di pandang sepi.
Almost every school macam tu.
Actually, we don't mind at all
Hahahahahahaha
Kitorang mmg syok sendiri .
Kami tak ramai tapi kami ada. Teguh dan kukuh. Gittuuuu
Boleh baca entry INI untuk gambaran secara umum apa itu PPKI

Tahun ni tahun ketiga jadi cikgu PK.
Dan tahun kedua diamanahkan mengajar subjek vokasional.
FYI, PPKI sek menengah wajib ambil at least satu subjek pra-vokasional ye.
Tak kisahlah cikgu ada SKM ke idok ke,
kena jugak ajar based on silibus yang dicedok dari Kolej Vokasional.
Semputtttttt~
Sekolah sis ambil Pembuatan Pakaian Wanita.
MashaAllah - projek juta2 kena siapkan.
Nak memotong kain pun boleh bawak gaduh dengan budak.
Rasa nak menjahit kesabaran yang kian koyak.

Image result for sewing gif

Usually kelas High Funtion yang akan ambil subjek Pra Vokasional ni.
High Function punnn boleh buat cikgu High Blood Pressure.
Cikgu elok dah sematkan jarum siap tunjuk mana nak jahit.
Entah kuasa kosmik apa yang menghalang dia nampak,
boleh pulak dia cabut dan terbalikkan lepastu jahit.
Ya Tuhan....nak mengamuk pun rasa sia2.
Lepas 40 minit tetas - buat lagiiiiiiiii~
Bayangkan sehari ada 4 jam setengah subjek ni.
Habis kelas boleh berasap kepala.

Belum lagi kisah pagi2 dah menjahanamkan mesin jahit.
Cikgu baruuuuuuuu masuk nak bagi salam, dia dah
"Cikgu.....mesin sangkut"
"Cikgu.....jarum patah"
"Cikgu....tak tahu kenapa benang bergumpal"
"Cikgu....benang putus lagi"
Ni kalau cikgu tak masuk kelas, mahu masing2 nganga mulut saje 4 jam lebih.
"Cikgu, kain saya tertinggal kat rumah"
"Haaa, eloklah. Kenapa tak tinggalkan sekali spender awak, baju sekolah semua tu?"
Mulut cikgu ni memang tak berhenti dari membebel 
dari mula bagi salam sampai bagi salam lagi sekali.
Tapi budak2 ni faham sangat dah
"Kalau cikgu membebel tu maknanya cikgu tak marah lagi"
Ye nakkkkkk. Kalau cikgu diam tu baru namanya malapetaka.
Tapi janganlah buat cikgu membebel setiap hari benda yang sama.

Image result for teachers gif

It wasn't easy.
Kita nak marah pun kita tahu, susahnya nak belajar menjahit.
Kena pulak murid2 slow learner.
Kira cukup membanggakan laaaaa they can actually sew.
They started from scratch.
Mula dengan belajar ambil ukuran badan.
Nak membaca ukuran pun boleh bawak gaduh.
Nak mendraf pola pulak dari satu garis ke satu garis.
Cikgu pun pening, apatah lagi budak2 ni. Ikutttt je.
Cikgu salah, depa pun salah. Bila suruh padam balik,
bukan main kuat "Alaaaaaaaaaaaaaa" tu

Then, nak menggunting kain.
Biasanya part ni mmg kena perhati satu2.
Nayaaaaaaa ada yang salah mana nak cekau kain lagi oiiii~
"Cikgu, kain ni nak digunting ke?"
Takkkkkkkk. Buat lampin awak tak payah asyik pergi toilet je.
Paling sendu bila jahit tepi.
Beraneka simpang siur dia punya jahit tepi.
"Cikgu!!! Habissslahhh. Saya dah makan lebih basi"
Ini ialah perkara biasa bila jahit tepi.
Cikgu rilek je.
"Takpe. Yang susah nanti awak masa nak cantum"
Silap besar, ye Cikgu. Yang susahnya cikgu.
Sebab bila budak kesusahan, dia tidak akan lupa untuk membabitkan cikgu bersama.
Masa nak cantumlah macam2 isu berbangkit.
Ada part nak cantum tu cikgu pun terkedek-kedek.
Cikgu ni sebab kena ajar menjahit ni laaaaa
baru nak menggodek2 mesin jahit industri.
Terpaksa jugaklah belajar nak betulkan benang terutamanya.
Dalam keterpaksaan pun, yang seronoknya ialah ilmu baru :)

See, tak susah pun ajar budak2 Pendidikan Khas menjahit.
Pejam mata je haaaaaaaa mulut je bunyi

Image result for rolling eyes gif

It was amazing to see these kids,
despite of kena bebel, kena dera, kena buat balik semula,
at the end of the day,
siap jugak projek2 depa.
Adalaaaaa rupa baju dan seluar tu.
Yang dalam2 jangan cerita.
Kita tengok kemenjadian baju tu dulu.
Bayangkan 2-3 projek kena siapkan dalam 10 bulan.
These kids pulun hari2.
Cikgu pulak rasa semangat bila tengok kesungguhan depa ni.
Muka frust kalau mesin sangkut,
mesin tak cukup kena tunggu turn sampai ke sudah tak dapat,
konfiden jahit, salah tetap gigih tetas balik.
Ayat cikgu cuma "Awak nak markah cantik, tetaslah. Tak rajin, tak dapat"
And amazingly, they sat down quietly tetas balik semula.
Berlumba-lumba semua nak siap dulu dari kawan.
Bila dah siap, suruh ajar kawan, masing2 bawak ajaran sesat
Kecik beso kecik beso je cikgu tengok haaaaaaa

Image result for teachers gif

These kids always need a push and motivation.
During our first class, they can't even understand 
kenapa susah2 nak belajar buat blaus, skirt, slek, pijama, baju segala bagai ni.
Kenapa diorang kena semak2 kepala buat pola, gunting kain, 
belajar guna mesin, belajar ambil ukuran badan.
Salah kena marah, kena tetas balik, projek mesti siap.
So, it is my duty to make it clear.
I need to make sure budak2 ni sentiasa tahu apa yang diorang buat,
kenapa dan apa benefit yang diorang dapat.
Selalu ingatkan yang kemahiran menjahit ni boleh bantu bila diorang habis sekolah.

At least, they can gain income dengan ambil upah jahit tepi.
I need to calculate for them.
Supaya diorang boleh nampak berapa nilai kemahiran menjahit ni.
I don't want them to feel left behind berbanding budak2 sebaya depa.
Cikgu jugak yang beri contoh peluang2 pekerjaan
dengan kemahiran jahitan ini.
Mana diorang boleh pergi lepas habis sekolah untuk dapatkan sijil kemahiran.
Barulah riak muka masing2 dah yakin, and they all rasa lega
macam dalam hati "Cerah rupanya masa depan aku".



These kids even murid Pendidikan Khas,
jiwa mereka sama macam remaja yang lain.
Especially yang High Function.
Tetap ada masalah peribadi, masalah attitude, masalah disiplin.
Yang mana cikgu2 boleh tegur, cikgu akan tegur.
We don't want them to use "OKU" as alasan untuk terlepas daripada buat salah.
They need to be taught how to be responsible on their actions.

Baru2 ni, sis tegur seorang murid.
Sebabnya - dia beritahu mak dia kena bayar RM80 utk duit bas.
Mujur mak dia mesej dulu tanya betul ke tidak.
Terkujat sis. Tak pernah2 kita mintak duit pengangkutan.
Kalau ada kutipan lawatan pun biasanya bawah RM10.
Lepas disoal siasat, dia mengaku dia nak guna duit beli henfon.
So, I tod him not to repeat the same mistake
" Awak pernah dengar pantun bercakap bohong lama2 mencuri?"
Kena beritahu jugak menipu ni ibu segala kejahatan.
Bila dah syok menipu, tak kantoi, akan mula buat benda2 jahat yang lain.
I told him tak baik tipu ibu.
Ibu penat cari duit. Henfon bukan keperluan for now.
Hopefully dia tak ulang dah.

This is a story about my class.
Class yg sis ajar.
I also teach music this year untuk satu kelas Mild Function.
Kelas 12 lelaki, 1 perempuan.
Menyanyi tak keluar suara uoolllsss.
First class nak tarik perhatian, sis banyak guna aktiviti energizer.
Buat banyak pergerakan.
Nampak ada minat sikit nak buat.
Bila buat pertandingan, semangat bukan main.
Walaupun hadiah cumalah sebiji gula2.
Then, baru selit sikit2 lagu yang mudah.
Tak kisahlaaaaaaa pitching ke laut, rentak berantakan,
asalkan suara yang keluar, bukan angin.
Barulah rasa berbaloi cikgu pun terpekik-pekik menyumbangkan suara

Related image

Ada cikgu yang kena ajar kelas mild and low function,
lagi macam2 ragamnya.
Yang berak kencing dalam kelas.
Yang kentut merata.
Yang blurr tapi konfiden saje.
Yang sajeeee cari pasal dengan cikgu.
Yang mengamuk nak menggigit orang.
Yang bercakap tak boleh berhenti.
Marah hari ni, esok ulang lagi.
Tak payah tunggu esoknya, sebelum habis kelas ada lagi.
Kadang jadi bahan buat gelak kt bilik guru.
Kelakorrrr nokksss.

Sebenarnya, dealing with these kids is easier than their parents.
Parents pun ragam ni ada yang mengalahkan budak2.
Ada yang tak percaya langsung pada cikgu.
Menyumpah seranah cikgu.
Ugut cikgu. Sikit2 polis. sikit2 menteri.
Bila ajak bincang datang sekolah, bayang pun non-hado.
Padahal cikgu ni la yang hadap anak dia lg lama dari cikgu hadap anak sendiri.
Parents sekarang ada yang tak respect cikgu.
Macam mana budak2 nak respect cikgu bila depan mata dia tengok 
mak ayah dia duk perlekeh cikgu?
Kita tegur anak dia meraba murid perempuan,
dia tak kisahkan sangat.
"Pegang je pun" - Nak tunggu kes rogol baru nak kisah?
Yang dikisahkan lagi kenapa cikgu denda? Kenapa rampas henfon?
Kita kata berdosa ikut hukum Islam walau yang diraba tu non-muslim.
"Oh, ikut hukum Islam ye cikgu?"

Related image

Parents mana tak sayang anak kannnnn.
Cuma kadang the way menyayangi dan protecting anak tu tak kena.
Ada parents sekat aktiviti anak.
Cikgu puas pujuk sbb nampak anak murid ada potensi besar.
Mak ayah yang tak supportive.
Kesian kat budak. Dia nak tapi tak berani sebab tahu mak ayah tak bagi.
Ada mak ayah salah guna elaun yang anak2 dapat.
Sebelum elaun masuk janji nak bayar yuran.
Bila elaun masuk selambak, tak nampak apa dah.
Mintak bayar aktiviti anak, duit tak ada langsung.
Kalau darurat nak guna pun, tinggalkan la sikit untuk sekolah anak.
Ada parents yg bagus. sikit pun tak usik duit elaun anak.
Walau susah macam mana pun, duit anak untuk anak.
Ada yang tak jemu2 bagi sumbangan pada program anak.
Sampai cikgu2 pulak jadi segan.

Banyak sebenarnya kes2 yang
cikgu2 sampai bertekak dengan parents.
Kadang isu kecil, mak ayah besarkan.
Benda dah settle, budak2 dah saling bermaafan.
Bukan nak sepak budak, rasa nak sepak parents.
Hahahahahahaha
"Cikgu kena faham anak saya ni OKU"
Ye Puan, Ye Encik.
Sebab kami faham dan kami hadap 70+ anak OKU lahhhh
kami tegur dan cuba bantu betulkan mana yang boleh.
Memang angkat tanganlah bila parents guna alasan tu.
That's mean tak boleh usik dah tu. 
Kalau Tuan Puan tak kisahkan kemenjadian anak sendiri,
Kenapa la ea cikgu susah2 nak betulkan perangai anak orang lain?
Boleh je kan nak "Lantak piiii laaaa hang nak jadi apa"

Related image


Like I said earlier,
tiga tahun ni masih setahun jagung.
Tapi tiga tahun ini menyedarkan sis

Sekolah ialah tempat kita melihat realiti sebenar kehidupan
anak2 zaman sekarang.

If you come to school for a week,
you would be scare to let your own kids to go out.
Rokok, vape, porn videos, pukul, arak, judi, buli.
You name them all.
Tak kisahlah murid OKU atau tak,
akan ada yang terlibat.
At this point, nak salahkan cikgu ke?
Jika berlaku di sekolah, ya, cikgu akan ambil tindakan disiplin.
Itu sajelah bidang kuasa cikgu.
Itupun jadi isu yang boleh diviralkan oleh mak ayah.
Berlaku di luar sekolah, cikgu bolayannnn.
Tapi terkilanlah kan bila anak murid sendiri buat hal.

Me, as a teacher and as a mom,
seriously rasa takut nak hantar anak pergi sekolah pun.
In my opinion, apa yang penting sekarang ialah
mak ayah pupuk jati diri anak2.
From home, from the start.
So that whenever they go, mereka berpegang pada prinsip diri.
Tak mudah terpengaruh dan boleh beza mana baik mana buruk.
Itulah yang mak ayah kita terap pada kita and see where are we now.
Alhamdulillah, jadi orang.

I'm looking forward for the fourth and fifth year.
Then, nak pencen.
Kahkahkahkahkahkah

Image result for flip hair cartoon gif

Comments