Saya Cikgu Pendidikan Khas -Q&A

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Well, post kali ni merupakan
rentetan status FB I yang viral raya lalu.
Cewwaahhhh.
Actually ada beberapa orang yang tanya
pasal Pendidikan Khas (PK) ni lepas baca status tu.
Jadi, bagi memudahkan dan meringkaskan cerita
supaya lebih ramai yang boleh faham,
Sis akan share dalam bentuk Q&A
Onzz tak onzz?



Q1 : Cikgu apa?
A1: Pendidikan Khas
Q1.1: Oh... Yang pekak bisu tu ye
A1.1: Ye tapi Pendidikan Khas ni banyak lagi cabangnya. Bukan setakat pekak bisu je :  Kalau nak senaraikan kena buat kuliah ni

Q2 : Pendidikan Khas tu ape? Macam mana?
A2 : PK ni pendek kata pendidikan untuk anak2 kelainan upaya. Biasa orang tahu pekak bisu je. Tapi sebenarnya ada banyak lagi kategori bawah masalah pembelajaran. Autism, Disleksia, Sindrom Down, Cerebral Palsy...eh banyaklah. Kena guna khidmat Encik Google al-Fingertips kalau nak check satu2.

Q3: Ajar subjek ape Pendidikan Khas tu?A3: Tahun ni ajar Jahitan dan BI. Tahun lepas lain. Tahun depan tak tau lagi.
Q4 : Oh.... belajar macam biasa ye? Ingatkan Pendidikan Khas tu subjek macam BM ke BI ke Sejarah ke
A4:Belajar seperti biasa cuma kaedahnya luar biasa Subjeknya pun macam2 hado. Pernah dengar Kemahiran Manipulatif?
Q4.1 : Manipu...?
A4.1: Menipu tu kau.

Q5 : Tak susah kan ajar Pendidikan Khas ni? Budak bukan pandai mana pun.A5 : Susah jugak nak fahamkan konsep yang mudah kpd yang susah nak faham. Macam kita, ada jenis tak faham bahasa walaupun bukan OKU. Tu yang kaedah mengajar kena luar biasa nak bg diorang faham lagi2 nak ajar konsep akhlak, adab n disiplin

Q6 : Buat apa nak bersungguh sangat kan? Bukan boleh faham ye tak?
A6: Pendidikan Khas ni bukan budaknya semua tak boleh belajar. Sebab tu kt sekolah kita tak susun ikut umur tapi ikut tahap tinggi, sederhana, rendah. Ada yang boleh belajar, ada yang lagi bijak dr budak arus perdana, ada yang amek SPM, ada yang masuk U pun. Masuk TV pun ada. Kau hado?



Q7: Kelas tu campur2 ke? Ke sama je masalahnya setiap kelas?
A7 : Kita campur kategori. Bezakan tahap. Sebab nisbah setiap kategori kt sekolah tak seimbang untuk pecah ikut kategori macam autism saje, sindrom saje, hyper saje. Lagipun most of them slow learner. Dan ada kategori yang rare macam Syndrome Preder-Willi, Syndrome Hunter. Takkan depa sorang2 duk dalam kelas. Begitulah peruntukan di sekolah. Kalau rasa khidmat guru di sekolah tak cukup, boleh add on dengan intervensi dengan pusat2 perkembangan NGO atau persendirian yg sekarang dah banyak ada nak bantu anak2 istimewa

Q8 : Eh Pendidikan Khas pun campur dengan sekolah biasa ke?
A8 : Dah bertahun dah. Namanya Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Motifnya supaya budak PK ni diintegrasikan dengan arus perdana. Mula dengan benda2 basic macam fasiliti sekolah, aktiviti sekolah. Ada jugak sekolah khas untuk budak PK which is untuk masalah pendengaran dan penglihatan. Kolej Vokasional pun ada dah khas untuk budak2 ni yg berpotensi dalam bidang kemahiran.

Q9 : Pendidikan Khas ni belajar ape je?
A9 : Subjek teras macam biasalah ada BM, BI, SAINS,MATH, AGAMA, MORAL, PJ, SENI, MUZIK. Yang bezanya ada subjek kemahiran, Urus Diri & Kemahiran Manipulatif sebab kebanyakan budak PK ada dua masalah ni. So, harapnya dengan ada dua subjek ni bolehlah tingkatkan living skill depa. Sejak ada KSSM ni, wajib ada satu atau dua subjek kemahiran. Boleh pilihlah mana2 yg KPM dah senaraikan asalkan ada cikgu dan kemudahan nak mengajar (walaupun tak berapa nak ada kena jugak adakan)

Q10 : Eh, diorang pun ada exam jugak ke?
A10 : Ehhh...gila kau tak ada? Kita kan dinilai melalui peperiksaan? Kahkahkahkah ada je macam budak arus perdana. Cuma soalan tu lain tahap, lainlah soalan cikgu buat. Kita nak tahu jugak dari segi akademik, takat mana diorang kuasai walaupun sikit. At least kita tahulah, ilmu diorang tu bertambah walaupun kalau disukat guna gelas cuma 0.2 ml. 
Q10.1 : Habis tu, kalau yang tak boleh menulis tak boleh cakap tu exam mcam mana?
A10.1 : Tu tadi cakap kaedah luar biasa. Tak boleh menulis, buat cara lisan. Tak boleh lisan, buat cara isyarat. Tak boleh jugak, pandai2 lah cikgu fikir kekdah nak dapatkan respon daripada budak tu. Contoh bagi soalan "Yang mana makanan sihat?" Tunjuk dua gambar. Kalau dia kelip mata kt gambar satu, itulah kita anggap jawapan. Kalau dia sengih, anggap itu jawapan. Kalau air liur dia menitik, anggap jugak tu jawapan dia. Kalau tak jalan jugak, redha je lah. Silap2 air liur cikgu boleh menitik sekali dengan air mata

Q11 : Lepas habis sekolah, budak2 ni buat apa?
A11 : Mana yg boleh kerja, digalakkan bekerja. Ada beberapa sekolah buat program Transisi. Umur 16 tahun, cikgu akan tolong cari tempat untuk kerja kepada yang berminat. Orientasi dalam sebulan dua, kalau feedback positive dari budak dan majikan, boleh teruskan sampai bila2 dia nak lah. Adalah beberapa kekangan tp ada je yg sampai sekarang seronok kerja dapat duit belanja sendiri. Ada yg boleh beli motor lagi. Ada jugak company yang ada kuota untuk OKU. Contohnya McD. Sekarang pun banyak NGO even badan kerajaan sendiri yang tubuhkan bengkel2 untuk depa kerja.
Q11.1 : Kalau yang tak boleh kerja?
Q11.1 : Kita akan cadangkan kpd parents untuk hantar ke PDK. At least siang hari ada aktiviti untuk diorang. Ada PDK yang ajar kemahiran dan berniaga. Pun boleh buat income. Tapi PDK pun bukan merata ada. So, terpulang pd family lah sebab lepas sekolah takkann laaaaaahhhhhh cikgu jugak kena uruskan ye tak? Kena bayar lebih laaaa kalau dah tua2 pun tanggungjawab cikgu.
Q12 : Kesianlah kt budak PK yang boleh belajar kena campur dgn kawan2 yang lemah.
A12 : Kesian jugak kt kau kalau aku tak kongsi. Kita ada program insklusif. Kalau ada permintaan daripada ibu bapa yang yakin anak dia mampu bawak subjek arus perdana, kita akan bg 3 bulan percubaan di kelas arus perdana. Maknanya, untuk subjek peperiksaan dia duduk kelas arus perdana. Subjek lain, balik ke PPKI. Then, tengoklah feedback daripada cikgu2 sana macam mana. Kalau semua okayyy bak kada DS Vida, boleh teruskan sampai SPM. 

Q13 : Budak Pendidikan Khas ni tengok asyik keluar lawatan je. Bowlinglah, renanglah, naik kudalah. Seronoklah ye cikgu pun tumpang sekaki
A13 : Gila tak seronok? Alhamdulillah rezeki. Sambil2 semput jaga & kejar terjerit2 kt anak orang berpuluh-puluh. Tu namanya terapi. Memang ada kajian. Kita cedok dari benda yg pakar dah kaji. Yelahkan....korang pun asyik kata budak PPKI ni buat apa susah2 belajar, kita bawaklah jalan2. Duduk terperap dekat sekolah dicaci hina hahahaha bajet pun ada. Parents diorang pun bayar. Kau nak jalan2, buatlah paperwork pakai bajet yg ade. Sebenarnya melalui lawatan, budak2 ni boleh belajar melalui pengalaman. Tengok sendiri, rasa sendiri. Baru diorang ingat. Sambil2 tu, latih mana yang boleh jadi ketua. Bagi peluang kepada yg family susah nak berjalan, jalan dengan kawan2. Kau masa sekolah pun lagi suka pergi lawatan kannn? Semua benda ingat sampai sekarang.

Q14 : Dekat kelas kan ada Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Senanglah macam tu. Ape2 suruh je PPM.
A14 : Tugas hakiki cikgu ni, mengajarlah bukan bergoyang macam Sajat. Ade PPM pun dia kena mengajar, yob. PPM tu bantu bila ada murid yang bermasalah especially nak urus diri supaya PdPC berjalan lancar. Bukan PPM yang mengajar, cikgu goyang kaki. Lagipun PPM ni biasa partner dengan cikgu yang ajar kelas low-function sebab budak2 nye hardcore. Kau kalau jejak sebelah kaki pun rasa semangat tu nak terbang dah. Dia bantu uruskan murid, bukan bantu uruskan RPH cikgu tu. Kalau takde PPM, tiba2 budak sawan atau berlari turun bawah, takkan cikgu nak lari sama. Budak2 lain dalam kelas macam mana? Nanti jadi isu pulak keberadaan guru dalam kelas. Budak2 PPKI ni semua berdarah adiwira. Boleh tiba2 terbang, lesap, berdesup laju entah ke mana. 



Q15 : Ok, budak yg low function tu belajar apa kalau baca tak boleh, cakap tak boleh?
A15 : Belajar adab, akhlak dan disiplin. Benda2 ni umur baya2 makcik pun sempat lagi nak belajar hahahahaha gurau je. Walaupun mereka OKU, kita nak dia keluar dari sekolah jadi ahli masyarakat yg berhemah n berdikari. Biar malu sungguh yg bukan OKU tp pemalas yakmat. Ada yang boleh belajar skill, kita ajarlah. Buat bengkel terlindung. Hasil buat kerja, jadi pocket money diorang.

Q16 : Bestlah budak Pendidikan Khas ni sebab OKU, buat salah ke masalah disiplin ada alasan nak lepas kan?
A16 : OKU ke tidak, selagi diorang boleh faham teguran, kenalah tegur. Ingat cikgu2 PK ni lemah- lembut manis lidah ke semua? Masing2 macam singa. Kalau tak, budak2 ni pandai drama pijak pijat pun tak mati. Mostly boleh faham bila kita tegur. Yang mana low function, kenalah beritahu benda mana betul benda mana salah. Diorang pun ada masalah disiplin jugak. Datang lambat pun kita ambil tindakan. Ponteng pun ambil tindakan. Mencuri makanan pun kita ambil tindakan. 

Q17 : Diorang ni tak payah puasa, tak payah solat la kan? Sbb OKU.
A17 : Astaghfirullah, sisturrrr. Saya bukanlah ahli agama yang warak tp saya ingat pesan ustaz, selagi dia waras boleh fikir sendiri mana baik buruk, boleh bezakan yang hak dan yang batil, hukum wajib tetap wajib. Kebanyakan kelas high function ni slow learner, mild autism, disleksia. Fizikal ok, mental pun ok. So, diorang masih wajib solat, puasa. Budak low function pun ada yang hafal surah Al-Fatihah. Bukanlah tahap tilawah antarabangsa tp kagum apeee bila sebut Al-Fatihah, diorang tahu. Doa makan, doa lepas makan, doa naik kenderaan pun most of them hafal tawwww. Ada masa kite buat solat dhuha. Ada jugak pertandingan tilawah antara budak2 PK. 

Q18 : Cikgu Pendidikan Khas ni seronoklah keje tak banyak. Tak payah nak key in data examlah, jaga kelablah.
A18 : Kau try la jadi cleaner. Tengok senang ke tak senang sbb diorang lagilah xde kaitan dengan isi data mahupun jaga kelab. Paling2 kelab membawang. Ye, memanglah tak ada serabut fikir nak luluskan budak, nak kejar A, nak key in segala borang. Tapi, kami ni cikgu jugak. Ada kerja yang kome tak nampak. Takkan nak cerita satu2 kt dalam telegram apobondo kami buat kt PPKI nuhh. Satu kelas memanglah ada 7-10 orang budak. Budak yang setiap satu macam2 ragamnya. Ada yang tiba2 melompat bersilat belari. Mahu cikgu tiba2 jadi pawang. Kami pun ada je sistem2 online yang nak kena buat. Ni e-RPI ni mahu menangis buat sambil makan rendang sambil berfikir "Kenapalaaaahhh aku kena bersungguh buat perancangan masa depan anak orang pada bulan Syawal ni?"




Q19 : Apa beza Pendidikan Khas sekolah rendah dgn sekolah menengah?
A19 : Pendidikan Khas sek rendah lebih fokus kepada pengurusan diri. Normal bila ada budak2 PK sekolah rendah yang budaknya masih pakai pampers, masih perangai macam baby. Tu cabaran cikgu2 PK sek rendah. Kena pastikan masuk sekolah menengah tak ada kes berak sambil berlari. Tu pentingnya subjek urus diri. Sekolah menengah pulak fokus kepada kemahiran, transisi ke alam kerjaya. Ada la dua tiga yang masih tak boleh urus diri tapi sampai sekolah menengah biasa tak ada dah teknik dibelai manja ni hahahahahaha

Q20 : Best tak jadi cikgu Pendidikan Khas?
A20 : Ahamdulillah, best! Walaupun ade je cikgu2 yang pandang kami ni macam tak amek degree, kami seronok je mengajar. Kami siap kagum dengan diri sendiri. Setiap tahun ajar subjek yang berbeza. Yang tiba2 kena ajar kemahiran padahal tak pernah pergi kolej vokasional ke politeknik ke, tiba2 gigihlah sampai tengah malam study n berlatih demi anak murid. Even mengajar PK pun, takkan kita nak menipu menyampaikan ilmu ye dak? Takkan cikgu sejarah mengajar kelas akhir nak menipu fakta sejarah kan. Kami boleh je ajar ala kadar, maklumat tak payah details sbb budak2 ni percaya je kami ni. Tapi, mana kepuasan mengajar tu. Biarlah low-function sekalipun, mengajarlah jugak walaupun kita yang tanya, kita yang jawab. Kita yang melawak, kita yang gelak. Biasalah orang pandang kami ni "Ewwww..". Kami lali dah. Tak kenal maka tak cinta. Nak cadangkan kt KPM lah. Semua guru wajib pergi kursus induksi Pendidikan Khas. Atau wajibkan modul Pengenalan kepada Pendidikan Khas dalam LDP. Barulah lahirnya guru2 yang lebih berilmu dan berhemah tinggi. Gittewwww 



Rasanya cukuplah 20 Q&A yang biasa kami dapat ni.
Kalau dapat soalan2 entah pape lagi,
kau jawab dengan cool dan tenang je k.
Kau kan Cikgu Pendidikan Khas.
Cukuplah anak murid kau yang memeningkan.
Jangan pening dengan orang lain.
Kalau masih ada yang duk -
"Alah, senanglah cikgu PK ni. Duduk saja dapat gaji"
Sila tunjukkan jalan ke JKM.
Kita faham, ada OKU yang tak berdaftar tak sekolah pulak tu.
Tak kisahlah kau cikgu ape,
selagi mana kau ikhlas dan sabar,
inshaAllah ada ganjarannya.
Cikgu PK ni pun manusia biasa.
Takdenya nak sabar 24 jam.
Ada masa terlepas bertukar jadi Hulk jugak.
Kadang nak marah pun tak sampai hati.
Kena pulak soalan2 KBAT seperti
"Tuhan dia ada tiga kenapa Islam ada satu?"
"Kenapa gajah tak terbang je biar laju"
"Kenapa kura-kura tak tinggalkan cengkerang dia yg berat tu?"
Dan tentu soalan paling sendu abad ini -
"Kenapa cikgu tak cantik?"

Tak sempat nak melawa macam Princess.
Nak pakai heels? Mimpilah.
Mahu tergolek mengejar budak.
Sesekali kau make up, buh leccu merah menyala,
satu kelas puji kau cantik.
Kau marah sampai kembang hidung, pedih tekak,
tak sampai 10 minit buat lagi.
Aktiviti lawatan? Memanglah seronok.
Yang seronok budak2.
Cikgu2 ni dah bertukar jadi Mak Helang.
Mata kena perhati sorang2.
Tak boleh macam cikgu lain -
"Okay, pergilah mana2. Pukul 11 dalam bas ye"

Ada jugak anak murid ingat kita ni sama je dengan dia.
Kami ni pada depa,
dulu budak pendidikan khas jugak.
Habis sekolah jadi cikgu Pendidikan Khas.
Tu ade yang pandang lekeh kt kami.
Sampai kami bawak segala sijil degree segala anugerah tunjuk kt depa.
Baru depa terdiam "Oh, pandai cikgu aku ni"
Kami ni tak adalah perlekeh kerja cikgu2 subjek lain.
Tapi pasaipa ada cikgu2 lain yg tak puas hati dgn cikgu PK.
Kalau rasa cikgu PK ni goyang kaki,
mehlah mohon tukar bidang. Boleh je.
Kita tengok selain kaki, kepala kau bergoyang ke tidak.


Sekian,
sedikit gambaran apa itu Pendidikan Khas di hatiku

Comments

  1. Saya bermnt nak myn tkr ke pend khas to sy nak lg tahu byk info n sharing ttg pend khas.sy ada mslh kecctn fizikal adakah sy sesuai mengjr kelas pend khas.tlg bg nsht plz.tp ati sy mmg mnt nk ke pend khas.tp adakah sy booeh diterima sdgkn dgn keadaan sy skrg ni sy rs... sbb kekurangan dri sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi mana mempunyai ijazah pendidikan, inshaAllah ada peluang utk bersama dalam dunia kami :) Semoga mendapat tempat dalam dunia pendidikan khas dan menjadi pemangkin buat anak2 istimewa ini!

      Delete
    2. Selagi ada ijazah dalam pendidikan, layak utk mohon bertukar ke mengajar pendidikan khas apabila tawaran dibuka oleh JPN. Semoga ada rezeki bersama kami dalam dunia pendidikan khas dan menjadi motivasi buat anak2 istimewa :)

      Delete
  2. Hahaha! Baca dari awal sampai akhir tergelak je saya. Lawak tapi berinformasi. Thanks for sharing Cikgu.

    ReplyDelete
  3. Hai , Assalamualaikum cikgu , sy ni budak lepasan stpm dan brminat nk smbung degree kos pendidikan khas di ukm , nk tanya cg smbil2 , cg dlu smbung ke ua mne ?

    ReplyDelete
  4. pd adik2 yg ambik education .tahniah ..sbb bidg ni bgus jer..bole msuk keje mana mana pun....btw..akak cuma nak share ..klau ade adik2 nak msuk farmasi dkt widad uni bole pm sis bg info.. satu lg..sis jaga program utk PAKK pendidikan under upsi .rayuan dh dibuka ut bole aply...anythg nak tye or nak mohon bole direct 011-16930576..wsp ler

    ReplyDelete
  5. Saya ada anak down sindrom.. Dan saya mengajar pelajar sbp.. Bercadang nk ke pen. Khas, utk ilmu sendiri dan untuk anak.. dan membantu anak istimewa lain.. Tapi hati masih berbelah bagi, mampukah saya nanti mendidik anak istimewa.. Semoga Allah tunjukkan jalan

    ReplyDelete
  6. Tq tau...best baca info yg dikongsikan..moga trus mnjdi pendidik yg cemerlang utk anak murid ye....sy sbnrnya dpt iv kos pendidikan khas s.rendah...moga sy dpt peluang jd cam cikgu...mnddik anak2 bkpluan khas...masa iv kena mengajar psal bdg pddkan khas..lps tgok cikgu punya prkongsiam ni..br dpt celik akal skit..heheh..bab pgrusan dri..bleh kan..hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment