D dan Cheesetart

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Entry kali ni tiada kaitan dengan resepi membuat cheesetart.
Mahupun kuih tart.
Mahupun kesedihan stok cheesetart yang sudah habis.
Kali ni Dibu nak share satu kisah benar yang tidak ditayangkan
dalam Bersamamu mahupun Majalah 3
As you all know, gittuhhh.
Dibu ialah seorang CeguWana yang slim dan comel.
Kahkahkahkah
Mengajar murid berkeperluan khas.
Antara puluh2 anak murid CeguWana,
hari ni nak cerita pasal seorang je
Sempena Hari Autism Sedunia.
Ahmad D

Ahmad D ni murid Autisme.
Apa itu autisme?
Autisme ni bukan penyakit berjangkit. 
Bukan jugak diwarisi. Ia unik dan misteri.
Secara ringkasnya, autisme ni gangguang pada otak yang kekal
yang mengganggu perkembangan komunikasi, sosial dan tingkah laku.

 Kita panggil mereka "person with autism" atau murid autism.
Autism is not a disease. It is a disorder. 
Punca? Macam2 kajian. Masih misteri mana yang 100% betul.
Seorang murid autism takkan sama dengan murid autistik yang lain
walaupun mereka ada gangguan aspek yang sama.
Hahahahahahaha
Faham tak?
Contohnya, dalam kelas ada dua orang murid autism.
Dua2 ada masalah nak berkomunikasi.
Seorang communicate dengan angguk, geleng, jerit.
Seorang lagi boleh communicate dengan jelingan manja je.
Ah. Macam-macamlah ragam kalau nak cerita.


Well, korang boleh dig in more by yourself untuk tahu lebih.
CeguWana nak fokus bahagian komunikasi dan sosial je ni.
Okay. Ahmad D ni mmg problem dua bab ni.
Dia punya intonasi kalau bercakap, tak kiralah dengan siapa
memang macam nak cari gaduh.
Sebab dia tak tahu apa nada yang sepatutnya atau 
mungkin dia tak tahu macam mana nak lenggokkan nada bercakap.
Tak manja macam awek cendol lah.
Silap hari bulan, cendol atas kepala.

Bunyi dia bercakap memang Ziana Zain pun boleh menyirap.
Dan relationship dia dengan kawan2, is not always good.
Hari2 kalau CeguWana tak dengar aduan pasal dia,
(sebab CeguWana guru kelas dia tahun lepas)
memang tak sah.
Masa mula2 CeguWana posting, dia punya kasar bahasa tu, haihhhh
Ada nampak mami hepi?
Dia tak boleh terima perubahan guru kelas dia.
Normal. Murid autism memang sukar nak terima perubahan.
Nak tackle dia ni memanglah bermusim.
Kejap dia cakap elok. Tak ada angin tak ada ribut, kita pula ditengkingnya.

Pernah sekali tu, 
ummi Ahmad D ni salah maklumat.
Katanya jamuan akhir tahun lepas sekolah.
CeguWana yang dah cantik2 mcm princess bertembung dengan dia pagi2 
depan sekolah pakai baju sekolah siap bawak buku lagi.

" Ahmad D, awak tak ikut pergi jamuan ke?
" Laaaaa, mak saya kata jamuan petanggg. Apa ni??"
" Balik petang. lepas waktu sekolah. Pergi pagi ni"
* Muka tak puas hati. Garu kepala. Pusing sana. Pusing sini*
"Okay macam ni. Sempat lagi awak nak balik, salin baju. Nanti cikgu beritahu yang awak lambat sikit"

Terus berlari dia balik rumah sambil membebel apa.
CeguWana dalam hati mendoakan kesejahteraan ummi D.
Memang risau jugak kot dia tantrum kat tepi pagar tu.
Dah kang CeguWana masuk sotkabo
"Guru cantik dera murid depan pago"


Ahmad D ni kalau kita nak bagi arahan,
janganlah panjang2 dua muka surat.
"Apa ni, Cikgu? Peninglah! Cakap betul2"
Haaaa, kan dah kena.
Hahahahahahahahaha
Tapi D sebenarnya bagus bila baca ayat bahasa inggeris.
Dan bila mood dia baik, memang boleh diharap.
Cuma kena rajin puji2 dia, baru dia cenggini haaaa dengan kita.

Ok kisahnya macam ni.
Kami ada buat makan2 bertemakan Pot Luck.
Murid pun boleh bawak makanan.
Maka, Ahmad D bawak satu kotak bluebery cheesetart
yang adik dia buat sendiri.
Ada lah dua tiga orang cikgu jenguk2 cheesetart dia.
Siap amek satu lagi.
Memang kena sound direct dengan Ahmad D.
Kisah apa dia cikgu tu cikgu yang digeruni pun.
Hahahahaha

CeguWana pun sajalah join.
Tanya dia mana makanan D bawak?
Dia excited tunjuk siap warning,
"Cikgu jangan ambil dulu. Nanti tak cukuplah!"
CeguWana pun dengan muka sedih muka sedih muka sedih
"Hmmm tak dapatlah cikgu rasa nanti habis"
Dia buat dekkk je peluk tubuh.

Dipendekkan cerita, dah nak habis waktu.
Tiba2 kt bilik guru dengar budak bagi salam.
"Assalamualaikum. Cikgu Wana!"
Tak sempat nak toleh,
si D ni ada terpacak kat sebelah meja.
Dia hulur seketul cheesetart.
"Nah, ni untuk cikgu Wana yang last sekali.
Nanti jangan cakap tak bagi pulak!"


Wakakakakakakakaka
Ni terharu campur kelakar pun ada jugak.
Riuh oiii bilik guru.
Ingat senang ke Ahmad D ni nak buat macam tu?
Sibuklah cikgu2 lain tanya kenapa Cikgu Wana je dapat.
Ahmad D dengan confident menjawab,
"Dah habislah. Mana cukup!"
Dan terus berlalu pergi tak sempat2 CeguWana cakap terima kasih.
Sampai hari ni, CeguWana akan senyum
bila teringat peristiwa bersejarah ini.
Entah bila ada peluang lagi.

Hehehehehe
Sekian, kisah D dan Cheesetart :)
Selamat Hari Autism Sedunia!


Comments