Tuesday, 30 May 2017

Ibu dan Guru

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Salam Ramadhan readersss
Lama rasanya tak menulis kt sini
Sejak2 sibuk dgn babyK
Nak bukak laptop pun tak sempat
Berhabuk laptop den 

Entry kali ni sebenarnya 
bersempena Hari Ibu dan Hari Guru
Walaupun dah lepas lama pun
Taklah lama sangat sebab sis masih dapat hadiah hari guru
Hahahahaha
Kalau korang seorang yg sendu,
pakwe ade pun x ingat birthday,
apatah lagi kawan2 yg masa birthday kau pun 
boleh tanya "beday ek?",
jadilah cikgu.
Bukan birthday pun dapat hadiah k



Oh back to the topic.
Alhamdulillah
Dalam jutaan wanita di dunia ni,
sis antara yang direzekikan Tuhan
untuk sambut hari ibu & hari guru
pada tahun ni.
Terharuuuuu dapat banyak hadiah.
Masa birthday kek pun tadap. Pantang kan?
Lantaklah orang cakap hari2 is hari ibu pun
Apa salahnya sesekali jadikan satu hari special
untuk ibu2 kita kan?
Begitu jugak dgn cikgu2 yang dekat rumah pun
duk memikirkan hal ehwal anak murid
Sampai masuk mimpi lalu murung esok hari~

Sis dah 3 bulan lebih menjadi seorang ibu
Masih baru
Masih mentah orang kata
Masih banyak nak menuntut ilmu 
Erti menjadi seorang ibu?
Mengorbankan segala yang kau suka demi amanah yg Tuhan bagi
iaitu Anak
Banyak perkara yang disukai perlu dikorbankan
Masa tidur. No more beauty sleep the moment you gave birth
Makan minum feveret mohon tengok je sebab fullly BF
Muka memang forever panda lah
Hobi pun tak sempat buat
sebab waktu lapang digunakan utk settle kan
1001 benda yang tak dapat buat masa anak jaga
Jikau kau seorang yang ni tido ke mati?
Usah risau
Bila ada anak tiba2 kau akan tersedar sebelum anak ek ek ek
Kau jadi risau bila anak tak ek ek ek
Tapi bila anak asyik ek ek ekmulalah kau stress
Apa kau nak aaa???

Hujung minggu?
Dulu suami tanya nak pergi mana. Berderet list
Sekarang?
Pehhh rasa nak duduk rumah je
Rasa rindu rumah padahal hari2 kat rumah
Tak apelah tak berjalan
At least dapat rehat duk rumah
Rehatlah sangat
Ada anak kecik ni, kaulah toilet beregrak dia
Hilang senyum kau bila baru 1.3 saat lalu salinkan dia
Tengah2 lap montot gebu dia boleh pulak currrrrr~~
Kadang ala carte. Kadang combo.
Haiii lah anak
Takpe lah kecik2 kencingkan ibu
Dah beso jangan berani2 nak kencingkan ibu ye


Nama pun first time jadi ibu
Semua benda duk kalut
Anak sedu pun duk google kenapa
Nyamuk gigit sikit dah meracau cari sekampung
Anak tsedak panik sampai pucat muka
Anak nangis mula nak nangis sama
Anak duk mengeliat tak sudah mula lah hilang punca
Tapi lama2 sis belajar
Setiap intonasi nangis tu, apa maksudnya
Tanya ibu2 yang berpengalaman
Normallah baby mengeliat nk membesar
Baca banyak2
Bayi susu badan mmg cepat lapar
Usah disumbat dengan ayam KFC

Masa ni sibuklah tengok anak orang lain yang sebaya
Ade terdetik dalam hati kenapa Khalid  x macam tu?
Tapi cepat2 istighfar.
Every child is special in their on way.
Didik diri sendiri ni jangan compare anak sendiri
even masih baby
Syukur.Syukur.Syukur
Khalid is such an adorable boy :)
Bila ada anak tiba2 kau adalah penggubah lirik yang berjaya
Tak cukup Didi & friends
Habis semua benda dijadikan lagu kanak-kanak2
Lagu Cicak. Lagu Kipas. Lagu Langsir. Lagu Kereta
Khalid, ibu boleh terbitkan album setahun lagi

Rutin harian sis pun dah berubah
Pukul 5.30 pagi dah bangun
Mandi cepat2, solat & bersiap nak ke sekolah
Kadang pukl 4.30 dah bangun
Ikutlah Khalid lapo pukul berapa
Sekarang apa2 hal ikut jadual anak
Sis kena lebih cepat daripada dia
Contohnya cepat mandi sebelum dia bangun
Cepat masak sebelum dia bangun
Cepat kemas sebelum dia bangun
Cepat berak jugak sebelum dia bangun
Sis lebih cepat daripada The Flash atau Superman
Sambung lagi.
Pukul 6.30 sis dah bergerak ke sekolah
Bukan sebab nak jadi paling awal datang sekolah
Tapi sebab nak elak sangkut jem
Khalid ni 30minit je elok ketawa dalam kereta
Lebih daripada tu sis yang rasa nak menangis sambil ketawa
So biasanya around 6.50 dah sampai sekolah.
Thumbprint
Walkathon bersama Khalid ke rumah pengasuh
Kalau lif rosak, mendapatlah naik turun tangga 9 tingkat
Patah balik pergi sekolah. Settle urusan pagi.
Pukul 2 ptg habis sekolah laju2 amek Khalid
Rindu banget katanya~
Nak lunch ke berak ke ape ke settle siap2 kt sekolah
Sebab kt rumah Khalid dah mcm baby Koala
Melekat kt ibu takmo lepas
Tu lah rahsia sis mantain slim selepas bersalin

In between 2.30 pm- 6.00pm aktiviti sis x teratur
Kalau mood Khalid ok
Dapatlah sis kemas rumah, angkat baju, sidai baju dan masak
Kutip baju, kutip stoking, kutip kunci. Kutiplah apa yang x patut dikutip
Sesejak ada Khalid, sis dah cekap mengutip barang menggunakan kaki,
menjawab panggilan telefon dgn ibu jari kaki
matikan/hidupkan suis guna siku
malah begitu kuat mengangkat bebanan melebihi 5kg setiap hari
sambil naik turun tangga
Kalau mood clingy Khalid datang,
husband pulang dihidangkan dengan pemandangan
Khalid tido atas sis, Sis tido atas sofa
dapur x berasap lagi pukl 6.30 ptg
Maka husband la yg berkungfu kt dapo tu
Heee~
Thanks abg syg! Abg is the best!
Awal2 dulu husband cop kite pemalas
Tapi bila dia sendiri dah rasa duduk 5jam dengan Khalid,
barulah dia faham kenapa sis selalu tumbang di petang hari
Disebabkan Khalid tak dilatih berbuai,
Maka bila nak tidurkan dia kami bergilirlah jadi buai
Budak cerdik. Letak celik. Angkat pejam.
So, memang mimpilah kalau sis nak bawak keje sekolah
ke rumah~
Memang kena curik2 kalau nak buat keje2 yg ade
Makan pun bergilir. Tak dapat dah nak makan sweet2
ala candle light dinner mcm dolu2
Masih sweet sebab boleh tolong suapppppp
Walaupun berangan nak tido pukul 10pm,
tapi bila duk buat keje2 yg x dapat dielakkan 
terlajak pulak pukul 12 tgh malam.
Baru nak lelap Khalid mintak late supper
hahahahahahaha
dan begitulah setiap sejam lebih permintaan Khalid
yang mesti ditunaikan hingga 5.30 pagi
Belum lagi kes tiba2 Khalid tak mahu tido
Jadi pungguk rindukan bulan lah ibu dukung Khalid
sebab papa dah jauhhhhhhh ke bulan

Tipulah tak letih.
Tipulah tak stress.
Lagi2 lepas balik sekolah.
Ada masa sis menangis sambil dukung
 dari pukul 2.30ptg sampai 6.30ptg
Mentally & physically exhausted
Masa ni syaiton mmg la berjemaah menghasut
Istighfar banyak cium kepala Khalid nak elak tangan naik
apatah lg benda2 lain jadi
 Bila dah jadi ibu & duduk sendiri dgn suami dan anak
Selalulah teringat dan kagum tak sudah
Mak boleh buat semua ni selama 25 tahun
which is since sis lahir
sampailah sekarang sebab masih ada anak yg bersekolah.
Dan mak jugak cikgu. Cikgu belah petang. Lagi sikit waktu rehat.
Anak bersalin pun mak yang uruskan masa pantang.
Mak is truly wonderwomen!


Betullah orang cakap
Once a mother, you will never stop being a mother
Yang penting anak sihat & gembira
Makanya sis simpan segala keluhan
Dengan satu azam untuk kuat seperti mak
walaupun tak mungkin sama hebat seperti mak
Sekurangnya, sis nak berusaha menjadi ibu & isteri
yang terbaik untuk keluarga
Dan sis meletakkan kesyukuran sebab tak semua orang
ada peluang untuk merasa manisnya kepayahan ini
Momen paling best ialah
tengok anak & suami tido lena berlawan dengkuran
walaupun dalam hati menangis tak boleh tido
Selain itu,
anak berak ialah kebahagiaan seorang ibu
Haaa, engkorang ade anak nnti mesti tak sangka!
Anak berak, ibu bahagia weeyyyyhh

Kuatnya seorang wanita bukan pada fizikal
tetapi terletak pada jiwa dan semangatnya
Selamat Hari Ibu dan Terima Kasih Ibu!
Moga ibu2 kita dikurniakan kesejahteraan dunia akhirat
dan syurgalah tempat mereka, InshaAllah. Amin


  
Cikgu.
Sama macam Doktor,
Bukan semua orang, bukan sembarang orang
boleh dipanggil dengan gelaran itu.
Sekali memegang gelaran itu,
maka bertambah beratlah kedua bahunya
memikul 'beban' orang lain
Cikgu ni kat mana pun orang kenal
Tengah serabai2 kt supermarket
ada je yg jerit "Cikgu!"
Tengah manja peluk husband
ada yg tegur "Cikgu!"
Elok beratur beli coolblog
"Puan cikgu ke? Sekolah mana"
Laaa..lupa cabut nametag balik sekolah
Sebab tu jadi cikgu luar sekolah pun etika nak dijaga
Janganlah buang tabiat update status FB
"Icheww perrnut angad lorrhh ari nihhh meeting pai ukol 5"
Mohon balik ke kelas pemulihan

Alhamdulillah, sis dah 9 bulan jadi cikgu
Cikgu yang masih try & error
Macam mana nak bagi murid yang keje sengih tak sudah
pegang pensel.
Macam mana nak bagi murid yang termenung tak sudah
jawab faham ke tidak
Macam mana nak bagi murid yang suara tak keluar
respon dalam kelas
Sebab cikgu pendidikan khas
memang istimewa bidang tugasnya


Masa zaman sekolah
Selalulah merungut cikgu ni apalah bagi keje banyak2
Kan kan kan kan?
Korang jangan tipu ye.
Cikgu ni apalah buat program hari Sabtu.
 Kelas tambahan masa cuti.
Bila dah jadi cikgu,
barulah sedar sebenarnya jadi cikgu lagi susah dari jadi budak sekolah.
Sudahlah kena siapkan keje sendiri,
kena jugak fikirkan anak murid.
Kalau tak fikir, netizen kutuk pulak tak berkhidmat untuk anak bangsa
Nak balik kampung, tiket dah beli
Terpaksa cancel sebab ada program di sekolah
Tengok2 anak murid ciput je yang tayang muka
Pukul 1.00 student dah lari balik rumah
Cikgu masih tunduk2 kt meja siapkan RPH untuk esok
Tak sempat siap, bawak balik rumah.
Tersengguk2 siapkan kat rumah.
Esok tengok murid tak datang.
Yang datang pun x siap kerja sekolah.

Belum kes dijadikan "babysitter"
Parents tak jemput anak,
cikgu yang sibuk menelefon ibu ayah
Rasa nak pengsan bila ibu ayah lupa ambil anak
Ade jugak yang buat x endah padahal anak dah menangis
Ada cikgu/ppm terpaksa balik lambat
"Lupakan" anak sendiri dek fikirkan anak orang lain
Anak tak sampai sekolah, Cikgu dicari
Anak tak makan ubat, Cikgu jadi farmasi
Anak demam melarat, Cikgu jadi misi
Walhal anak itu tanggungjawab ibu ayah tak kira 
kt mana pun mereka berada
Dalam marah2 cikgu, membebel tak cukup abjad
Masih juga ada empati dan simpati
Diuruskan jugak anak2 murid
atas rasa ihsan dan sayang
Mana mak ayah awak tak amek2 ni?
Orang cakap jadi cikgu kena sabar.
Ye. Memang kena sabar.
Bukan sekadar sabar dengan murid.
Sabar jugak dengan sesetengah ibu ayah.
Sabar dengan gelombang2 pendidikan yg lg dahsyat dari gelombang
kamehameha
SYMP. Saya Yang Menurut Perintah.
Perintah sape?
Malas nak listkan. Kena bukak topik baru.
Tak kiralah apa pun berlaku
Kerja kena settle. Purrrfect. Submit. Target kena pap pap pap skor!

Lagilah kami mengajar anak khas.
Tak ada hari yang berlalu dengan tenang.
Riuh rendah.
Dah macam sukaneka di blok kami
Sekejap2 tengok cikgu/ppm berlari
Tangkap budak main suis mesin basuh
Tangkap budak lap air liur di kereta
Tangkap budak membuang dalam kelas
Tangkaplah budak2 yang most wanted
Yaa...kejar kejar kejar sampai tak dapat
Yang dalam kelas pun boleh tahan
Bergusti dengan cikgu
Sawannya datang tiba2
Yang protest tak mahu buat kerja
Masuk kelas low function,
memang jaranglah objektif tercapai
Bayangkan daripada 8 orang, 2 orang sahaja boleh bersuara
Yang lain hilang dalam dunia nyata
Cikgu garu kepala
Kerja diberi 15 minit siap "diwarna"
2 jam setengah berbaki masa
Bila buat aktiviti, tup! Tiba2 hilang ke mana

Tapi hari2 kami tak pernah sunyi
malah tak kering gusi
Dalam macam2 aksi ada yang mencuit hati
Yang dimarah berzikir Ya Rabbi
Yang tahu nak main boling terus jaga diri
Yang menjilat apa2 objek menarik hati
Yang dalam kelas sengih tak henti
Kadang masuk kelas rasa mengajar syok sendiri
Beria-ria. Tengok2 sengih sambil meleleh air liur
Garu kepala yang tak berkutu
Adeh, apa pulak nak buat esok ni?
Manisnya anak murid kami
di hari guru pun mengingati kami
Hadiah dihulur tanda disayangi
Sungguhpun cikgu tahu bukan murah nak beli
Menjadi cikgu mendidik hati supaya redha
dan tak mendengki

Guru kelas X Anak kelas
Jadi cikgu memang tak terlepas
dengan soalan2 cepumas
dan bederet pickup line bernas
"Cikgu, saya kelakar"
"Cikgu, kenapa cikgu kawen dengan suami cikgu?"
"Cikgu, kenapa nametag Fadwana tapi panggil Wana?"
"Cikgu, kenapa nama cikgu Fadwana?"
"Cikgu, ini betul ke? (setiap seminit)"
"Cikgu dah tak gemuk"
"Cikgu, baby apa? (setiap kali masuk kelas)"
"Cikgu cantik hari ni. Tapi cikgu Dila lagi cantik"

Kalau nak cerita kisah cikgu ni
Boleh dibukukan
Lagi2 Cikgu Pendidikan Khas
Orang kata mudah
Orang kata gaji buta
Orang kata goyang kaki
Murid sekelas lima enam orang je
Oiii sekarang cecah 11 orang satu kelas
11 orang murid pendidikan khas sekelas
memang nampak sikit dalam kelas biasa
Tapi boleh x cukup nafas cikgu nak layankan
Cuba hang duk dgn budak kelas low function 5 minit
Eh, 3 minit cukuplah
Tebal lagi ke tak tebal iman di dada tu

Ah, peduliklah orang nak mengata
Hantar anak ke sekolah jugak
Yang penting
Amanah & tanggungjawab kita pada anak syurga
kita jaga
Cikgu pun manusia biasa
Kau ingat kami patung cendana?
Ada masa down jugak. Terluka dan terseksa.
Mujur sis ada senior2 yang supportive & ceria
Tunjuk ajar on the go gittuhh
Bilik guru riuh tak kira masa
Syukur tak terhingga
Tuhan temukan sis dengan mereka :)

#teamPPKI #PPKIBTS
Selamat Hari Guru!
Terima kasih, Cikgu!
Semoga guru2 kita sentiasa dalam rahmat dan lindungan Tuhan
Serta dikurniakan syurga di akhirat kelak, aminnn
Moga tak putus asa mencurah ilmu & kemahiran
dalam misi memandaikan bangsa
memanusiakan insan

No comments:

Post a Comment