Jari Manis Si Manis

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Assalamualaikum
Sempena dah tiga bulan lebih sikit ni
atas permintaan beberapa orang teman
Sis akan throwback majlis pertunangan
Terlebih dahulu sis nak ingatkan kepada yg membaca
Ini semua atas persetujuan dan kemampuan keluarga
So, please
Kalau masa baca ada terdetik macam
"Alahhh, bolehlah itu ini itu ini"
silalah tekan butang pangkah di atas belah kiri laptop tu ye dengan laju2
Gambar tak banyak sebab pendrive lama hilang (melalak)


Okay. Dah ready?

First of all, sis skip satu fasa which is merisik
Sebabnya~
Family belah laki bukanlah dlm lingkungan 40 buah rumah depan belakang kanan dan kiri
Atau pun dalam tanah jajahan yang sama
sebaliknya perlu merentas sempadan Johor
Hal ini menyebabkan parents sis merasakan bahawa takk perlulah merisik khabar bagai
Menelan kos dan tenaga dan masa yang buaaanyyakkkk
Sis pun sihat2 saje. Plus, kenal pun dah lama
Tiada juga cincin risik walaupun ummi mcm bersungguh jugak mintak cik abg tanya pasal cincin ni
Sis pun tak berminat nk pakai cincin banyak2 sampai bengkok jari-jemari runcing ini
Cukuplah sekadar cincin tunang (sebenarnya risau cuai pastu hilang)

Okay done.
Bila dah tak ada merisik, teruslah tetapkan tarikh bertunang.
Bincang punya bincang, kami setuju untuk ditunangkan sebulan lepas cik abang balik dr ostolia
Apa nak buat bila dah ada tarikh tunang?
Pastilah mencari 'tanda' ikatan pertunangan itu which is biasanya orang bagi cincin lah kan
Tapi kalau korang nk buat rare dan viral di seluruh pelusuk dunia
bolehlah mintak kalung kulit durian, cardigan kulit tenggiling atau gelang kaki bebola api
Janganlah korang mintak gelang kaki kerana sungguh kurang adab menghulur kaki kepada bakal mak mertua hokayyyy

Seperti yang korang tahu, cincin ni pun ade banyak jenis
Sis malas nak cerita tapi korang boleh rujuk blog Dr. Fatin Liyana sebab beliau ade post pasal jenis2 cincin idaman gadis Melayu ancaman jejaka Melayuuuu
Sis biasa teman mak beli barang kemas tp sis tetap tak pandai nak menilai yang mana jauhari yang mana manikam
Jadinya, kami (sis, cik abang dan mak) pergilah ke kedai emas cina kegemaran keturunan family
Selepas membelek dan mendengar info dari emak, dapatlah tangkap satu cincin
Cik abang semacam pelik sebab mudahnya sis memilih cincin
Ingatkan seharian keluar masuk kedai pastu patah balik kedai first baru beli
Dia sampai tak puas hati sebab dia jenis yang nk survey semua baru pilih
kahkahkahakhakhakahkah
Sis actually malas sebab kedai jauh2 plus masa bukan banyak mana memandangkan hr tu hari Jumaat
Okay, untuk anggaran bajet beli cincin ni
Sis cadangkan sedara sedari prepare la at least rm500-600
Percayalah bahawa cincin emas bukannya murah seperti cincin tikam 
Lagi mahal bila si gadis peminat batu permata nilam zamrud atau paling2 swarovski 
Kalau minat batu bata, penjimatan paling hebatlah tu

Eh eh eh kejap je dah jd tunangan orang
Next, majlis beso ke kecik ke terbuka ke tertutup
Bagi fasa bertunang, family perempuanlah yang akan berfikir isu ini
Kami cuma buat secara tertutup dengan ahli keluarga dan rakan2 terdekat
Ade masak lontong jawa sket dengan nasi minyak
Tak pakai catering
Nasi minyak tu pun ada sebab mak ngah buat sekali majlis aqiqah cucundanya
Kami x ada buat pelamin ke ape ke
Cuma kemaskan bilik tidur dan ruang tamu rumah embah tu je (buat kt kampung)
Jadi, bincanglah dengan family mcm mana nak buat majlis tunang tu
Nak buat grand ke nak buat ala kadar atau nak buat mcm borak2, sarung cincin lalu lunch pun boleyy
Ade jugak bagi goodies (bunga telur, air kotak, jajan) buat bekalan tetamu driving
Anggaran bajet? Ikut bilangan tetamu yang dijamu.
Kalau tetamu ramai, ambik kira harga barang sekarang, boleh cecah 2K jugakkkk nakkk

 

Seterusnya, barang hantaran
Haaaaa ni biasalah jadi hot issue
Maaplah sis xde gambar sebab pendrive hilang~ sobbbsssss
Hantaran banyak mana, nak bagi apa, nak colour ape
Kami buat dalam bilangan yang biasa sahaja which was 5 berbalas 7
Sis pesan siap2 kt mak lebihkan bagi makanan sebab makanan boleh share ramai2 selain daripada dapat cut cost
Barang hantaran ni bukanlah wajib pun tp kami adakan sebagai hadiah perkenalan antara keluarga
Biasanya kt Johor ni masa tunang, pihak lelaki akan bagi duit tanda
Duit tanda ni ialah simbolik berapa hantaran masa kahwin
Contohnya RM10 = RM1000 . Take note : BUKAN satu kewajipan
Cik abang terlupa hahahahahaha tapi kami okayy je sebab hal ehwal hantaran dah PM tepi siap2 dengan family
Cekelat hantaran. Boleh check IG vivaliciousbyrrein
Jadi tidaklah dibangkitkan semasa majlis tunang mahupun semasa majlis nikah

Memandangkan kami tak buat pelamin ke khemah ke ape
Mak bg peluang kt sis untuk ada baju special
Hihihihihi
Kebetulan sis ade trip ke Bandung sorga membeli-belah, ehem ehem ehem
Faham2 lah apa yang berlaku ye
Ditambah pulak dengan segerombolan kawan yang kemain eksaited terjah kedai kain acah2 stylist millionaire 
Dapatlah sis sepasang kain yang cantik dengan harga yang murah bila ditukarkan ke duit Malaysia
Shopping kt jalan TAR pun tak dapat rege gini dik nonnnnnnn~
Pastu pi anta jahit dengan kawan mak dan mak ngah dengan baik hatinya tambah manik liplapliplap uoollsss
Shawl dan veil pulak sis tempah kat cik adik manis WaniWani di aidiladha
Sesiapa nak sewa, boleh PM sis (serius kawan pernah sewa)
Kepada mereka yang ada duit lebih untuk ke Bandung, sis sarankan bolehlah ke sana mencari barang hantaran sebab sis pun cari satu dua kt sana
Sis pergi ni pun tiket and penginapan ditaja sbb program kolej. 
Kalau tak, mimpi je lah nak baik Malindo Air wuwuwuwuwuwu


So, tu je lah yang sis nak share pun
Hmmmmmm
Sis masih terkilan sebab pendrive hilang
Tak tahulah terjatuh ke ter apa ke
Moga2 pendrive tu tiba2 muncul dan bolehlah sis update gambo hantaran ye

Comments

  1. Kalau aku sewa agak2 merekah tak benang jahitan. Haha.. Bagi ukuran baju terus la sis senang org nak bajet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelebaran tu inshaAllah lepas tp kelabuhan itu hmmmm

      Delete

Post a Comment