Ibu Peri Versi Muslimah Itu Wujud

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


 Orang cakap, orang lain cakaplah
Bridesmaids ni adalah segerombolan gadis2 gediks
yang acah2 hot dan kejenya adalah selfie and melawo mengalahkan pengantin
yeke?
perlu ke diorang ni?
Well, I've my man
So of course all I need was my bimbosss

Sebaik sahaja tarikh nikah sudah disahkan
Sis memang terus listkan dalam kepala
Siapakah gerangan yang MESTI ada
di majlis penuh bahagia
walau terpaksa berenang dari utara ke selatan
Nasib baik Atie naik bas
Risau jugak kot dia dibaham ikan bilis

Pertama dalam list:
Tira Tora - awekss plg setia
Wedot - roommate psiko
Fara & Sa'adiah - geng basikal sekolah
KakSema, Fie, Ami, Atie, Nisah, KakNina - geng rumah puaka
Yana & Wani - #teamtetapAssignment
Half of them were such a great helper during my E-Day
Sampaikan sedara-mara sis merisik sorang dua kot nak dijadikan menantu
Rajin sangaaattttttttt
Habis semua benda nak dikerjakan sampai daun kering pun tak berani gugur
Ok, bohong yang tu
Sooooooo~
Because of that, these amazing girls have to be there on my BIG day
Lanje sket team rewang tunang
Korang tahu, (mesti x kannnnn)
All these girls sebenarnya ada yang tak pernah jumpa
Tak pernah kenal
Cuma mungkin pernah dengar nama
Sebab sis sokmo ngumpat diorang ni dengan yang lain
Hahahahahahaha
Jadinya sis teramatlah risau nak menggabungkan bebudak ni
Kot tak ngam
Kot ada rasa dianaktirikan oleh sis
Kot rasa besar sangat
Kot rasa kerdil sangat
Kot mu la nok pikir gapo

Selpi budak2 ni malam nikah. Dah penat keje, kasi can la selpi
The first team to arrive adalah yang gerak dari KL on Friday
Pukul 11.30 jugak sampai tu
Sempatlah sis, Faraha & Sa'adiah melantak roti nan cisss nikmat Ya Tuhan
Sebab mcm sambut orang balik umrah,
perlulah dua kereta 

Malam tu tido rumah sis dulu
Family dah kt kampung
Dalam sejarah agaknya
Pukul 1 pagi bakal pengantin duk gigih menjahit 
membetulkan jubah budak2 ni
Ya Tuhan~
Apa boleh buat
Sayang punya pasal
Jubah pun sampai lambat bak kata fie abang tu sengih2 anto pagi jumaat tu
Mujur Fie si adiwira tak menggunakan kuasa bulannya untuk menghukummu!

Esoknya, bermulalah tugas budak2 ini
Kau hengat sis akan terus bg diorang pangkat bridesmaids?
Nononononono
Sis ni ibu tiri yang akan pastikan sebelum Cinderella santekkk
Perlu dikerahkan segala kudrat demi memastikan majlis ohsemmm
Daaannnnn ketua bidang persiapan tempat,
Wedot pun sampai pada petang itu
Tanpa sempat tarik nafas lega,
dan sis tengok pun kemain slim mengancam Wedot sekarang
bermulalah misi menyiapkan photobooth idaman sis

budak dua ni, sudahlah datang lambat, ajak sis selpi pulak. sis on je
Makcik2 sis tersangatlah kagum dengan kreativiti diorang ni
Alaaahhh~
Diorang dah 4 tahun intern kt kolej buat2 benda ni
Sis dah tapis ramai candidates
Diorang paling lulus cemerlang
Tu pasal kena datang kampung
Macam2 dugaan nk buat photobooth ni
Nak letak tinggi lah
Nak gantung lah
Nak boleh terbang lah
Nak elak hujan lah
Hahahahahahaha
Pening kepala depa menghadap kreativiti big boss a.k.a ayah sis
But we did it !!!!
Kita memang sepatutnya buka butik bridal & catering
dengan konsep DIY dengan lagu tema
Kugigit2 cuping telingamu~
Kompem laku keras

Tahap tak tido malam dan lambat makan nk buat ni. Cuma guna tisu je.
Mana entah diorang rembat bunga2 tu. KLIK utk lebih jelas
Selain itu,
Keje tambahan depa ni ialah melantak
Tak berhenti makan sis tengok
Mula2 masing2 excited nak buat lontong
Lagi2 kakSema tu
Last2 mampu makan je
Tira siap rakam video semata-mata nak mewarisi lipatan lontong yang
nampak mudah nampak mudah embah pakai daun
Malangnya, seperti sis
gagal~
(gagak lalu sambil menyanyi)

Ami sampai paling lambat
Sibuk melayan anak ikan di KL
Orang dah turun 3 kilo buat kerja
Dia masih bulat gebu gebas sampai di BP
Tapi Ami jugaklah yang gigih memakaikan sis inai
sambil mulutnya tak berhenti membebel
dan memaksa sis tidur demi menjaga kecantikan dan keserian
walhal dia nk cover yang dia esok pagi2 nak blah buat sementara
Inai pun ade sikit comot2
Fie x puas hati pagi2 tu gigih lagi touch up
Sis terus sambung mimpi
sampai Wedot kejut bangun subuh
solehah kan sahabat sis

Alhamdulillah
After so much hard works
Laughs
Stresss
Everything went smoothly as planned
They did a great job
They aren't just pretty on my wedding
but also very amazing completing their jobs
Diorang punya job sebagai penjaga tol
Memang mengundang gelisah di jiwa jejaka2 dulang pihak lelaki
Ni baru 7 orang. Dalam senarai pertama 12 orang
Kemain korang ye, sis peratiiii je
Hampir2 sis sepak dari belakang
Sis dahlah tak sabo nak duduk sebelah husben
Bukan main banyak tak cukup korang paw ye
Sis syak kalau Ami ada masa ni, sampai ke ATM budak2 tu cari duit
But it was funny and memorable :)

Jejaka gagah pun lemah berdepan dengan penjaga tol paling demand
berderet dari utara ke selatan
photo by : yusni musa
Sis sangat terharu tengok all my important and sweet girls
dapat bina bond yang very strong
even cuma empat hari bersama
bergumpal di rumah bridesmaids
haaaaa kau hadooo???
Sis siap sediakan rumah hokaayyy
Siap ekon dan kerusi urut ogakwang tawww
Makan minum ditaja
Punyalah seronok diorang ni ditaja sampai makan tak ingat sis
Sis tawww korang x boleh move on dan merindui
lontong serta ayam kicap embah paling lejen
yang patut masuk dalam majalah 3 sebab tiada tandingan

Well, as I can see
They are an amazing dream team
Yana yang begitu kagum dengan komen padu tanpa emosi Tira
Thanks Yana for the masker gula yg aku & tira kagumi itu
Kaksema yang tak sudah merasa pelbagai juadah
Wana masih x boleh move on dgn kes selimut di malam yg dingin itu
Sa'adiah yang temui bakat baru dlm seni warna
Atie yang berusaha mendalami bahasa jawa
Fie & Wedot yang paling HULK membuat kerja buruh
kawenlah sebelum diorang utk tenaga tambahan rewang
Ami yang skip banyak kerja tapi still, mengharu-birukan suasana
dan diorang dua minit je dah boleh 'klik' mcm berjiran dr dalam rahim
Well, tak terkejut pun sebab sama2 gila
dan sis sebenarnya masih rasa sedih
sebab tiga orang lagi tak dapat datang
Nisah, KakNina & Wani
Moga kita ketemu lagi satu hari nanti

Recharge energy nak g outdoor
Whatever people define bridesmaids,
I have my own definition
Bridesmaids ialah bimbosss kepunyaan kau
Yang bukan setakat lawa dan bergaya
Malah yang sanggup susah senang dengan kau
yang ada masa jatuh dan bangun kau
yang berkongsi ketawa dan air mata kau
yang sanggup amek cuti kerja demi kau
dari zaman kau belajar sampailah selepas kau di'puan'kan
malah boleh jadi sampai ke syurga nanti
dan kau
sentiasa nak these bimbosss to be there,
 in every single important moment
of your life :)
Kau tengok? Selpi memang juara. Fie & Fara
walau panjang beza, tetap mampu menjadi monopod berguna
Thank you girls
for making every girlfriend's dream
every bride's dream
comes true
and for hadiah yg *speechless*
maafkan apa yang kurang
yang tak disengajakan
dari diri ini sendiri
dan seluruh keluarga umumnya
the dream team

Terima kasih Allah
setelah apa yang terjadi
Kau hadiahkan jiwa2 besar berhati murni ini
sebagai sebahagian dari hidupku
Andai kasih dan sayang antara kami
mampu membawa kami melepasi sirat dan melangkah ke Syurga-Mu
Aku pohon peliharalah hubungan ini
Kukuhkan pegangan tangan kami
Moga kami menjadi sahabat yang saling mengingati rahmat dan kebesaran-Mu

Photographer pun kagum dengan keriuhan mereka
photo by : yusni musa

psss : maka benarkan,
ibu peri versi muslimah itu wujud?
I have 12 of them. Do you have one? I'm sure you do

Comments

  1. AMI IS HAPPY TO READ, AN IBU TO BE TUUUU. AMIN. LOVE U PINSES.

    ReplyDelete

Post a Comment