Antara bahasa dan kimia, di mana kita?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

AMARAN !
Entry ini ber'genre' syok sendiri
Yang maknanya, ditujukan khas buat watak utama dalam entry ini
Yang maknanya, jangan kecam sis if korang tak faham
apa yg sis cuba sampaikan
Yang maknanya, entry ni khususan ila
NUR ATHIRAH BINTI ZAIREE 
(awekss sis paling setia)


 Hai Tira !!

Lama sudah kita tak bercakap dari hati ke hati
Atau dari skype ke skype
sesejak aku di'Puan'kan
dan kau adalah saksi yg duduk bersama aku pada malam itu
sama2 berteka-teki apa yg tok kadi tengah buat dengan laki aku
senyap semacam sampai aku hilang debor lalu lapor
tapi habis majlis aku masih tak makan
dan kita pun ketiduran beramai2 di rumah bridesmaid

Tira,
kau belum lg jujur dengan aku
apa yg kau rasa setelah aku di'Puan'kan
aku tengok kau masih dengan ekspresi muka kegemaran kau
yang di media sosial di viralkan sebagai
resting bitch face syndrome 
padahal hati kau baik
mata kau cantik
senyum kau manis
dan komen kau padu
dan kau pulak yg risau apa nak dibuat selaku pengapit terhormat aku
siap buat research bidang tugas pengapit seminggu sebelum majlis
engineers are well prepared people on earth
saje taknak bg kau mekap. nanti over shadow aku. kasi can aku cantik sehari dua

Tira,
aku harap walau apa pun yg kau rasa pada malam 7/2/2016 itu
bukanlah perasaan yang aneh2
contohnya
kenapa bukan kau pengantinnya?
kenapa tugas pengapit yg kau baca tak seperti realitinya?
maksud aku
jangan jangan jangan dan JANGAN
sesekali kau rasa kau hilang seorang sahabat
seorang sister
seorang penghibur
seorang aku
kerana aku tidak pernah nak hilangnya seorang kau 
walau akhir nanti jasad kita hancur dimamah ulat

Tira,
walaupun aku frust
sebab kau sememangnya tak pernah ingat
 macam mana kita boleh jadi seperti hari ini
tapi aku yakin dan percaya
kau pun sama mcm aku
sedar
yang hubungan kita bukan sekadar kawan
of course in a good way
aku dah kawen pun k
maksud aku
bond kita ni solid
dan molecule dalam solid are held together by the van der Waals forces
dan tentulah kita sejenis solid yang dinamakan crystal
very compact and hard
ahhh
kau yg belajar chemical, kau mesti lg tau

Tira,
walaupun satu hari nanti jika diizinkan Tuhan
kita bergelar nenek
dan mata masih elok
dan tidak ketinggalan dek teknologi
dan tidak dihantar ke rumah orang tua
(kalau pun dihantar, eloklah sebilik)
sudi-sudikanlah diri untuk skype dengan aku lagi
call aku
video call
walau sudah tak cantik rupa aku macam gambar kawen
sebab aku masih nak
dan sentiasa nak
dengar masalah kau
menatap mata cantik kau
melayan merepeknya kau
menangis dan ketawa dengan kau

Tira,
terima kasih
sebab menjadi yang pertama
tanpa menilai mahupun mempersoalkan kisah silam aku
melamar untuk bersama susah senang aku
hingga ke Sorga, insyaAllah
Nasib baik aku tak reject kau sebagaimana kau reject ....
Saja aku rahsiakan namanya
hahahahahahaha
Aku masih simpan hokayyyy
cekelat yang dah expired beserta surat lamaran kau
yang malu2 tapi mahu itu
bertarikh 7 tahun lalu
yang buat hati aku bergetar
kerana masih ada yang ikhlas
menerima aku dan menghulurkan salam persahabatan
yang aku sungguh bersyukur kepada Tuhan
akan aku pegang kemas hingga kita berjiran di Syurga yang Tuhan janjikan
tapi pastikan kita tak tinggal solat dan tak melakukan maksiat k
Taat kepada suami (ni aku), hormat mak ayah, puasa di bulan Ramadon
menutup aurat dan sila rujuk buku tauhid/ ibadat/ fardhu ain utk lain2

Tira,
Masih kau ingat plan kita nak bercuti berdua sebelum aku kawen?
Aduhhhh
Aku masih ralat sebab kita tak dapat realisasikannya
Setiap kali kau balik cuti, kita dah macam laki bini
Bergilir bermalam di rumah masing-masing
Walau satu di selatan, satu di pantai timur
Siapa kata selatan dan pantai timur x boleh bersatu?
Sebab suami dan sahabat aku
ber'IC'kan -11-
moga anak2 aku nanti -O1- atau -71- saje
kahkahkahkahkahkah

Tira,
aku sayang kau lillahi Ta'ala
dan aku akn sentiasa sayangkan kau
do text me
and bila2 ada masa, kita skype k
yang penting bukan weekend 
sebab weekend asbeng dah book
hahahaha
take care awekss manis
andai dipanjangkan umur dan jodoh
kita jumpa lagi


Tira,
selamat meneruskan perjuangan di bumi kengruuu
dari dulu aku kirim kengruuu
tak dapat2
doakan aku
berpeluang seperti kau dan arep
untuk jejak kaki menimba ilmu dan pengalaman
di samping mencuri sekor kengruu
penghujung tahun ini
aminnnnn
Moga sempat kita berjumpa di sana
Kau kan dah kata nak kerja kutip epal atau mencuci pinggan
sambil menjaga baby aku
kot2 aku terbersalin kat sana tanpa suami di sisi
Kau lah auntieyyy yang paling dipercayai
hahahahaha
kemain tinggi mimpi
padahal aku masih memaksa diri menyiapkan
recommendations letter
dasar tak sedar diri

Tira,
Antara bahasa dan kimia
di mana kita?
Aku mmg teruk cari tajuk
sebab tu tesis sampai tiga kali tukar tajuk
Semua ni kerja Tuhan, Tira
Walaupun dari dulu lagi kita sendiri pelik
Macam mana kita boleh get along completely well
adalah satu misteri
sebab dua dunia kita berbeza
dan aku pun tak pernah sangka kita boleh serasi
Kau rajin hafal formula sambil hadap dinding
Aku rajin jugak tido dalam kelas
Kau pandai dapat stret A boleh fly
Aku pandai jugak bercakap sampai terjadi cikgu
Kau cool gila
Aku serabut ya ampunnnnn
Kau x mekap pun cantik
Aku ni comot siap eyebag berkilo
Tapi kita peduli apa kan kan kan kan

Tira,
You can always count on me like 1 2 3
senang kan?
lagi senang daripada formula entah apa2 kau kena hafal tu
jaga diri aweksss manis
eh, kita tak pernah gaduh kan?
aku taknak hokayyy gado ngan kau
sakitnya tuhhh di sini di dalam hatiku nanti
gaduh2 manja mungkin
merajuk dalam diam
i'm so sorry sweetheart if i hurt your feeling...tanpa sengaja
kita manusia yg pasti akan tersakiti, menyakiti, disakiti
tadaaa~ ni lah hadiah yg aku janjikan. specialkan? sbb kau je ade gambar dengan aku mcm ni
photo by : yusni musa

Comments