From IUCD to Implanon

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Hai, gaisss!
Wazzup wazzup~
Lama tak update.
Tak sempat diknonnnnn.
Anak baru dua tp sibuk mengalahkan pengurus pasukan bola sepak.

Ok, kali ni nak share pengalaman pasang perancang keluarga.
Sis buat di HUKM.
After 3 bulan bersalin, follow up dgn Prof Azurah kt UKMSC.
Dia suggest buat dgn dia di klinik bawah (HUKM) sebab lagi murah.
So, terus set the date which was two months later.
Memang sis dah nekad nak pasang IUCD.
Husband pun okay.
Lantaklah orang kata ngilu ke apa ke.
Sis rasa IUCD paling selamat sebab tak kacau hormon.
Dan paling penting, takde cucuk2 jarum.

Prof sarankan untuk pasang dalam tempoh 6 bulan pertama lepas bersalin.
Sebab masa tu kita ada perancang kehamilan semula jadi.
Means, 6 bulan pertama tu hormon bantu elak pregnant.
Lepas 6 bulan, anak dah start makan, even kita tak period -
kita subur.
Hat ni ramai silap sbb ingat tak period tu takkan mengandung la bila bersama suami.
Sis pun baru tau masa set date dulu.
Dahlah lepas bersalinkan Khalid dulu mmg tak period
sampai Khalid stop BF umur 1 tahun 10 bulan.

Actually, first appointment tu cancel sebab Prof outstation.
Hari ni tarikh baru yg dah book since January k.
Awal pagi sampai HUKM.
Ramai dah.
Nasib baik kt kad appointment dah tulis siap2 under Prof Azurah.
Dapat nombor awal.
Nombor pun cantik.
Tarikh birthday k
Dah daftar, pergi ambil slip ubat (iucd) di farmasi O&G, 
then kena beli pulak IUCD tu di farmasi PPUKM.
Jauh nokkksss berjalan hujung ke hujung.
RM60 sahaja harganya.
Then, nurse terus panggil masuk.
Oh, buat UPT dulu nak pastikan negatif ya.
Berdebar dah masa ni.
Deborrr la kot mengandung kannn.
Khaulah baru 6 bulan noksss.

Prof Azurah kata nak check laluan dulu.
So, kotak IUCD tu tak bukak lagilah.
Sakit?
Ngilu n senak jugaklah.
Pernah buat pap smear?
Haaa, gitulah rasanya.


Dalam tiga minit tu tengok Prof berkerut.
Huk alohhhh. Bakpo loniiii.
Prof kata, rahim dah tutup rapat jadi tak boleh masuk semua.
Ada possibility untuk keluar.
Prof kata if dia push lagi, takut masuk dalam rahim pulak.
Sis pun baru tahu rupanya ada orang yang tak sesuai dgn IUCD.
Ke sis sorang je?
Wuuuuuuu~

Prof tanya nak cuba kaedah lain x?
Dia suggest implant lah.
Sis masa tu fikir macam2 sebab baca orang pakai implant itu ini.
At the same time, malas jugak nak set balik appointment, datang lg hospital.
Sis pun, onzzz je lah.
Keluar balik gi farmasi, pulangkan IUCD, beli implanon.
From RM60 to RM349.40
Siap tekan kalkulator oiiiii sebelah ATM sbb tu je baki gaji bulan ni.

Dengan rasa sendu, berjalanlan sis masuk semula ke bilik doktor.
Cuak balik tgk jarum nak cucuk tu.
Mengapa wanita harussss melalui semua ini selepas bertarung nyawa bersalinnnnnnn.
Prof suruh rilekssss je. Jangan keraskan tangan.

Prof duk sapu2 liquid kaler coklat gelap atas lengan.
Antiseptik ke alkohol ke tak tau lah.
Then, kena bius.
Dua tempat kena bius.
Sakit la kena cucuk.
Tambah pulak sis memang anti cucuk2 ni.
Amek darah hujung jari je pun nak nangis.

Next, Prof tunjuk satu pisau toreh kecikkkkk je.
Prof cucuk sikit kt bahagian tak bius.
"Sini sakitkan?"
Then, cucuk sikit yang dah bius
"Sini sakit tak?"
"Tak sangat"
KONFIDEN KAUUUU

Dengan lafaz bismillah,
Prof pun toreh la lengan sis.
Seram kannnn.
Sis peratiiiii je.
Tak tahulah besar mana tebal mana tp dalam seminit jugak kena toreh.
Lastly, prof cucuk masuk implanon tu guna satu mende sis tengok mcm stapler.
Cuak gak masa tengok tu.
Then, Prof balut terus sbb beliau tak jahit ke gam ke.
Prof cakap saiznye lebih kurang saiz mancis je.
Tak tanya pulak sebatang mancis ke sekotak mancis.


Sakit ke tak?
Mesti korang tertanya-tanya kannnnn.
Ibu2, anda telah berjaya mengatasi sakitnya bersalin -
sudah pasti sakit2 lain hanyalah ibarat gigitan semut api sahaja.
Kahkahkahkahkah
Tak sakit lah setakat ni.
Tak tahulah esok.
Cuma kalau tekan sikit tempat implant tu,
rasa macam tekan bengkak la sakitnya.

Sis tanyalah Prof apa kesan jangka masa panjang.
Prof kata, biasanya tambah berat.
"Tapi, awak tambah 3kg pun takpe. Haluss ni"
3 tahun 3kg takpe Prof.
Sekali makan naik 3kg, nayaaaa~
Kena join husband jogging sbelum subuh sambil dukung anak2.
Then, ada orang akan ada spotting.
Ada yang period lebih hari sikit.
Ada yang tak period langsung.
Other than that, should be fine je.

Sis pun okay kan je lah.
Benda dah masuk pun.
Lepas 3 tahun, perlulah keluarkan semula ya.
Siap dapat reminder card tarikh luput.
Berehat sekejap ye
That's all.
Oh ye, even ada GL kerajaan,
harga implanon/ IUCD dan charge pasang implanon ni tak cover ye.
Tadi harga implanon + charge pasang 
RM349.40 + RM 150 = RM 499.40
Rasanya, mana2 hospital kerajaan dan LPPKN lebih kurang ini harganya.
Swasta mungkin mahal lagi sbb UKMSC pun pakej dia dah RM600
Ni pakej di UKMSC
Ramai jugak yg tanya kenapa tak planning sendiri je sbb sebelum ni planning sendiri.
Sis nak rehat 3 tahun sbb tgh sambung study.
Nak rehat tanpa risau.
Sebelum ni plan sendiri, Alhamdulillah berjaya.
Cuma ada masa risau jugaklah.

Ada yang kata takpe muda lagi setahun satu orang anak.
Ewah2 kau pun tak kawen lagi, ada hati nak suruh orang beranak setahun sekali.
Ingat beranak tu mcm bertelur?
Sis ni banyak masa PJJ dgn husband sbb tuntutan kerja.
So, family planning is a must.
Husband pun faham.
If dah plan, Tuhan nak beri jugak, rezeki.
Bukan kau tak plan pastu kata rezeki pastu anak2 terabai.
Tapi Prof cakap, tak pernah lg setakat ni beliau jumpa 
yg implanon ada yang mengandung.

Sekian, dari saya.
Selamat merancang uollssss.
Apeni cafe spital jual benda manis dan sedap ini


Comments