Bersalin di UKM Specialist Centre

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

How many of you sedar akan kewujudan UKMSC?
UKM Specialist Centre.
To those yang baru first time dengar,
atau pernah dengar tapi tak pasti di mana,
hari ni sis akan share pengalaman check up & bersalin di UKMSC
Mungkin yang duduk area Cheras biasa nampak iklan beso gedabak ini.


 ALERT : gambar yang tak berapa jelas boleh klik untuk imej lebih besar

UKMS ni secara ringkasnya - di bawah HUKM
tetapi telah diswastakan menjadikan ia separa swasta.
It is a private wing / private medical centre
Yang terletak di Tingkat 7 HUKM a.k.a
Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras, KL
 
Jumpa pintu ni, anda di jalan yang benarrrrrr
Di UKMSC, ada banyaaaakkkk specialist for you to choose.
One of them is O&G .
Disebabkan anak kedua ni Tuan Suami bersungguh nak Puan Isteri dia ni bersalin di KL,
Sis request nak private memandangkan company suami ada cover utk kos bersalin isteri.
Hahahahahahahaha bila lagi nak kerah company punya duit sebagaimana company kerah tenaga Tuan Suami tak cukup 24/7 .

Apa beza HUKM & UKMSC?
Ok, sis bercerita ni dari aspek nak bersalin termasuk rutin check up ye.
Bezanya, UKMSC ni berbayar dan tak boleh guna GL Kerajaan.
Bila berbayar, sis boleh book Pakar yang sis nak untuk assist sis sepanjang pregnancy, bersalin dan after bersalin.
If HUKM, kita hanya book tempat untuk bersalin tp Doc kita tak boleh pilih siapa. 
HUKM tak terima patient yg bersalin tp tak book dengan depaaaa~
Mungkin boleh request Doc perempuan cuma tengok availability sewaktu kita nak teran tu siapa yang ada lah.
Takkanlahhhh sorang Doc perempuan nak assist sampai 5 mak serentak kannnnn.
Dan kalau kena Doc pelatih je yg ada untuk jahit luka, hadap sajalah.

Persamaan HUKM & UKMSC?
Selain berada di alamat yang sama,
Nak bersalin di sini, dua2 kena book dan at least 3x check up 
Bersalin still di LR HUKM

Next, macam mana nak register di UKMSC?
First, sis bukak buku pink di KK berdekatan.
Sebab nak berpantang seminggu di KL, nak nurse KK datang, 
kenalah buka buku pink.
Takde masalah uoolsss nak bukak buku di UKMSC terus if takde plan nak nurse datang rumah.
Ape2 pun, buku pink is dokumen pentinglah utk yang nak bersalin di hospital kerajaan dan mendapatkan khidmat Jururawat Masyarakat selepas bersalin.

Dah ada buku, dah ada EDD, boleh call UKMSC.
Sis call berpuluh kali, berhari-hari tak berangkat.
Lastly, cakap dengan husband “Jom kita terjah je”
So, kami pun terus ke UKMSC. Daftar di bahagian pendaftaran Tingkat 7 lah.
Bergantung pada lif mana uollss naik, uollss kena tengok papan tanda ke arah KLINIK PAKAR UKMSC.


How to book your favorite Specialist?
Masa kita register, dia akan terus bagi kita pilih Doc. 
Sebab sis dah buat research, sis dah tahulah nak Doc yang mana.
Sis book Prof Dr Nur Azurah Abd Ghani.
Ada ramai lagi pakar O&G , lelaki dan perempuan.
Yang perempuan tak ramai. Ada tiga orang tak silap.
ALERT:  haruslah cepat2 book sebab kalau patient depa dah full, kenalah amek pakar lelaki.

Kaunter Pendaftaran
Bila kita book, bukan kita akan terus dapat jumpa Doc hari itu ye.
Sis punya EDD 5/9. Sis book pada bulan Mac.
Appointment paling awal sis dapat is on May.
Sebab tu je tarikh yang Prof Azurah free.
ALERT: book awal or you will only see the doc sekali je then bersalin.

Untuk booking appointment, tiada bayaran.
First appointment, perlu bayar RM300.
Next appointment, perlu bayar RM150.
Actually RM168 but they take RM150 as deposit dulu, then lepas check up, tambah lg RM18.
Dan aka nada pertambahan kos jika ada buat lab test extra ke CTG ke Scan ke apa2 yang add on lah.
So, make sure tanya betul2 pada Doc if next appointment ada benda lain selain consultation supaya dapat prepare extra moneyyyy.
Detailed Scan ni Doc akan suggest untuk buat tp terpulanglah uollss nak ke tak.
Masa sis buat, it costs RM160. Tahun2 mendatang tak pastilah ye.
Kos perubatan ni makin lama makin bertambah.

Berapa kos bersalin di UKMSC?
Boleh tengok gambar pamphlet di bawah. Ini bagi tahun 2019 ye.
Next year dan akan datang, tak tahulah.


Check up di KK macam biasa dan datang ke UKMSC based on tarikh appointment yang diberi.
Setiap kali check up, sediakanlah uwangnyaaaa.
Boleh guna GL company atau pay & claim later.
Sis guna pay & claim later.
If appointment pukul 8 pagi, sis galakkan supaya
Sila terpacak jam 7.40 pagi dan terus laju2 beratur di kaunter bila pintu dibuka.
Klinik Prof Azurah buka hari Jumaat sahaja dari 8 am – 12 pm.
Bayangkan, lambat beberapa langkah nak beratur je dah dapat giliran ke-5.
Pakar2 lain sis takt ahu jadual klinik depa. Boleh refer pada staff nurse masa daftar.

Kesimpulan :
Dapatan tarikh EDD. Dapatkan tarikh appointment.
Datang appointment. Sahkan kehadiran di kaunter.
Buat bayaran deposit RM150. Buat urine test & check BP di makmal.
Tunggu nama anda dipanggil.
Kalau giliran tu yang ke 10 dan ke atas,
eloklah pi turun makan kt café dulu sebelum mereput menjadi rangka berangin.
Lepas consultation, tunggu nurse panggil utk serah kad next appointment,
Tunggu nama dipanggil untuk bayar baki bil then bolehlah cepat2 balik bayar parking.

Apa lagi privilege mendapatkan rawatan di UKMSC ni?
Anda layak untuk duduk di wad khas di Tingkat 7 ini.
Wad 2 katil atau wad 1 katil atau wad VIP.
Of course la bayarannya berbeda ya Tuan Puan.
If plan nak husband atau family members teman bermalam, wad khas ni kira very convenient la. Privacy gituhhhh.




Sis pilih bilik single deluxe. Actually, dapat.
Sebenarnya nak Junior Suite sbb ada sofa bed & fridge. 
Tapi agaknya tak ada kekosongan, dia bagi single deluxe.
Sebelum warded tu, staff ada call untuk request GL from company punya insurance la.
Then, masa nak warded, kena bayar RM300 as deposit.
Dapat Wad Baldu. Best. Rasa nak tambah satu malam lagi tp over the budget puleekkssss.
Kahkahkahkah

Makanan?
Bagi sis, okay je. Sedap.
Sirloin steak with parsnip mash.
Barramundi with roasted fennel.
Miso Salmon in spicy broth.
Mango chicken curry with cauliflower rice.
Tipu jeeeeee. 
Kau ingat ni My Kitchen Rules????
Dia bagi list menu untuk kita pilih sebenarnya.
Tapi dalam kes sis, dah discharged baru sis tahu.
Rupanya, masa list tu sampai sis tengah mandi.
Sebab nak cepat, husband cakap “Apa2 je laaaaa”
Ceh, siapa yg beranak ni?
Melepas nak pilih makanan sedap2.


Untuk kes bersalin, sis still bersalin di LR HUKM.
Cuma, specialnya ialah Prof Azurah sahaja yang boleh assist masa delivery.
Doc lain tak boleh. They can only help for normal procedure mcm check bukaan, masukkan antbiotik ke. 
Itupun they have to call the main Doc first sbb kita dah book dan dibawah tanggungjwab pakar yang kita pilih.
Kecuali Prof tiba2 ada emergency or di luar kawasan, beliau akan maklumkan kepada kita dan serahkan kepada Pakar yang lain.
Macam kes sis, Prof ada beritahu tarikh bila dia outstation.
So, if sis bersalin on that date, dia beritahu dah nama pakar lain yang akan ambil alih which is pakar perempuan lah yang diutamakan.
Alhamdulillah, baby keluar awal. Dia pun nak jumpa Prof agaknya.
Hehehehehe

Kenapa sis pilih Prof Azurah?
Sebab dapat feedback daripada ex-patients beliau betapa bagussssssnye beliau.
Sangat keibuan ye. Lembut je suara. Rasa terbuai-buai dengar.
Tenang je orangnya. Tenang macam mana tu ada dalam entry INI.
Staff di UKMSC pun sangat friendly dan helpful.
Pantas dan cergas gitu.
Cuma masa nak ambil last bill tu yang agak lama tunggu.
Because they need all the info to calculate the final bill.
Yelah RM150 tu deposit je as I said.
Tambahan2 masa consultant tu yang akan ditambah dalam last bill tu nanti.

Sekian, itu sahaja berkenaan UKMSC.
I will definitely recommend UKMSC to those yang mencari hospital swasta with a minimum budget but excellent service.
Hey, retis pun ada bersalin sini hokayyyy.

Finally, berapa total kos bersalin + bilik + lain2 ?
Boleh tengok final bill di bawah.
Ni pun sis tak amek epidural. Kalau amek, maybe adalah tambahan.
Company cover 4K. So, balance tu kena bayar sendiri.
Sebab dah letak deposit bilik RM300, tolak kat situ je lah dan dapat balik balance.



Apa-apa pun, ikutlah keperluan masing-masing.
As I said earlier, sebab company suami bekerja ada bagi coverage untuk isteri2 staff and staff prempuan bersalin,
Inilah peluang untuk sis gunakan.
Bukan hari2 bersalin ye dak?
If uoolsss pun dalam situasi seperti sis, gunakan sebaiknya.
If uoolss ada bajet sendiri, untuk dapat pengalaman at least sekali bersalin di swasta, silakan.
If uoolss mampu tapi nak bersalin di GH pun, tiada masalah.
As long as the baby and mak, are safe and healthy.
Prinsipnya, if you pay more, you will get more J
But still, GH also provide the best service as they can to make sure we are healthy and happy.
Sis anak first pun di GH je. Boleh guna GL penjawat awam.
The choices are yours !
Semoga dipermudahkan urusan bersalin :) 
 
Dapat goodies. Ok, gambar ketiga tu toiletries free dalam ward.
Gambar keempat tu hadiah sbb Baby Merdeka !
 FB : UKMSC
Website : UKMSC 

Comments

  1. jika bersalin anak tidak sah taraf macam mana yea... adakah pihak jkm akan gangu

    ReplyDelete
  2. Salam. Terjumpa blog sbb tgh search info if nk bersalin dkt UKMSC sbb mmg duduk blkg ctu jek 😅. Sy dah 23wks & checkup sy semua buat di private clinic yg ada buku pink sendiri (1st baby). Boleh ke register kt UKMSC dgn buku pink tu? Rasa lewat plak register sbb tgk u register awal. Huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, Ya Allah, anak you mesti dah 2 tahun kan the moment I reply ni huhuhu sooo sorry. Actually boleh je dah ada buku pink utk book di sana. Cuma date utk jumpa specialist tu, depends pd bila paling awal dia free. Hopefully membantu walau terlewat :)

      Delete

Post a Comment