Cikgu, Tak Fahamlah
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Minggu Peperiksaan Akhir Tahun
Matematik
M1: Cikgu, permudahkan tu macam mana?
C: Permudahkan tu kecikkan lagi pecahan tu.
M1: Tak faham, cikgu.
C: Cari sifir berapa ada dua2 nombor pada pecahan tu. 5 dan 10. Sifir berapa?
M1: Sifir dua, cikgu.
C: Haaaaaa tunjuk sikit tang mana ada 5 kt sifir dua?
M1: *tunjuk sifir yang disalin* Ni, cikgu. 5 x 2.
C : *adakah ini balasan aku fail matematik dulu?*
----------------------------------------------------------------
M1: Cikgu, ni 8x6 macam mana?
C: Darabkan je. Dapatlah jawapannya.
M1: Sifir berapa, cikgu? Sifir 6 ke 8?
C: Dua-dua pun boleh.
M1: Tak fahamlah, cikgu. Pening. Sifir berapa ni?
M1: Cikgu, nafas tu apa?
C : Haaa? Nafas? Soalan mana tu?
M1: Ni, sebab mandi wajib. Darah nafas tu darah apa?
C : Rasa nak berdarah nafas cikgu ni! Nifas laaaaaa!!!
Urus Diri
M2 : Cikgu, ada beza zakar dengan kerandut zakar?
C : ......... bezalah.
M2 : Apa yang bezanya? Dua2 ada zakar.
M1 : Cikgu, kerandut zakar tu apa?
C : Eh, awak pun tak tahu? Nak cikgu tunjuk ke? Kira jawapan tu.
M1 : Tak tak tak, cikgu. Tak tahulah cikgu. Belajar bulan empat dulu.
C : Tak kisahlah bulan berapa awak belajar tapi takkan ada dengan awak sebulan tu aje?
M1 : ........peninglah, cikgu. Tak faham. Tak tahu
Pendidikan Seni
M1: Cikgu, macam mana eja cekelat? Warna cekelat.
C: C O K L A T
M1: Ni bunyi coklat, cikgu. Bukan cekelat.
C: *ampunkan dosaku, Tuhanku*
M1: *Tunjuk gambar rama2* Cikgu, simetri tu macam mana?
C: Simetri tu seimbang. Apa ada kt sebelah kanan, sebelah kiri pun sama.
M1: Tak faham, cikgu.
C: Kalau cikgu cakap lebih, kira jawapan tu. Awak tengok gambar rama2 tu, pelik tak? Cacat tak? Macam mana nak lukis bagi corak dia sama?
M1: Ooooo ....*hias sebelah sayap dengan pelbagai corak yang tak sama*
-----------------------
M1 ialah murid yang sama dan C ialah cikgu yang migrain ini.
Comments
Post a Comment