Satu. Dua. Dua Enam.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Bulan ini bulan cinta
Bulan ini bulan kita
Biaskan cahaya kasih
Pancarkan cinta yang suci
Satu dan dua rasa di hati

Haaa gitu. Lama tak update terus dangdut.
Mohon berzikir beramai-ramai.


Alhamdulillah. Alhamdulillah.
7 Feb yang lalu, genaplah dua tahun jadi isteri.
15 Februari pulak, genap Matlid setahun.
20 Februari pulak, genaplah umur yang Tuhan pinjamkan ini 26 tahun.
These are reasons, February means so much to me!

Dua tahun jadi isteri dan setahun jadi Dibu kepada Matlid.
Actually dah jd ibu tu sejak Matlid lepak dalam rahim.
Banyak bendalah berubah.
Berpusing semua 360 darjah.
Sebelum ada Matlid, acah2 isteri sweet.
Ada Matlid je, nak acah2 rajin pun tak sempat.

Bila masuk tahun kedua ni,
gurau kasar pun selamba je.
Bukan kasar tahap mintak penampar.
Tapi dalam gurau tu ade nasihat atau teguran.
Jadi taklah terasa sangat.
Contohnya :
"Abang tak keje ea hari ni? Patutlah tak ada stokin sayang kena kutip hari ni"
Haaaa...faham tak faham tak?
Atau...
" Sedapnya sayang masak. Tapi lagi best kalau sayang belajar pelbagaikan lagi lauk"
Wah, begitu indah bahasa tegurannya!

Hari-hari isteri masak tu perkara biasa.
Tapi ada hari isteri ni penat sangat.
Perempuan ni memang ngada2.
Bila emosi dia penat, stress, tertekan sikit,
dia punya letih tu macam baru lepas lari keliling globe.
So, husband pun akan volunteer untuk masak dinner.
Weekend pun kadang dia offer untuk masak.
Bila husband dah offer nak masak, I pun kemaslah rumah.
Guys, belajarlah menjadi suami yang rajin membantu
isteri di rumah sekalipun cuma basuh pinggan.

Senang kata, tahun kedua ni kami belajar tolak-ansur.
Belajar untuk build team yang kuat.
Lagi-lagi team dah tambah lagi sorang hero.
By this year, kita dah tahu kelemahan dan kekuatan masing2.
Macam husband dia lemah betul bab ngemas. So dia masak.
Macam I, kurang sikit daripada husband bab masak.
So, I kemas rumah. Dan masak jugak. Kahkahkahkah.
Husband tak gemo lah nak lipat2 baju ni.
I lipat baju sebakul pun hokayyy je.
So, dia tolong iron baju sekolah dan baju keje dia.
Husband selalu pura2 terkejut tau kalau tiba2 isteri dia ni gosok baju sendiri.
Lagi dia rasa nak pengsan kalau isteri dia ni gosokkan baju dia.
Kurang asam. Hahahahahaha.
Bila jadi isteri ni, otometiknye kau ada scanner kt mata.
"Sayang! Nampak spec abang tak?"
"Ada kt rak Matlid atas sekali"
"Sayanggggg, mana periuk bulat tu? Tak ada pun"
"Cuba tengok kt laci bawah tu"
"Sayangggg, mana tukul besi?"
" Cuba tengok kt tepi kaunter dapur tu"
Okay. Apa yang menakjubkan dalam situasi2 di atas ialah:
Dia tak cari pun gaisss barang2 tu.
Dia cuma test vokal je entah dari mana2 sudut kt rumah tu.
Dan sebagai isteri dambaan suami,
sambil berak pun kau boleh nampak kt mana semua benda2 tu.
Silap2, siap koordinat lokasilah boleh bagi sambil tidur.
Masa nilah nak kagum dengan diri sendiri.
Tapi bila balik kampung, kau tetap
"Mak, kat mana ea tutup tupperware?"
Kahkahkahkahkah
Mak jugak yang power.

Then, our second year ni ada hero cilik.
The happiness is bundle. The trouble is double.
Hahahahaha
Memandangkan kami dua-dua kerja, dan sejak2 ada hero kecil ni,
memang tak dinafikan kepenatan tu berganda.
Tapi tak bolehlah nak compare kerja siapa lagi penat
even ada masa tu nampak sangat kat muka tertulis -
"Penat wehhh. Boleh tak faham? Boleh tak taknak buat ape2?
Boleh tak nak tidur je?"
Mula2 selalu jugak asyik tak puas hati je sebab
masing-masing penat dan first time jaga baby.
Matlid ni pulak adalah seorang bayi yang rasakan tidur itu satu
aktiviti yang membuang masa dan tak produktif.
Why Matlid Why??? Tidur itu nikmat yakmat.

Dibu ingatkan bak kata orang sekeliling
"6 bulan pertama" je,
Rupanya dah setahun ni,
makin produktif, kreatif, inovatif pulak dia.
3 bulan pertama, biasalah dia terbangun nak susu atau pampers penuh.
Masuk 6 bulan dia punya nak tidur tu
 kena dukung sambil marhaban.
Bukan biasa2 gaya marhaban diri tegak tangan genggam di perut ye.
Marhaban Matlid ni Dibu kena dukung sambil ngempengkan susukan dia,
pusinglah satu rumah sampai dia tidur.
Kau ghase?
Nasib baik masuk 10 bulan tak gitu dah.
Tapi masih susah jugak nak tidur.
Dah tidur tu tak boleh ada bunyilah. Hatta semut bersin sekali pun.
Kite ni punyalah macam ninja dengan jutsu tanpa bunyi.
Tapi  Papa dia - "Pranggggg" !!!
Amek pinggan kt dapur macam amek baju kt almari,
terus tarik takde alihkan dulu yang atas2
Sekarang jadual tidur Matlid kalau siang biasanya dah fixed.
Malam biasanya janji2 palsu.
Selain daripada mempunyai superpower
 tangkap anak jatuh guna hujung kaki,
kau jugak akan develop kepantasan membuat kerja2 rumah
dan mengurus diri sendiri masa anak tidur.
Walaupun ngantuk, settle weyhhh.
Dan bila nak rehat, anak pun bangun. Kuangkuangkuang.
Ada mak2 yang lagi power.
Sambil make up sambil dukung anak.
Fuhhh. Salute sama lu, sis.

Kalau Matlid mengambil keputusan untuk
 tidak tidur malam?
Papa tidoq dulu. Pukul 2 Dibu pulak tidoq.
Sebab pukul 6 Dibu kena bangun dah siap2 nak pergi sekolah.
Matlid ni pantang tengok Dibu dia baring tak layan dia main.
Memang dari jauh dia merangkak laju2,
hempaplah sekeping Dibu ni.
Even masa shift Papa berjaga pun, Dibu sampai kena sembunyi2
pergi masuk bilik lain nak tidur.
Kalau dia nampak, dia kejar gaisss.
Bila tertidur masa shift, mesti terjaga kalau dia tak usik Dibu.
Confirm. Adalah projek dia dalam diam.
Kadang dia teraburkan biskut dalam tin.
Kadang dia teraburkan pampers atas muka Dibu.
Dengan Papa dia elok pulak dia main.
Dan Matlid sangat cepat bosan.
Buat lawak dengan dia 3 kali maksimum.
Lepas tu dia tak layan dah.
Dengan toys pun sama.
Habis 5 minit dia pegang, dia baling, dia bosan, dia merengek.

Alhamdulillah, Dibu syukur sangat sebab husband
sangat membantu bila di ada kt rumah.
Pagi2 dia hantar Matlid g rumah pengasuh.
Sejak2 duduk dekat dengan pengasuh ni.
Sebelum pindah rumah dulu, confirm Dibu yang hantar sebab one way ke sekolah.
Sekarang jalan kaki je 5 minit dah sampai.
So, selagi Papa larat dia akan hantar.
Taklah Dibu kelam-kabut pagi2 tu.
Balik kerja kalau tak lewat sangat, Papa akan mandikan Matlid.
Actually, bapak2 sila rajin mandikan anak.
Sebab ni bonding time yang boleh bapak2 curi
selepas anak lebih 12 jam melekat dengan mak2 ye.
Pampers memalam buta pun Papa tukarkan.
Bab pakaikan baju dengan bagi Matlid makan je Papa liat sikit.
Sebab Matlid ni suka buat Tour de Langkasukahatidia
sekitar rumah masa nak makan dengan pakai baju.
Papa malas nak kejar hahahahaha
Maka, bersilatlah Dibu nak settle kan Matlid.


Bila Papa kena offshore,
memang Dibulah makhluk paling kalut dalam dunia.
Pukul 5 pagi mandi dah. Tak boeh pukul 6.15 macam selalu.
Kena siap sebelum Matlid bangun.
Kalau dia tak bangun pun kena siap jugak.
Sebab pukul 7 nak morning walk dah pergi rumah pengasuh.
Kalau berlambak barang sekolah, balik rumah dulu letak barang,
patah balik amek Matlid.
Kalau pengasuh mesej beritahu Matlid tidur, dapatlah Dibu rehat kejap kt rumah.
Alhamdulillah. Matlid dapat pengasuh yang sangat baik.
Kadang ada hal nak settle, amek lambat pun akak tu okay.
Siap suruh Dibu balik tidur dulu kalau dia tahu malam tu berjaga.
Hantar time cuti pun tak berkira. Takde extra charge pulak tu.
Siap mandikan petang kalau amek lambat.
Rasa anak sepuluh pun nak hantar situ je.
Hahahahahahaha pengsan dulu.

Matlid ni samalah macam budak2 lain.
Semua benda nak telan.
Dibu masih gigih lagi buat sendiri makanan dia
dari first day dia boleh makan solid food.
Dengan harapan beso nanti dalam biodata dia tulis
Makanan kegemaran : Masakan Dibu.
Dan makanan Matlid semuanya berkhasiat.
Dia je makan makanan berkhasiat kt rumah ni.
Dan awal tahun lepas, kitorang dapat detect
dia alergik telur dan apa2 produk tenusu kecuali susu Dibu.
Macam mana tahu?
Sebab try bagi, tak sampai 10 minit habis teruk dia
gatal2 bengkak muka dan batuk2.
Menangis mak nakkkkk

Matlid masih lagi fully BF.
To mom-to-be out there,
kalau ada angan2 nak menyusukan anak sepenuhnya,
galilah ilmu dari sekarang.
Tak perlu tunggu ada anak.
I was a little bit late but I'm not giving up.
I've met moms yang sedih tak dapat fully BF.
Masing-masing ada masalah yang tak dapat dielakkan.
Dibu bersyukur dapat susukan Matlid even ada masa down jugak.
Menyusukan anak ni satu komitmen.
Penat berganda. Pelaburan pun berganda. Makan pun berganda.
Tapi boleh maintain kurus kalau makan dengan betul.
Tapi momen2 menyusukan anak tu memang berharga.
Nak beli pam bukan murah.
Lagi kalau mak2 yang bekerja ni.
Nak pam yang freestyle. Boleh bergerak sambil pam.
Nak beli milk storage. Nak beli nursing cover.  Nursing bra lagi.
Nak beli baju cantik tapi tak boleh sbb tak friendly BF.
 Kalau pkai pam freestyle, nak bra freestyle jugak.
Nursing bag lagi. Pergi kerja macam nak pergi piknik.
Tak nampak orang dah. Nampak beg je penuh.
Nanti setiap part pam kena basuh and sterilize. 
Kalau susu tumpah walau setitik pun rasa nak nangis.


Makan nak kena jaga. Masa tidur nak kena korban.
Nak kena beli peti ais dua pintu.
Ada yang mampu beli freezer terus.
Tu jenis yang memang target simpan stok banyak.
Kitorang ni sampai dua kali beli peti ais sebab nak simpan susu.
Makanan basah kena beli tiga hari sekali sebab nak ruang untuk simpan susu.
Tak boleh stress. Nanti production susu kurang.
Kena try and error milk booster sbb badan kite tak sama.
Ada yang kena beli produk, ada yang makan biasa2 je.
Anyway, Dibu nak promote satu page ni.
InshaAllah, ilmu yang beliau kongsi kalau ikut secara berdisiplin
inshaAllah adalah hasilnya.
Klik page Asiah Maharam

And of course, you MUST talk to your husband
about BF.
Dia kena faham dan dia kena support.
Like I said earlier, BF ni satu komitmen.
Bukan komitmen mak je. Bapaknye pun sama.
Dua2 kena faham dan bersedia untuk commit.
Support daripada husband yang akan push kita untuk teruskan BF
even makcik2 bawang sibuk menumis depan kita.
Alhamdulillah my husband is very supportive.
Akak2 kt sekolah pun faham and support.
Siap tolong coverkan lagi kalau ada budak
nak masuk bilik sumber time Dibu pam susu.
Bila BF anak ni, kau dah jadi mesin smoothies dia.
Masa 6 bulan pertama tertib je dia menyusu.
Matlid masuk 8 bulan je, macam2 style.
Dah macam McD Drive Thru lah Dibu ni.
Kalau boleh dia nak menyusu sambil merangkak.
Bila2 masa di mana jua.
Dan ketakutan abadi seorang ibu ialah
menyusukan anak yang sudah tumbuh gigi.
Allahuakbar!


Matlid ni kuat ngempeng. Bukan nak susu sungguh pun.
Saje nak buat sedap2 dia sebelum tidur.
Kt rumah pengasuh dia okayyy je minum guna botol.
Siap pandai tidur sendiri depan TV.
Tapi bila balik rumah, balik macam baby sebulan.
Tak ngempeng, tak boleh tidur.
Taknak guna botol.
Orang cakap anak yang susu badan ni dia punya clingy
lain maciam sikit. Entahlah. I anak baru sorang.
Seronok jugak bila kita tengok anak kita "tak boleh kita tak ada"
Tapi ada situasi2 tertentu, geram2 je kt budak ni.
Baru masuk toilet dia dah drama depan pintu toilet.
Masuk dapur, dia buat drama depan pagar dapur.
Drama biasa2 tahan lagi. Drama air mata sampai sedak2 tu lemah tu.
Kalau bangun tidur, dia tengok Dibu tak ada,
2 tempat je dia cari.
Toilet. Dapur.
Dibu ingat DIbu boleh sembunyi? Kata Matlid.


Bila dah ada anak ni,
barulah kau akan rasa betapa gagahnya seorang wanita.
Especially mak2 kita yang sampai sekarang masih gagah.
Penat menguruskan rumah ni memang takkan habislah.
Kau baru nak berpesta siap lipat baju sebakul.
Bila nak susun dalam almari, rasa nak menangis 7 purnama
tengok macam ada garuda terbang dalam almari.
Kau pun duduk situ kemas almari pulak.
Rasa nak marah pun tak guna sebab kau jugak yang kena kemaskan.
Takpelah. Sambil lipat tu doa banyak Tuhan mudahkan jalan nak ke syurga.
I okay je sebab husband cakap hari tu
" Sayang masuklah dari mana2 pintu syurga"

Penat yang kita rasa ni takde orang lain fahamlah.
Kecuali kita2 ni.
Mengadu kat suami pun, diorang cuma mampu kesiankan kau je.
Kau nak mengeluh pun mengeluh dalam hati.
Selalu rasa nak "Me Time".
Ada jugak husband suruh keluar dengan kawan-kawan dia jaga Matlid.
Tapi berdasarkan eksperimen lalu,
tak sampai setengah hari Dibu pergi sekolah
Papa hantar video Matlid melalak mintak Dibu balik kejap.
Memang tak dapatlah Dibu ber"Me-Time" buuat menicure
kt MyTown macam Keknis
Sebenarnya dapat tidur 15 minit dengan tenang pun
dah kira "Me Time" lah. Betul tak?


At the end of this post
I would like to thank my husband,
for being a great life partner
and a loving father.
There is no such thing as perfect marriage.
But there is always ways to be happy.
Let us keep up the good teamwork.
Saying I love you is not enough to explain
how much I love you, Dear

To Matlid,
I know it is tough for us now (read : a year)
Sometimes Dibu gets angry
Sometimes Dibu gets upset
Forgive me for not being a good mom
I know you are growing up and
it makes me feel sad and amazing at the same time.
Seeing you smile and having you sleep on my lap,
is precious because another year, I will miss all of that.
I always pray for you
to grow up healthy and humble
and make everyone arround you happy
and proud!


Comments

Post a Comment