R.E.S.O.L.U.S.I 2017

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



Assalamualaikum! Selamat Tahun Baru!
Fuhh...lama jugak tak jenguk2 blog ni.
Sampaikan nak mula menaip pun tak tahu nak mula macam mana.
Apa2 pun, today is the first day of 2017!!!!
Weehuuuuuu~~
So, apakah yang kamurang buat pada hari pertama tahun baru?
Selepas solat subuh, sis terus hapdet (update) blog tawwww
Gicchuuu~

Selamat datang 2017!
Apa khabar 2016?
Sis tengok ramai jugak yang tweet 
"2016 is not a good year. May 2017 brings a lot more happiness"
Okay.
Masalahnya, macam setiap hujung tahun kau tweet gitu.
Janganlah begitu ye. Ce throwback balik sepanjang 2016.
Takkanlah x ada langsung nikmat yang Tuhan bagi tu.
Ada yang mengakhiri 2016 dengan kebahagiaan.
Ada juga yang mengakhiri 2016 dengan air mata kehilangan
insan yang tersayang.
Sama2 kita sedekahkan al-fatihah serta doa buat mereka yang telah pergi buat selamanya~


My 2016?
It was an another awesome year!
Tahun 2016 ialah tahun TRANSISI dlm hidup sis.
Banyak benda berubah.
Banyak benda kena ubah.
Banyak perubahan yang berlaku.
It was also a tough year, yet still amazing getting through it.
Meh nak throwback sikit 
Ada Apa Dengan 2016

1. From Single to Double

Yaaaa...
Inilah perubahan paling besar dalam hidup sis.
Daripada seorang cik kepada seorang puan.
Daripada seorang anak dara kepada isteri orang.
Daripada duduk bawah ketiak mak ayah kepada bawah ketiak suami.
Wahh, perpindahan kelab.
Kahkahkahkah.


2. From Housekeeper to Teacher

Lepas habis degree tu, 
Sis memang stay rumah.
Atas sebab2 tertentu lah.
Sambil2 buat preparation nk sambung study kt Australia katanya.
Di hujung2 persiapan, Tuhan bagi rezeki lain.
Maka, bermulalah langkah pertama sis dalam alam pekerjaan.
Huhuhuhu
Menjadi seorang cikgu, bukanlah benda yang mudah.
Perkara yang paling susah ialah, bangun awal pagi setiap hari
Hahahahahaha
Lagi2 perjalanan ke sekolah tu kena merentasi jem
Menggigil menahan nak terkencing kalau tengok jam pukul 7.18 baru masuk gate sekolah
dan kena thumbprint pukul 7.20 selewatnya~


Next time sis update pasal cerita cikgu2 ni ye.

3. From Kampung to Bandar

Sis daripada kecik2 upin ipin lagi
Memang tak mahu duduk KL
Kemain nak keje dekat2 dengan rumah.
Contohnya keje kedai Maryam.
Keje kedai fotostat Parit Imam.
Keje Cowboy.
Atau pun keje rumah saje2.
Sudah tertulis rezeki Sis ada kt KL.
Di sisi asbeng terchenta.
Maka, dengan penuh drama deraian air mata
Sis pun berhijrah lah ke KL.
Homesick uoolllss~
Syukur suami hado.
Ni jalan2 KL pun naik LRT lagi klau asbeng bz.
Klau drive, mahu asbeng buat report polis sbb sis tak jumpa jalan balik
Benda paling sedih sekali kt sini...
Susah betul nak cari tempat makanan feveret.
Ohh~ Rindunya Batu Pahat di hatiku

4. From Johor to Perak

Raya 2016 ialah raya yang paling lain daripada yang lain
setakat ni.
Kenapa?
Sebab pertama kalinya, 
raya pertama bukan dengan mak ayah
raya pertama bukan di Parit Lapis Mahang
raya pertama tak makan lontong lejen embah Som
raya pertama tak dapat duit raya
~~~~~
Sebab pertama kalinya,
raya pertama dengan asbeng
raya pertama dengan family mertua
raya pertama di Batu Kurau
raya pertama dapat duit raya dari asbeng

A very yemazzzing experience!


5. From Me to Ibu-To-Be

Hahahahahaha
Yang terakhir ni lah
Yang paling unik sekali dalam hidup
untuk 2016 dan sepanjang 24 tahun bernyawa.
Tuhan rezekikan satu lagi nyawa dan amanah.
Rasa macam tak percaya.
Even sampai saat ni pun rasa tak percaya.
Wana nak jadi ibu oiiii!
Hahahahaha
Sis tak tahulah what kind of ibu will I be.
Alhamdulillah
Sepanjang 7 bulan ni x ada komplikasi
atau masalah2 besar.
Mabuk pun tak.
Mengidam tu biasa2 je. Taklah tahap nak makan hidangan Qatar Airways.
Paling2 perlu pun roti kosong mamak BRJ Alam Damai pukul 11.00 malam.
Ditatang bagai minyak yang penuh oleh
suami mak ayah ummi abah cikgu2 PPKI
hihihihihi
Next time lah citer pasal pengalaman pregnancy ni.
Doakan ibu and baby selamat dan sihat ye :)


Done 2016!
5 perubahan yang berlaku sepanjang 2016.
Banyak benda lagi sebenarnya tapi yang ni 
sis rasa yang paling paling paling utama
I also lost my cats.
More than two.
And I miss them a lot

Resolusi 2017

Kepada yang tengah membaca ni...
Apa resolusi 2017 kamurang?
Selepas mengharungi 2016 yang kamurang kata teruk tu.
Ada azam baru?
Atau guna pakai je yang 10 tahun ni?
Hehehehe


Whatever it is,
Sebolehnya,
Buatlah plan strategik, plan taktikal serta plan operasi
untuk tahun 2017
Weeehhuuuu gittuhh~
Sis rasa 2016 ialah tahun untuk sis adjust & adapt dengan banyak benda.
Dan sis mengaku sis kurang produktif kecuali part jadi ibu
Kahkahkahkahkah
Jadi untuk menebus balik segala yang sis plan untk 2016
tapi tak berjaya dilaksanakan,
wujudlah resolusi 2017
Currlassss gittuhh

1. Hubungan dengan Tuhan

Ni sebenarnya setiap hari kena buat.
Sebab apa2 yang berlaku, berbalik kepada agama.
Sis nak perbaiki lagi amalan2 wajib dan tingkatkan yang sunnah :)


2. Hubungan dengan pasangan & keluarga

Disebabkan asbeng takde kt darat,
tak boleh pulak nak buat sesi refleksi 2016.
This part I will keep to myself :)
Yang pasti, sis nak lebih rajin ke dapur mencuba resepi2 baru.
Cuma pertambahannya ialah sebagai ibu nanti.
I don't know what to expect but Sis akan berusaha jadi ibu yang baik.
To my anak, bertabah dan bersabarlah dengan ibu, k?
Sis pernah bagitahu kt asbeng.
Sis nak jadi ibu yang bila anak pergi sekolah, kawan2 dia mesti cakap.
"Weeiii cantik gilerrrrrrr mak kauuuuu"
Kahkahkahkah

3. Hubungan dengan orang sekeliling

Sis nak elakkan diri daripada judge orang lain.
Nak luaskan networking. 
Nak lebih peka & empati dengan isu2 kemanusiaan
Maintaining and keeping those closest to me all this time :)
Yes. Volunteering program is in the list.


4. Kesihatan

Padahal sejak awal2 kahwin plan nak pergi senam every weekend.
Tapi bila dah keje, rasa weekend ni masa untuk tak diganggu
Hahahahaha
But I shall start a healthy life style
Especially dalam bab pemakanan.
Nak anak makan benda2 berkhasiat,
omaknye kenalah mula dulu ye tak?
Plus, senaman2 ringan dan mudah.
Contohnya dukung anak bergilir-gilir.
Macam sukaneka pulak

5. Karier dan kewangan

Sis mengaku 3 bulan pertama jadi cikgu ni,
sis masih tingtong lagi.
Masih tune mood dan lain2 wayar dalam badan ni.
Memang terasa lemau betullah.

Jadi, for 2017.
Dah ada gaji nak kena belajar urus pulak sbb sis memang jenis boros~
Sis nak create something yang meninggalkan impak pada organisasi
especially students.
Nak jadi lebih kreatif dan ceria masa mengajar.
Nak start proposal sambung master which is my lifetime dream.
Jeles tengok junior and kawan2 dah ada yang sambung belajar.
Nak kumpul at least 10k dalam setahun.
Nak start buat modul tadika/centre
Penubuhan "SpEd Rescue Team"
and the list goes down~

6. Self-development

Ini adalah sangat2 perlu ye kamurang.
Takkanlah pe'el tu nak macam tu sepanjang hayat.
Jangan nk guna alasan cliche
"Kau kena terima aku seadanya!"
Yang seadanya tu pun perlukan improvement la.
Sis plan untuk join kursus/bengkel2 kemahiran yang terdekat.
Especially skill yang membantu dalam karier.
Nak focusing more in internal motivation.
Nak perbanyakkan lagi bahan bacaan dan kajian.
Nak banyak senyum & kurangkan mengeluh.
Nak belajar basic make up dan melawo
Ni pakai bedak pun capuk2, lip balm pun comot, eye liner pun mengiggil
hahahahahahahahahahahahaha


7. Hobi ~~

Bila makin besar dan dah kerja ni,
sis sendiri lupa sis ada hobi.
Sebab konon2 terlalu banyak benda nak dikejarkan.
Sampai tak jumpa kepuasan diri.
Sis nak 2017 ni,
sis ada "ME TIME"
gali cari mulakan balik minat membaca tu.
gali cari mulakan balik minat nak bersosial tu.
gali cari mulakan balik passion dalam berprogram.


   

Secara ringkasnya, itulah 7 resolusi 2017 sis :)
Apa2 pun azam atau resolusi 2017 kamurang,
Sis doakan kamurang sudah mula berusaha untuk realisasikannya.
Sungguhpun tak tercapai, sekurangnya kepuasan berusaha itu ada.
Doakan sis jugak ye !
Kepada yang nak kawen, selamat berkahwin.
Kepada yang nak kerja, selamat bekerja.
Kepada yang nak belajar, selamat belajar.
Kepada yang nak kurus, selamat bersenam.
Kepada yang nak jadi mak ayah, selamat berezeki.
Selamat untuk semua !



Ok dah.
Sis nak siapkan RPH ni.
Bahan2 nak mengajar hari pertama ni.
Eh, macam mana nak buat RPH versi KSSM ni?

Comments

  1. Father's Day is celebrated for a special person of the family - father. All the sun and daughter are express love feeling with their dad and make a day extremely special. If you want to celebrate this Father Day with your father, then you need to some Beautiful Fathers Day Images, Fathers day Wallpapers, and Fathers Day GIF. Here we collect best Fathers Day Quotes Images for you. Fathers Day 2017 images Father's Day is celebrated in all over the world on the different days.

    ReplyDelete

Post a Comment