15 Tips : Mak, Kite Nak Kawennnnn
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Sebaik sahaja korang melontarkan kata-kata seperti tajuk di atas,
pasti berdebar jantung kan kan kan
Sama ada mak ayah bertepuk tangan menyanyi riang berjoget lambak,
atau
Mak ayah korang terdiam, ombak menghempas pantai, daun berguguran
Sis dulu rileks je sebab mak yang tanya
"Arep tu ada cakap ke bila nak kawen?"
kahkahkahkahkah
Sis yang terkedu sambil menumbuk belacan sambil terkelip-kelip mata
Bila sis cakap dah je,
terussssss mak bersemangat waja fikir nak buat apa
So, entry kali ni sis nak kongsikan
to-do-list
untuk bakal2 pengantin di luar sana
**Calon2nya ialah.....
2. Sijil Kursus Kahwin before Sijil Nikah
First of all, kenalah ada calon
kahkahkahakahkahkah
Kau cakap nak kawen tapi bayang2 kau pun nak melarikan diri dari kau
Cara2 mencari calon tu, malaslah sis nak kongsikan
Pandai2 kau lah ye~
Sis dah kawen. Kang tercarik pulak calon. Sendiri punya ok lagi.
Tercarikkan calon untuk suami tu perang dunia ketiga nak...heee~
Pastikan calon korang tu berlainan jantina dengan korang ye
Bawak yang sama jantina peluk2 bagai pegang2 tangan meleset tak pasal2
Eloklah disembelih saje oleh mak ayah kau sebelum terlambat
Ape? Takde calon lg? Kecewa?
Takpe takpe takpe. Sis izinkan je korang baca tips seterusnya hokayyy
Lap sikit hingus tu. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor
1. Sediakan Bajet Kahwin 2020Tercarikkan calon untuk suami tu perang dunia ketiga nak...heee~
Pastikan calon korang tu berlainan jantina dengan korang ye
Bawak yang sama jantina peluk2 bagai pegang2 tangan meleset tak pasal2
Eloklah disembelih saje oleh mak ayah kau sebelum terlambat
Ape? Takde calon lg? Kecewa?
Takpe takpe takpe. Sis izinkan je korang baca tips seterusnya hokayyy
Lap sikit hingus tu. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor
Ni lah paling basic nak kena buat
Mula dengan hantaran, kursus kahwin, cincin, baju bridal, photographer, kad jemputan, catering, goodies, kanopi, PA system, kompang, silat, gamelan, caklempong dan segala yang memerlukan duit
Buat anggaran yang sesuai. Kena survey harga semasa barang2 di pasaran.
It is better untuk lebihkan sedikit sebab kita tak tau kot2 ada emergency nak guna duit lebih nanti
Bajet kahwin ni penting. Walaupun tidak melibatkan import eksport negara secara langsung,
inilah guideline korang untuk membeli dan menempah apa2 pakej
Jadi, korang akan pandai untuk berpada-pada menempah itu ini.
Jika total bajet dalam 10k, usahlah menempah pakej itu ini mencecah 1000k
Ukur baju di badan sendiri yeeee
Elakkan hutang sana sini sebab lepas kawen banyak lagi nak pakai duit
Lagi parah kalau yang berhutang tu mak ayah korang~
Sis siap buat tabung kawen since tahun ketiga pengajian sbb masa tu chenta hati dah ajak kawen
Seminggu tu sis masukkan berapa baki ada dlm purse atau ikut ikhlas hati sis
Hahahahahahahaha ada masa skip sbb perut meragam
Alhamdulillah...lepaslah nak buat bayar photographer
Sis siap buat tabung kawen since tahun ketiga pengajian sbb masa tu chenta hati dah ajak kawen
Seminggu tu sis masukkan berapa baki ada dlm purse atau ikut ikhlas hati sis
Hahahahahahahaha ada masa skip sbb perut meragam
Alhamdulillah...lepaslah nak buat bayar photographer
2. Sijil Kursus Kahwin before Sijil Nikah
Sebenarnya pada sis, kursus kahwin ni bila-bila pun boleh pergi asalkan bukan seminggu sebelum nikah.
Kenapa? Nanti sis terangkan sebabnya
Tapi eloklah dibuat awal supaya tidaklah kelam-kabut
Terpulang pada korang nk join yang mana
Anjuran kolej, universiti, persatuan, pejabat agama, NGO
asalkan ia betul kursus kahwin bagi pasangan beragama Islam
bukan kursus menari salsa di hari persandingan
Biasa yang anjuran universiti atau kolej ni harga lebih murah
Biasa yang anjuran universiti atau kolej ni harga lebih murah
Kalau rasa nak pergi dengan pasangan, pun tak ada masalah
Kalau dekat uni, ada yang pergi sendiri. Konon-konon persediaan awal
Ada yang pergi dengan pasangan, lepas konvo kawen dengan pasangan orang lain (eh?)
Ada yang pergi dengan kawan-kawann sebab BFF kan, ke tandas pun kena teman
Yang penting, ilmu dapat dan sijil pun dapat
3. Bila Kendurinya?
Soalan ini adalah popular sejak dari kau akil baligh lagi
Belum UPSR pun Mak Monah sebelah rumah dah nak bermenantukan kau yang spenda pun mak basuhkan lagi
Oleh sebab kali ni betul2 punya nak kawen,
tataplah kalendar, cari dan pilihlah tarikh yang sesuai.
Janganlah ikut suka hati kau je nak pilih.
Tibe2 bagitau minggu depan nak kawen.
Memang kucing je lah yang datang.
Bincang dengan family kau dan family pasangan.
Senang kalau korang dua2 cikgu sebab mesti nak pilih cuti sekolah.
Tapi kalau sorang cikgu, sorang pilot atau sorang jururawat, sorang tentera laut?
This is one of the hardest part.
Kau mesti nak semua kawan2 kau datang tengok kau kawen.
Kawan dari dalam inkubator sampailah sebelah meja opis.
Family pulak nak sedara-mara mesti datang.
Boleh tapi janganlah keterlaluan sebab kalau kau nak semua orang datang, terpaksalah isytihar cuti umum demi hari persandingan kau.
Pilih tarikh yang ahli keluarga, saudara-mara dan rakan terdekat boleh hadir.
Rasa meriah, biasalah cuti sekolah. Rasa nak lengang je, buatlah hari Isnin ke Rabu ke.
Sis special buat Isnin hehehehe sebab cuti raya cina ~ wuhuuuuu
Rancang juga sama ada nak buat nikah dan sanding serentak atau berasingan.
Sis buat asing. Nikah Ahad malam Isnin dan sandingnya hari Isnin tengah hari sebab Isnin pagi ada khatam Quran.
Majlis sambut menantu buat dua minggu kemudian di Pahang.
Kawan2 4th batch emaresem pontian yang semakin rancak membina masjid |
4. Daftar Permohonan Kebenaran Nikah
Sis tak pasti negeri lain macam mana tapi di Johor,
pasangan yang ingin berkahwin perlu daftar permohonan kebenaran nikah
secara online di laman web *e-NCR Johor
Kalau negeri korang secara manual, perlulah ke pejabat agama daerah yang nak nikah tu
Kalau negeri korang secara manual, perlulah ke pejabat agama daerah yang nak nikah tu
Permohonan boleh dibuat seawal 3 bulan sebelum tarikh nikah yang korang dah tetapkan tu.
Awal daripada tu dia tak layan sebab banyak lagi permohonan nak diuruskan urgent.
Sis nikah 7 Februari 2016, so pada 7 November 2015 sis terus mohon.
Sangat tak sabar kan? Bukanlah. Sebab sis ni mudah lupa kalau bertangguh.
Lepas dah isi segala maklumat yang perlu, download borang2 yang ada kat laman web tu
Free je borang2 tu semua ye
Free je borang2 tu semua ye
5. Lengkapkan Dokumen, Tok Kadi & HIV Test
Tengok pada senarai semak yang diberikan melalui laman web.
Then, terus cepat2 settle kan
Jangan bertangguh sebab semua tu perlukan pengesahan
Kalau tak cukup bukan pejabat kadi halang korang kawen tapi kerja jadi lecehlah korang nak ulang alik pejabat agama banyak kali
So, double check triple check atau hari2 check
Korang boleh terus tempah jurunikah sebab dokumen tu pun mmg memerlukan maklumat jurunikah dan saksi
Saksi yang isi borang tak semestinya saksi yang sama masa nikah
Maksudnya, sedara-mara korang boleh jd saksi borang (ade borang utk 2 saksi)
Dan biasanya jurunikah akan sediakan 2 saksi untuk akad nikah (bukan saudara-mara)
Sebab apa? sebab syarat saksi nikah agak ketat dan bukan pakai kaut je sape2
Di Johor, bayaran jurunikah dan saksi ialah RM110
Bila nak bayar? Lepas kau sah bergelar suami dan isteri.
Tak perlulah umumkan sesi pembayaran tu.
Sis masa tu mntak tolong ayah yang bg angpau kt Tok Kadi sebelum beliau berangkat pergi
Bila nak bayar? Lepas kau sah bergelar suami dan isteri.
Tak perlulah umumkan sesi pembayaran tu.
Sis masa tu mntak tolong ayah yang bg angpau kt Tok Kadi sebelum beliau berangkat pergi
Jurunikah ni kenalah tempah awal sebab bukan ko sorang je dia nak nikahkan pd tarikh tu
Masa sis, sebelum sis nikah je tok kadi (bukan tok mudim ye) nikahkah orang dan lambat 30 minit
Lepas nikah, laju2 dia tak sempat makan sebab ada tiga orang lagi nak dinikahkan
Kesian~
This is the second hardest part.
If pasangan korang sama negeri, kerja lebih mudah dan cepat
Tapi mcm sis, pasangan negeri lain.
Sis kena tunggu encik tunang(masa tu) settle kan dokumen beliau di pejabat agama sana
Lepas tu barulah beliau boleh serahkan pada sis dan sis hantar semua ke pejabat agama Batu Pahat
Hantar ke pejabat agama daerah nak menikah tu ye
Jangan kau nak nikah kat Rawang, kau pergi hantar segala dokumen kt Kemaman
Paling lambat hantar semua dokumen adalah 7 hari sebelum tarikh nikah
Sebab tu kursus kawen kena awal sebab semua benda ni nak kena hantar sekali harung
Sebab tu kursus kawen kena awal sebab semua benda ni nak kena hantar sekali harung
Kalau esok nak nikah, baru kau nak hantar
Bolayanlah jawabnya
Toksahlah kau nak update kt fb lalu viralkan cakap orang pejabat agama angkuh dan tak mesra pelanggan sebab kau yang tidak reti mengikut arahan
HIV test ni pun boleh buat 3 bulan sebelum tarikh nikah
Buat di klinik kesihatan kerajaan. Cakap kt kaunter ambil nombor nak buat HIV test dan nurse akan bg borang untuk isi.
Bawak borang yg korang download (ade borang test HIV pjbt agama dan isi jugak borang yang nurse bagi.
Dua2 tu kena anto ke pejabat agama nanti.
Di kaunter pendaftaran pun bgtau nak buat HIV test jadi dia akan terus halakan awak ke bahagian sepatutnya
Jgn jadik mcm sis. Tak tahu kan. Tak cakap pape kt kaunter pendaftaran. Lama gila tunggu.
Masuk bilik rawatan, doktor cakap "Laaa...HIV test bukan kt sini dik. Pergi kaunter semula ye"
Fuhhh malu Ya Tuhan~ doktor laki pulak tu
Buat di klinik kesihatan kerajaan. Cakap kt kaunter ambil nombor nak buat HIV test dan nurse akan bg borang untuk isi.
Bawak borang yg korang download (ade borang test HIV pjbt agama dan isi jugak borang yang nurse bagi.
Dua2 tu kena anto ke pejabat agama nanti.
Di kaunter pendaftaran pun bgtau nak buat HIV test jadi dia akan terus halakan awak ke bahagian sepatutnya
Jgn jadik mcm sis. Tak tahu kan. Tak cakap pape kt kaunter pendaftaran. Lama gila tunggu.
Masuk bilik rawatan, doktor cakap "Laaa...HIV test bukan kt sini dik. Pergi kaunter semula ye"
Fuhhh malu Ya Tuhan~ doktor laki pulak tu
Jangan risau, result boleh dapat on the spot. Tak perlu tunggu sepurnama pun sebab dia buat rapid test
Dia cucuk sikit kt jari amek setitis dan letak kt alat test darah mcm kt sekolah tu
Sis masa tu nurse cadangkan buat test Thalasemia, sooooo~ hmmmm
Selain dicucuk, berkorban la sebotol kecik darah. Huwaaaaaaaa
Alhamdulillah, sihat darah2 sis. Good job, bloodiessss~
Sis cadangakn, korang pun buatlah Thalasemia test ni sebab ia berkaitan dengan darah dan akan ada bagi kesan kepada anak-anak nanti
6. Interview *
Kenapa sis star kan point ni?
Sebab di Johor, bakal pengantin wajib pergi interview dengan pegawai pejabat agama
Bila?
Haaaa...sis nak bagitau ni. Kena interview masa pergi hantar borang tu ye
Kau jgn jadi mcm sis yang tak tahu pape.
Gamble je datang nak hantar dokumen lepas tu pucat lesi tiba2 dia suruh masuk bilik interview
Nasib baik pagi tu daripada plan nk pakai Tshirt dengan tracksuit, sis tukar blouse
Sopanlah sikit dan nampaklah gaya nak kawen tu, bukan budak sekolah
Jika kau ialah seorang perempuan/lelaki Johor, pasangan orang Johor = dua2 pergi hantar dokumen & interview
Jika kau ialah seorang perempuan Johor, pasangan bukan Johor = yang perempuan hantar dokumen & kena interview
Kalau dua-dua bukan Johor = takde kaitan okay kecuali daftar nikah kt negeri itu
Soalan interview?
Ada 7 soalan tapi ikutlah rezeki kau dapat pegawai yang macam mana
Nak soalan bocor lettew. Pergi kursus, nanti dia bg klu. Tak pun kau google je la.
Nak soalan bocor lettew. Pergi kursus, nanti dia bg klu. Tak pun kau google je la.
Mungkin kalau datang sepasang Johor, dia buat full interview
Sis datang sorang, yang interview pun perempuan.
Buat muka kesian sikit hehehehe dia tanya 3 soalan je~ kussssss semangattt
Pakaian? Sama macam pergi kursus kawen.
Perempuan - baju kurung dan bertudung
Lelaki - baju melayu/ kemeja dan bersongkok
Pakaian? Sama macam pergi kursus kawen.
Perempuan - baju kurung dan bertudung
Lelaki - baju melayu/ kemeja dan bersongkok
7. Your Wedding, Your Style
Haaa... ni part paling best
Tetapkan tema hari bahagia anda bersama insan terchenta
Kalau kau ade sepuluh feveret kaler, haaaaa selamat pening kepala nak pilih kaler ape
Biasa yang sibuk tema2 ni si perempuan lah kan
Korang dah dari lepas UPSR dah usha majalah kawen, lepas PMR tengok artis kawen, lepas SPM tengok pulak post2 di FB sampailah ke hari ni
Idea mencurah-curah ke ladang gandum sampai tenggelam kau dengan angan-angan itu
Sis dulu memula nak kaler kuning tp dah buat tunang. Lepas tu nak kaler biru Elsa.
Tengok tahun 2015 ramai pulak tema biru tu. Cancel. Lama fikir.
Keputusannya ~ nikah putih, family pink. Sanding hijau, family purple
Sis cadangkan, korang yang pompuan ni bawak bertenang dan berfikir secara luruscewwaahhhh~
Kalau dah ada dlm bayangan warna pilihan hati, stop google yang lain
Nanti korang berubah hati hahahahaha
Then, bicang dengan family nak buat dekat mana
Rumah, dewan, hotel, pantai, sungai, air terjun, taman, zoo, padang golf
If perlu di book, book la awal2 especially kalau tarikh korang tu tarikh panazzzzz
Tema malam nikah |
Tema sanding |
8. Book Bridal dan Photographer
Well, part ini perlu dan perlu dibuat seawal yang boleh sebaik sahaja dah tetapkan tarikh.
Sebab yang nak kahwin dalam dunia ni bukan kau sorang je
Yang duduk sekampung pun dalam lima enam orang nak kawen apatah lagi satu daerah mahupun negeri
Lagi2 yang tarikh kawen tu tarikh panazzzzz mcm sis, masa cuti raya cina
Lepas mohon online kebenaran kahwin tu, esoknya sis terus menuju ke bridal idaman hati bersama mak sang ratu hati. Gicchuuu~
Sis dah buat survey sejak settle serah tesis kt penyelia hahahahahahahahahahahaha
Haaa~ gitulah. Pastikan tengok pakej yang ada sesuai tak dengan bajet korang
Baca feedback. Kena rajin sikit. Lagi rajin pergi la dari satu butik ke satu butik.
Bila dah pilih bridal, beritahu tema korang dengan jelas. Mudahkan kerja orang bridal tu.
Masa nilah nak realisasikan majlis perkahwinan idaman korang ittew~
Nak pelamin 3D ke 5D ke. Ada bunga raflesia ke periuk kera ke. Lampu liplapliplap.
Tapi janganlah korang nak diva sangat. Kang orang tu pun malas nak hadap kau.
Baju bolehlah pilih sama ada nak custome made (if ade bajet lebih)
atau nak guna apa yang ada kt bridal.
Boleh pilih nak baju sanding saje ke atau nak full pakej dari baju nikah hingga ke baju outdoor.
Biasanya dia bagi dua persalinan je.
Sis baju nikah cari sendiri. Baju sanding tu sekali outdoor. So tolak la sewa satu persalinan.
Boleh pilih nak baju sanding saje ke atau nak full pakej dari baju nikah hingga ke baju outdoor.
Biasanya dia bagi dua persalinan je.
Sis baju nikah cari sendiri. Baju sanding tu sekali outdoor. So tolak la sewa satu persalinan.
Then, bayar deposit. Bincang bila tarikh fitting segala bagai.
Sis punya baju kawen custome made hahahaha kemainn~
So kenalah tunjuk design then amek measurement dan kena datang seminggu sebelum majlis untuk last fitting.
Photographer pun kena booking awal. Diorang ni banyak job. Ada antara diorang bukan 2 kerja dalam 1 masa~
Kena secured and locked the date.
Sis punya photographer sebelum sis nikah je seharian dia ada job lain.
Tercungap2 datang tapi masih sporting.
Esok sebelum sanding pun dia ada job lain then laju2 datang majlis sis yang mula pukul 12 tengah hari.
Hebat kan? Good job abang Yusni!
Sama macam bridal, tengok pakej yang ada dan sesuaikan dengan bajet korang.
Rajin2 tengok fb ke website ke ig ke utk tengok gambar2 yang diorang dah amek.
Sekali lagi, sesuaikan dengan bajet anda.
Jangan mintak yang bukan2 contoh gambar dari atas langit sampai photographer mengucap buat skydiving tp kau bayar harga nak beli basikal pun x lepas
9. Senarai Tetamu dan Catering
Ini penting ye anak2. Senarai tetamu MESTI ada.
Bukan nak kata nak datang wajib bawak kad jemputan (kecuali mmg perlu)
Sebab nak sesuaikan dengan bajet kawen korang.
Rasa nak jemput Obama la, KwangSoo la mahu pun Lin Dan
Tapi tengok balik kertas bajet dan wang di akaun ye.
Satu kad jemputan adalah minimum untuk dua orang.
Kenapa kiraannya begitu? Sebab paling2 korang akan tulis "BIBAH dan PASANGAN"
At least, dia akan bawak sorang kawan. Yang ada family, mesti bawak satu family.
Jimat lunch diorang. Tak payah masak hahahahaha
Jadi, kira buat anggaran lebih sedikit dari total tetamu
Satu kad jemputan adalah minimum untuk dua orang.
Kenapa kiraannya begitu? Sebab paling2 korang akan tulis "BIBAH dan PASANGAN"
At least, dia akan bawak sorang kawan. Yang ada family, mesti bawak satu family.
Jimat lunch diorang. Tak payah masak hahahahaha
Jadi, kira buat anggaran lebih sedikit dari total tetamu
Sis dulu ada tiga list tetamu. Satu list sendiri. List emak. List ayah.
Kemudian kami short list kan semula barulah digabungkan.
Ayah sis very particular dalam hal ni
Dia nak kami jemput yang probability hadir itu ialah 80%. fuhhh~
Sebab apa? Sebab nak deal dengan pihak catering.
Kalau tak cukup makanan kang, isu pulak sampai diviralkan.
Kalau terlebih, membazir itu amalan syaiton.
Plus, taknak lari dari bajet ye~
Kalau family dan orang kampung mampu rewang, maka catering mungkin x perlulahPaling2 pun sewa kanopi. Upah orang jual eskem ke cendol ke belon ke pisang cheese ke
Tapi jika nak pakai catering, berurusanlah segera.
Kami guna catering yang unik. Kami sediakan ruang makan, mereka masak pada hari kejadian.
Ala2 rewang kan? Makan pengantin je sedara-mara tolong masakkan.
Sebelum2 tu, rajin2 pergi kenduri kawan. Amek kad2 katering yang diletakkan atas meja.
Kalau berkenan, teruslah melamar pakcik caterer tersebut. Ewahhh.
Bayar deposit jangan lupa ye. Nak beli barang mentah nakkkk. Ingat boleh pakai daun?
Kau tak bayar deposit, pakcik tu beli barang guna duit sendiri sampai terpaksa makan ubi hari-hari dan minum air tadahan hujan.
Kerepek embah som buat~ yummmy |
Sempat rasa air mata kucing tu je malam2 |
9. Kad Jemputan
Now, kau dah ada segala details yang diperlukan untuk menempah kad jemputan.
Maka, silalah tempah dua bulan sebelum tarikh kawen.
Biasanya kad jemputan siap dalam masa dua atau tiga minggu.
Dan kad diedarkan kebiasaannya sebulan sebelum tarikh.
Kau jangan nak kawen minggu depan, hari ni baru edar.
Haaaa~ jangan tanya kenapalah kenduri kawan kau ramai datang tapi kau tak walaupun tarikh sama
Kena ingat, yang nak kawen ramai dan tak semua orang cuti macam kau
Jadi sebulan awal tu memudahkan diorang merancang perjalanan dan cuti ye
Sila mudahkan kerja orang lain. Nak kawen ni perlu doa banyak2 dr orang lain. Bukan maki-makian ye.
Sis tempah kad dalam bentuk pakej. Maksudnya ada petunjuk arah, bunting dan sticker.
Siap ade button badge utk family and bridesmaid~
Siap ade button badge utk family and bridesmaid~
Ikut koranglah nak tambah apa lagi. Sepanduk ke. Keychain ke. Ikut pakej dan perkhidmatan yang orang tu sediakan~
Family kami siap buat senarai jemputan yang perlu kad dan tak perlu kad
Bukan kedekut tp ada yang kami wassap privately dan ada yang melalui FB
Tapi tetap prepare dalam 50 keping kalau ada antara mereka perlukan kad
Kalau nak kad tu design sendiri, tanya orang tu design format ape.
Nak senang, guna je design sedia ada sebab banyak je orang tu design cantik2 kau pasti tertarik
10. Cincin ke Gelang ke Rantai ke
Biasanya orang pakai cincin nikahlah kan
Ni ikut persetujuan korang dengan pasangan
Ikut juga kemampuan
Usahlah kau paksa tunang kau belikan cincin bertatahkan mutiara atau zamrud
Mati hidup semula pun kau tak kawen2 nak
Sis masa tunang dah dapat cincin dan sis bukan jenis suka pakai cincin heee~
Jadinya dan bincang dengan encik tunang untuk nikah, nak gelang.
Gelang pun sis biasa pakai raya je tapi lagi selesa daripada pakai cincin.
Alhamdulillah, tangan sis bersaiz kecik.
Gelang dipotong dan lebih ringan dan design pun tak meleret.
Sis pakaikan suami jam tangan sebab dia tak minat cincin2 ni.
So, korang bawak2 berbincang ye.
Kot nak pakai gelang kaki. Tapi tak sopan pulak nak hala kaki kat laki kau masa tengah2 nikah disaksikan tok kadi dan seluruh sanak saudara ye~
Acano nak pakaikan gelang ni haaaa~ |
11. Barang Hantaran
Berapa dulang yang korang nak? Ke pakai kuali? Nampak besonye.
Ikutlah korang asalkan tak melampau sampai rumah penuh hantaran saje tak nampak pelamin
Sis punya hantaran sama macam tunang: 5 balas 7 (tak termasuk sirih junjung)
Barang hantaran pun ikutlah kehendak masing-masing
Ada orang dah menabung dari awal sebab nak hantaran grand. Bagus la tu. Ada matlamat
Macam sis, sis lebihkan makanan hahahaha sama macam masa tunang
Bukan kedekutlah. Husband sis ni jenis tak reti shopping untuk diri sendiri.
Hantaran untuk sis punyalah macam-macam sampai rasa kecil dulang, periuk belanga aku tadahkan.
Bila sis tanya dia nak apa, dia cakap "entahlah" "tak kisahhhh"
Haaa...mudahkan? Sis bagi makanan kahkahkahkah
Untuk hantaran ni, sis sangat2 sarankan korang DIY je
Satu sebab jimat. Dua sebab lebih menepati citarasa sendiri.
Satu sebab jimat. Dua sebab lebih menepati citarasa sendiri.
Kalau korang rasa tak kreatif, korang guna teknik YDI maksudnya mintak tolong mak atau kawan atau sedara yang kreatif buatkan "YOU DO IT" hihihihi
Bagilah upah. Jangan buat tak taw pulak.
Sis punya hantaran semua hasil tangan kreatif omak den.
Haaaa~ mak sis ni memang suka benda2 macam ni. Gubah sana gubah sini. Gubah sana sini heyyy
Beli la bakul ke, kotak ke, sangkar burung ke, akuarium ke. Eh, ikut suka koranglah.
Lepas tu beli reben pelbagai saiz. Bunga plastik. Jarum. Dan eksesori2 lain yang korang rasa nak guna dan berguna.
Lepas tu beli reben pelbagai saiz. Bunga plastik. Jarum. Dan eksesori2 lain yang korang rasa nak guna dan berguna.
Hantaran pihak lelaki |
12. Bunga Telur dan Goodies
Ringkasnya, benda2 ni boleh cari kat COWBOY ~ ngehngehngehngeh
Banyak kedai2 yang jual ni dan bolehlah survey mana lagi murah sebab nak beli banyak kan
Sis cuma beli goodies je sebab bunga telur mak, nenek dan mak ngah DIY
Wahhhh~ hebatnya! Mengapa bakat itu tak turun ke diri ini ye?
Sis cadangkan goodies tu bagilah makanan yang orang boleh makan sekali terus habis
Biskut, Gula2, Kerepek dan lain2
Kalau nak bagi Yassin/ Doa2 harian, pastikan diasingkan jika ada tetamu bukan Islam.
Elakkan bagi benda-benda yang kita sendiri pernah dapat dan sampai hari ni benda tu x digunakan atau mungkin sudah dikitar semula jika boleh.
Bagi makanan dan dikira berkongsi rezeki dan sedekah :)
Kami bagi air botol, biskut dan kerepek pisang hand made by my embah som!
Lepas majlis terus ramai tempah kat embah tawwww. Memang sedapppp
Haaa yang merimbun atas meja tu bunga telur ye~ |
13. Kompang, PA System dan RELA
Ini semua pun perlu ditempah ye~
RELA tu untuk kawal lalu lintas andai kata lokasi majlis adalah laluan utama kenderaan.
Sama jugak kalau korang rasa nak ada silat gayung ke, karate ke, tae kwan do ke, lawan pedang ke
Atau korang sukakan zapin, gamelan, caklempong, joget Pahang
Semua ni kena tempah awal2 kecuali yang perform ni adalah sedara-mara dan rakan2 rapat
14. Test Make Up
Ada antara kita tak pernah pun bersolek atau disolekkan.
Sis ni bersolek taklah. Disolekkan ada jugak beberapa kali sebab teater.
Jadi advantage la sis taw sikit2 jenis make up macam mana nak.
Pada yang tak pernah make up, sis sarankan, kalau ada duit lebih, pergi cari MUA (make-up artist) atau pun bridal yang korang pilih sediakan MUA
Then, bayar untuk test make-up. So, korang boleh nilai dan request kt MUA nak macam mana masa hari persandingan
Penting ye supaya korang rasa selesa
Sebab pada hari kejadian, sepanjang hari nak menghadap orang dengan wajah dan senyuman yang berseri sampai kejang otot di muka~
Jangan merungut harga MUA mahal sebab barang2 make up diorang pun bukanlah dibeli dengan daun yang pakcik catering tu tadi guna
Skill diorang pun bukan seperti kau yang taw menconteng dinding. That's why la mahal~
Kecuali MUA tu adik-beradik korang atau BFF maybe boleh dapat diskaun tp sepatutnya bayar lebih
tanda sayang dan sokongan...kannnnnn~
15. Bridesmaids and Dulang Boys*
Sis letak star sebab tak semua pengantin perlukan bridesmaids dan dulang boys.
Mungkin ada tapi not officially dilantik hahahaha ade ke watikah perlantikan?
Apa2 je lah
Tapi pada yang merancang untuk ada all these amazing people, kena ada preparation utk diorang jugak
Biasanya ni BFF, sepupu or adik-beradik
Diorang dah berusaha cari cuti dan mungkin datang dari jauh dengan kos yang tinggi
So, be generous to them
Carikan tema, carikan baju or tailor. Kalau boleh shopping dengan diorang dan make them feel important for you.
Sis sayang bridesmaids sis. Baju bridesmaids sis bayar separuh dan diorang bayar separuh.
Husband sis pun buat benda yang sama untuk dulang boys.
Because all of them are precious to us.
So, kami memang ada sediakan bajet untuk diorang.
Tiket and duit minyak diorang dah tanggung sendiri. Maka, kami provide tempat tinggal dan makan :)
**Duit Tol
Extra notes buat jejaka luar Johor yang akan berkahwin dengan gadis Johor
Sediakan duit tol ye~
Ni jika gadisnya Johor. Tak pernah lagi belah laki Johor buat.
Haaaa tol dia kadang2 kalah tol dari utara ke selatan
Touch and go x boleh ye. Kad kredit pun x diterima. Mesti cash. Hahahahaha
Ni budaya di Johor tanda nak bermesra. Bukan mintak sorang seratus.
Sorang seringgit pun okay sebenarnya tapi prepare lebih sikit dalam 50 sampul.
Sebab kau tak taw daripada tiga orang jaga tol boleh beranak jadi 10 ~
Itulah yang berlaku masa sis kawen hahahahahaha
Berpeluh dulang boyssss nak menghadap
Tol pertama je abam2 sado dah tunggu
Tol terakhir je geng bridesmaids mulut puaka ni dah ready
dan tol wajib ialah mak andam dan dia paling mahal sekali sebab tu kira upah dia
Biasa orang bridal panggil bukak kipas.
Rasanya ni mana2 pengantin yang pakai MUA bridal macam ni
Harga buka kipas perlu tanya dengan bridal dan sebenarnya bridal akan beritahu berapa
Haaa~ sis dah inform awal2 ni. Kau jangan nak mengata susah segala bagai
Sebab sebenarnya ni semua pengalaman dan kenangan.
Dulang boysss semua terhibur even ade rungut2 sebab cuak, diorang tetap cakap best dan happy
Kalau rasa taknak buat dan menyusahkan, boleh bawak berbincang
Sis dan suami memang dan bincang awal2 pakej perangai menyakat bridesmaids sis kantoikan
So, dia dah well prepared hehehehe siap ada lebih duit tol boleh buat duit raya hokayyy
Tol 1 sampai Tol 3 ~ |
Bila nak mula?
Dari segi kewangan, eloklah dimulakan as soon as possibleWalaupun korang xde planning nak kawen dalam setahun dua ni,
it is good if korang ade simpanan dari awal
Kalau korang spesis suka pecah tabung, konsep menabung tu x sesuai
Eloklah buat satu lagi akaun dan kadnya kau tanam belakang rumah dan simenkan
Hahahahaha
Kadnya mintak emak ke ayah ke simpankan pun ok jugak
Dari segi nak menempah itu ini, survey segala bagai tu
Eloklah dimulakan sebaik sahaja korang dah ditunangkan
Pastikan dah ada tarikh yang confirm untuk buat tempahan
Tempah seeloknya tiga bulan awal dan sentiasa follow up
Setiap tempahan akan ada deposit. If last minute korang tukar, burn la jawabnya ye
Jangan marah orang tu sebab dia mungkin dah tolak offer lain yang nak pakej lebih mahal semata-mata demi kau yang dah book awal
Jadi, bila kau cancel last minute, dia ada hak nak 'bakar' deposit kau
Nasihat sis, survey sungguh2 dan decide dgn penuh keyakinan dan keteguhan
Bila dah decide, dah tempah - JANGAN sibuk survey yg lain dan JANGAN terpengaruh dgn cakap2 orang
Urusan dokumentasi, permohonan, pengesahan dan yang sewaktu dengannya
Paling awal 3 bulan sebelum tarikh nikah seperti yang sis telah maklumkan
Selewatnya 7 hari sebelum tarikh nikah
Jadi, untuk mengelakkan keserabutan, settlekan paling lambat sebulan sebelum majlis okay?
Do remember~
Ini majlis korang. Korang yang plan.
Kita mampu merancang, Allah yang tentukan.
Doa segalanya dipermudahkan
Dannnnnnn
JANGAN JANGAN JANGAN
COMPARE majlis korang dengan orang lain
risau akan timbulnya perasaan riak dan pembaziran
sama ada siapa paling grand atau siapa paling sederhana
berbalik kepada kemampuan masing2
dan kehendak kedua belah keluarga
Well, tu je yang sis rasa sis dapat kongsikan
Based on my own experience
Sis saje nak share sebab tengok dah ramai kawan2 pun nak kawen
hihihihi
Hopefully membantulah
Lebih2 lagi mereka yang tak ada kakak/ abang utk guide
Ada sepupu pun masing2 dah beranak enam
Tak ingat apa nak buat
hahahahahahahaha
Membantu jugak untuk bakal pengantin di Johor
Membantu jugak untuk bakal pengantin di Johor
Plus sistem dokumen itu ini mungkin ada perubahan
Sekali lagi
moga entry kali ini membantu!
Ni dari point of view persediaan pihak perempuan
Mana-mana perkara yang korang nak tambah,
tambahlah ikut kesesuaian korang ye~
Boleh rujuk post2 yang orang share di FB
atau melalui majalah2 di pasaran
Ni dari point of view persediaan pihak perempuan
Mana-mana perkara yang korang nak tambah,
tambahlah ikut kesesuaian korang ye~
Boleh rujuk post2 yang orang share di FB
atau melalui majalah2 di pasaran
Sedikit pesanan ikhlas
Seeleoknya, jangan jumpa dengan pasangan anda
sebulan sebelum majlis
Selain menjaga seri, untuk mengelakkan benda2 buruk jadi
Yelah
Orang nak bina masjid ni, syaiton suka~
Then, untuk pengantin perempuan khususnya
If ada duit lebih
pergilah spa dalam sebulan sebelum majlis kalau nak buat facial
Kalau nak urut2, menicure,pedicure atau mandi bunga,
Seminggu or sehari sebelum pun boleh
Survey mana2 spa atau pusat kecantikan yang bg harga affordable
Bagi bertenaga dan berseri gicchu~
Yang penting, masing2 jaga kesihatan dan keselamatan hokayy
Sepanjang proses ni korang akan ada rasa excited, penat, pening, risau
Akan ada gado2 sikit
Just hold on tight, clear your mind, doa banyak2
InshaAllah, everything gonna be fine :)
Tolak jauh2 segala yang negatif dan peluk kuat2 yang positif
Kita tak boleh nk puaskan hati semua orang dalam majlis kita
Tapi berusahalah untuk jadikan majlis berjalan lancar dan berpada-pada
Akan ada gado2 sikit
Just hold on tight, clear your mind, doa banyak2
InshaAllah, everything gonna be fine :)
Tolak jauh2 segala yang negatif dan peluk kuat2 yang positif
Kita tak boleh nk puaskan hati semua orang dalam majlis kita
Tapi berusahalah untuk jadikan majlis berjalan lancar dan berpada-pada
Mak ayah dan ahli keluarga gembira
Tetamu yang datang bersama doa
Serta perasaan dan pengalaman yang boleh dibawa hingga hujung nyawa
Sis sampai sekarang bila tengok album kawen and teringat,
masih senyum gedik2 dan rasa berdebar-debar
heee~
masih senyum gedik2 dan rasa berdebar-debar
heee~
**Nak baca liputan penuh majlis sis
klik *SINI
heeee~ sis ade senaraikan segala pihak yang terlibat
Comments
Post a Comment